Pages

Wednesday, 16 September 2015

Siri Kereaktifan Logam (SKL) & Aplikasinya

Dalam Siri Kereaktifan Logam (SKL), logam-logam disusun mengikut kereaktifan tindak balasnya terhadap  oksigen bagi membentuk oksida logam.
Susunan logam dalam SKL adalah sama seperti dalam Siri Elektrokimia, cuma bezanya SKL mengandungi karbon, C dan hidrogen, H (ditanda dengan warna kuning). 


Fungsi karbon dalam SKL adalah bagi menentukan proses pengekstrakan logam.
Fungsi hidrogen dalam SKL adalah bagi menentukan kaedah penentuan formula empirik bagi oksida logam.
Kereaktifan logam berkurang apabila menuruni SKL.
Semakin tinggi kedudukan logam dalam SKL, semakin reaktif tindak balas logam tersebut terhadap oksigen.

Logam
Tindak balas dengan oksigen
Kereaktifan logam
K, Na, Ca, Mg
Terbakar dengan cergas, nyalaan sangat terang
Sangat reaktif
Al, Zn, Fe, Sn, Pb, Cu
Menghasilkan nyalaan  
Reaktif
Hg, Ag, Au
Berbara
kurang reaktif

Logam yang lebih reaktif dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam yang kurang reaktif daripadanya.
Jadi, logam yang lebih reaktif menerima oksigen dan mengalami pengoksidaan bagi membentuk oksida logam.
Manakala, oksida logam yang kurang reaktif akan kehilangan oksigen dan mengalami penurunan.

Aplikasi Siri Kereaktifan Logam

1.    Penentuan formula empirik oksida logam

 Formula empirik oksida logam ditentukan melalui 2 kaedah:
(i)      Kaedah 1: pemanasan logam menggunakan mengkuk pijar bagi membentuk oksida logam
-          Bagi logam-logam yang lebih reaktif daripada hidrogen dalam SKL
-          Contoh: MgO, Al2O3, ZnO

(ii)    Kaedah 2: penurunan oksida logam menggunakan gas hidrogen kering
-          Bagi logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam SKL
-          Contoh: CuO, FeO, PbO  

2.    Penentuan kaedah pengekstrakan logam

(i)      Logam-logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam SKL (K, Na, Ca, Mg, Al) diekstrak menggunakan kaedah elektrolisis bijih lebur (elektrolisis leburan) menggunakan elektrod karbon

(ii)    Logam-logam yang kurang reaktif daripada karbon dalam SKL ( Zn, Fe, Sn, Fe, Pb) diekstrak daripada bijihnya, iaitu oksida logam menggunakan karbon.
Oksida logam dipanaskan bersama karbon dalam relau bagas.
Karbon yang lebih reaktif akan menurunkan oksigen daripada oksida logam.

(iii)   Logam-logam yang sangat kurang reaktif (Cu, Hg) diekstrak dengan cara memanaskan sulfida logam dalam udara

(iv)  Ag dan Au paling kurang reaktif dan wujud sebagai logam bebas dalam kerak bumi. 

# DOWNLOAD Penanda Buku Siri Kereaktifan Logam
 DI SINI 

** Download nota ini DI SINI 

20 comments:

  1. perlu lebih penjelasan

    ReplyDelete
  2. I think there is a mistake with the hidrogen (H) in the table above ... if I'm not mistaken the hidrogen is supposed to be under lead (Pb) and above copper (Cu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is for electrochemical series. This one is reactivity series of metal.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Anyway, thanx for raising this question. In the higher level of studies, usually hydrogen is positioned between lead and copper in the reactivity series. They use another criteria for it. If we locate hydrogen based on its ability to reduce metal from its oxide, then the position of hydrogen in reactivity series is located above iron because hydrogen can reduce iron(II) oxide and lead(II) oxide. These reaction is used to construct reactivity series of metal for spm level, kbsm syllabus.

      Delete
    4. i really dont understand this chapter, can you teach me @cikgu nurul

      Delete
    5. Which part that u need help, to be exact?

      Delete
  3. This might could help me with my work. I'm a student though. But, reading this whole website make me feel confident about it. Thx, teacher for making this website. Keep Up!

    ReplyDelete
  4. Saya sebagai orng pro chemistry Saya bangga dgn cikgu

    ReplyDelete
  5. why does potassium not exists as a natural element in minerals?

    ReplyDelete
    Replies
    1. because it is very reactive, so it is very easy to react with other elements

      Delete
  6. Cikgu, macam mana nk bezakn SKL dgn SEK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi susunan logam sama sahaja untuk SKL dan SEK. Bezanya adalah pada kehadiran bukan logam. Dalam SEK, hidrogen terletak di antara plumbum dan kuprum, manakala dalam SKL, hidrogen terletak antara zink dan ferum. SKL ada karbon, tp tiada dlm SEK. Perbezaan seterusnya adalah dari segi aplikasi kedua-duanya, seperti yang ditulis di atas.

      Delete
  7. Kenapa oksida logam dan karbon mesti dipanaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mengekstrak logam daripada oksida logam melalui penurunan oleh karbon

      Delete
  8. Cikgu boleh beri contoh logam yg kereaktifan dia bertambah dari plumbum

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah thankyou teacher Nurul !! keep Up!

    ReplyDelete