Pages

Saturday, 12 October 2019

Tips Study Kimia Last Minute

SPM is just around the corner!
Ada yang sudah buat ulangkaji semua tajuk & sudah buat banyak latih tubi? Tahniah diucapkan!
Ada yang baru bermula? Jangan risau. Anda masih ada masa.
Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat ini?


1. Mulakan dengan Kertas 1
Soalan Kertas 1 adalah asas dalam subjek Kimia. Jadi, jika tak tahu mahu bermula dari mana, mulakan dengan melihat soalan Kertas 1, terutama 30 soalan pertama. Yang mana soalan yang tidak dapat anda jawab, itulah tajuk yang perlu diulangkaji.

2. Belajar dengan jawapan.
Rasa macam banyaknya tajuk yang perlu diulangkaji? Banyaknya tajuk dalam Kimia. Tak sempat baca semua atau buat latih tubi? Belajarlah dengan melihat jawapan bagi setiap soalan, terutamanya bagi Kertas 1 dan soalan struktur Kertas 2.

3. Nota ringkas @ nota kaki
Kimia memang banyak benda nak kena baca. Tengok buku rujukan, bukan main tebal. Tapi kena ingat, anda tak boleh baca buku Kimia macam baca novel. Kalau tak, confirm stress & berhenti awal. Sambil baca, MESTI buat nota ringkas, atau terus belajar dengan buku yang ringkas & padat. Gunalah marker & highlighter yang berwarna-warni, barulah rasa seronok tengok & baca nota sendiri.

4. Belajar secara berkumpulan.
Carilah bantuan @ sokongan. Cari kawan-kawan yang boleh bantu untuk membimbing kita. Jangan belajar berseorangan, anda pasti akan stress.

5. MESTI bermula dari SEKARANG.
Jangan bertangguh lagi. Tak kira lah selewat mana anda bermula, yang penting mesti bermula.

6. Pilih beberapa tajuk yang boleh dikuasai.
Kalau risau masa tak cukup untuk ulangkaji semua tajuk, pilih beberapa tajuk yang rasa boleh dikuasai & juga tajuk2 penting yang perlu dikuasai. Antara tajuk2 asas yang penting dalam Kimia adalah:
i) struktur atom
ii) pengiraan drpd persamaan kimia (3 langkah)
iii) perubahan sifat dalam jadual berkala unsur (saiz, kereaktifan, keelektronegatifan)
iv) elektrolisis & sel kimia
v) sifat asas asid & alkali
vi) bahan kimia dalam industri & bahan kimia untuk pengguna.

7. Berhenti bermain-main & mula fokus.
Jika anda baru bermula, pecutlah bermula sekarang sehingga ke penghujung. Kurangkan main handphone / main game.
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ada orang yang belajar sekejap saja sudah faham dan ingat semua. Ada pula pelajar yang mengambil masa, perlu ulang baca banyak kali, latih tubi banyak kali baru faham dan boleh buat. Jadi, belajarlah ikut kemampuan diri sendiri. 
Ingat...SPM cuma sekali sahaja dalam seumur hidup.

Kesimpulannya, untuk berjaya, kita mesti berusaha. Kuasai juga tips & teknik menjawab mengikut subjek masing-masing. Selain daripada itu, jangan lupa mohon restu daripada ibu bapa & guru. Berjumpalah dengan guru selagi anda masih ada peluang. Tidak kira walau siapa mahupun bagaimana guru anda, mereka sentiasa berusaha untuk membimbing anda sebaiknya. 

Semoga berjaya dalam SPM yang akan datang!