Pages

Saturday, 27 June 2015

Peperiksaan Berpusat Amali Sains SPM 2016: Sudah Bersediakah Kita?

Bermula pada tahun hadapan, peperiksaan bertulis Kertas 3 bagi mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan) akan digantikan dengan peperiksaan berpusat amali sains. Selaras dengan itu, pihak KPM / JPN / PPD menjalankan pemantauan di sekolah-sekolah untuk melihat tahap kesediaan makmal sekolah yang akan digunakan untuk  menjalankan peperiksaan amali. Di samping itu, pemantau juga akan memantau pelaksanaan PdP amali guru sains yang dipilih. Jadi, semasa pemantauan dijalankan, guru mesti menjalankan aktiviti eksperimen. Mungkin juga mereka mahu melihat sejauh mana keberkesanan kursus amali sains yang telah dijalankan untuk guru-guru sains tulen baru-baru ini.

Makmal sains sekolah saya telahpun dipantau pada hari Rabu yang lepas. Pemantauan dijalankan oleh Guru Cemerlang mengikut mata pelajaran yang akan dipantau. Setiap sekolah telah ditentukan mata pelajaran yang akan dipantau oleh pihak PPD. Sekolah saya telah terpilih untuk mata pelajaran Kimia. Memandangkan saya satu-satunya guru Kimia di sekolah ini, maka sememangnya sayalah guru yang bertuah untuk pemantauan pdp amali ini. Mujur juga pemantau saya, Cikgu Chai memaklumkan awal kepada saya mengenai pemantauan ini. Jadi, bolehlah saya membuat persediaan untuk aktiviti eksperimen. 


Antara aspek yang diperhatikan di makmal sains semasa pemantauan adalah: 
1. Bekalan elektrik & air bersih 
2. Sinki 
3. Ventilasi udara 
4. Pintu dan tingkap 
5. Kerusi dan meja 
6. Kerosakan di makmal 
7. Susun atur makmal sains (adakah sesuai untuk amali?)
8. Peralatan / radas yang mencukupi 
9. Jadual penggunaan makmal sains 
10. Kesediaan kakitangan sokongan membantu guru & murid semasa menjalankan amali. 

Untuk bahagian PdP amali guru sains pula, antara aspek yang diperhatikan adalah: 
1. Sejauh mana guru meningkatkan kemahiran saintifik murid 
2. Adakah amali dijalankan secara eksperimen / demonstrasi 
3. Adakah guru menitikberatkan aspek keselamatan
4. Sejauh mana kemahiran pelajar menggunakan peralatan dan radas di makmal
5. Adakah pelajar membersihkan radas & menyimpannya dengan selamat selepas eksperimen. 
6. Jika bahan tidak mencukupi, apa bahan alternatif yang digunakan. 

* Pemantau juga bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar. 

Pemantau akan meneliti kekurangan / masalah yang dihadapi di makmal sains serta pelan kontigensi bagi setiap masalah tersebut. Misalnya, jika makmal terputus bekalan air / elektrik semasa amali dijalankan, apakah jalan alternatif yang akan diambil? (contoh: menggunakan generator). Ataupun jika bahan / radas tidak mencukupi, apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah? 

Satu perkara yang perlu diingatkan, mereka menjalankan pemantauan dan bukannya penilaian. Jadi, bagi sekolah-sekolah yang serba kekurangan (seperti sekolah saya), tidak perlu risau untuk menunjukkan keadaan sebenar di makmal. Di sekolah saya, kami mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan segala masalah yang dihadapi agar pihak atasan yang bertanggungjawab tahu keadaan sebenar supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan pemantauan yang dijalankan. PdP amali juga mendapat komen positif daripada pemantau. Hehe…



p/s: kasihan pada Cikgu Chai sesat semasa on d way ke sekolah saya. sudahlah tiada dalam gps, papan tanda pula sudah hilang, line telefon pun tiada. huhu.... 

4 comments:

  1. hahahhaha.. bab sesat nak ke SMK Bawang Assan tu ramai yang akan alami tu, terutamanya yang pegi untuk pertama kali.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sesat sejak dari jalan besar lagi. rupa-rupanya signboard ke tanjung manis dah tak ada. yg bagusnya, dia ckap dia akan bangkitkan jgk isu signboard ke SMKBA di ppd nnti. harap2lah....

      Delete
  2. assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya tentang format baru spm 2016. adakah subjek sains tulen masih ada disediakan kertas 1 atau format baru sama macam pt3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. setahu sy stakat ini format sains tulen spm kmbali spt sblum ini, iaitu kertas 1,2, dan krtas 3 brtulis. jadi, PEKA jg dteruskan.

      Delete