Pada hari kedua, kami menjemput pihak luar bagi membuat demonstrasi
dan pameran. Pada tahun lepas, kami menjemput Jabatan Kimia Malaysia cawangan
Sibu bagi menunjukkan pameran daripada beberapa bahagian seperti Forensik,
Narkotik dan sebagainya. Memandangkan di Sibu tiada cawangan Jabatan Fizik,
maka kami mengambil keputusan untuk menjemput Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Aktiviti ini dikira sebagai 2 dalam 1 di mana selain menjadi
sebahagian daripada aktiviti Karnival Sains & Teknologi, demonstrasi ini
juga dikira sebagai aktiviti rasmi sekolah dan asrama. Lagipun memang
sepatutnya latihan kebakaran (firedrill)
dijalankan di sekolah / asrama sekolah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Jadi, aktiviti ini melibatkan seluruh warga sekolah termasuk pelajar, guru,
staf sokongan, pekerja kantin, tukang cuci serta pekerja di Dewan Makan. Kami
turut dibantu oleh Persatuan Kadet Bomba yang memantau pergerakan pelajar
semasa aktiviti berlangsung.
Sebelum ini, satu taklimat ringkas telah diberikan kepada seluruh
warga sekolah pada hari Jumaat yang lepas bagi menerangkan laluan kecemasan
semasa berlaku kebakaran. Pagi ini, sesi PdP dijalankan seperti biasa sementara
menanti jentera bomba tiba. Nasib baik sekarang sudah ada jalan alternatif
untuk ke SMKBA, jadi bolehlah pihak Jabatan Bomba & Penyelamat datang
bersama jentera mereka yang besar. Jika guna jalan biasa memang tak dapatlah
sebab jalan ke sekolah kami hanya muat untuk sebuah kereta sahaja.
Lebih kurang pada jam 9.00 pagi, Jabatan Bomba & Penyelamat tiba
di sekolah kami dengan anggotanya seramai 4 orang. Excited
cikgu-cikgu yang berada di bilik guru kerana dapat melihat jentera bomba dari
dekat. Tidak lama kemudian, siren dibunyikan bagi menandakan latihan kebakaran
bermula. Semua pelajar nampaknya telah menggunakan laluan yang betul untuk ke
tempat berhimpun. Malangnya, ia dikira gagal kerana semua pelajar dan guru
telah mengambil masa yang agak lama untuk ‘menyelamatkan diri’. Masa yang diambil
adalah selama 4 minit lebih, sedangkan tempoh masa yang selamat ialah cuma 2
minit sahaja.
Seterusnya, En. Augustine selaku ketua pasukan bomba memberikan
penerangan tentang langkah-langkah keselamatan yang harus diambil apabila
berlakunya kecemasan. Beliau juga menunjukkan cara-cara untuk menggunakan alat
pemadam api bagi memadamkan kebakaran. Kemudian, latihan memadamkan api
dilakukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang terpilih, dimulai dengan Tuan
Pengetua dan Penolong Kanan.
Sejurus selesai latihan memadamkan kebakaran, warga SMKBA menuju ke
tapak perhimpunan di hadapan Bilik Guru bagi melihat pameran jentera bomba.
Pihak bomba menunjukkan peralatan-peralatan yang terdapat dalam sesebuah
jentera bomba serta penerangan tentang tugas-tugas yang dilakukan oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat. Kami juga diberi peluang untuk menggunakan
peralatan-peralatan yang ada, antaranya topeng oksigen dan hos air.
Paling best bila kami diberi peluang untuk menaiki jentera bomba.
Kebiasaannya tidak dibenarkan, tapi mungkin kerana jumlah kami yang sedikit
jadi senang untuk dikawal. Maka, ramailah guru dan pelajar yang tidak
melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menjadi penumpang dan memegang
stereng jentera bomba. Anggota bomba pula semuanya ‘sporting’. Apa lagi, layankan aje lerr…….
Pada masa yang sama, kami juga dapat bertanyakan pelbagai soalan
kepada anggota bomba yang ada. Antara soalan yang ditanya oleh pelajar ialah
bagaimana mahu memohon untuk menjadi seorang ahli bomba. Ada juga yang bertanya
tentang gaji, tugas-tugas ahli bomba serta kes yang selalu diterima.
Aktiviti pada hari ini diakhiri dengan jamuan di dewan makan untuk
semua guru, staf dan pelajar.
FAKTA:
# berat sebuah alat pemadam api adalah 9kg.
# berat sut lengkap ahli bomba (termasuk baju, but, topeng oksigen)
adalah dalam lingkungan belasan kilogram.
# berat satu gulung hos air yang kosong adalah lebih kurang 20kg dan
menjadi lebih berat apabila disambungkan kepada pili bomba.
# harga sebuah jentera bomba yang lengkap bersama peralatan adalah
lebih kurang RM1.5 juta.
# untuk memohon sebagai ahli bomba perlu mengisi borang SPA secara online. Mereka yang layak akan dipanggil
untuk temuduga (latihan fizikal & temuduga lisan).
# kriteria untuk menjadi ahli bomba dari segi fizikal : tinggi minimum
155cm & berat minimum 54kg.
Seterusnya: Karnival Sains & Teknologi SMKBA 2015 : Hari 3
# cabaran saintis muda
# pameran
# enjoy my science
No comments:
Post a Comment