Pages

Sunday, 23 July 2017

Perkongsian Amalan Terbaik PdPc Abad ke-21

Selari dengan perkembangan dunia pendidikan yang menuju ke arah pembudayaan KBAT, awal tahun 2017 kami mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam PdPc bagi abad ke-21 peringkat Panitia Sains. Saya diminta oleh Ketua Panitia untuk menjadi penceramah bagi sesi LDP ini. 


Sesi LDP dijalankan secara santai. Sementelahan pula anggota panitia kami tidak ramai, cuma 5 orang sahaja. 

Kaedah PdPc abad ke-21 yang dibincangkan adalah kaedah-kaedah yang telah saya sendiri aplikasikan serta yang dirasakan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar kami. 



Antara strategi PdPc abad ke-21 yang kami kongsikan adalah: 

1. Round Robin 
2. Rally Robin 
3. Rally Coach 
4. Think Pair Share
5. Team Pair Solo 
6. Jigsaw 
7. Give One, Get One
8. Carousel Brainstorm 
9. Gallery Walk 
10. 2 Stay, 2 Stray 
11. Hot Seat 

Turut dikongsikan adalah teknik-teknik kawalan kelas seperti Quiet Signal, Kad Traffic Light & Give Me Five. Saya sendiri sering menggunakan teknik Quiet Signal. Memang berkesan! (at least untuk pelajar saya lah...) 

Penjelasan bagi setiap teknik & strategi di atas boleh dirujuk dalam slaid power point yang boleh dimuat turun di bawah: 


Semoga Bermanfaat! 

11 comments:

  1. Tahniah cg. Slaids n perkongsian yg baik. 👏👏👏

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Nurul..saya pun dah bookmark page ni.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas perkongsian Cikgu Nurul. Mohon izin untuk linkkan di blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. tahniah dan terima kasih atas perkongsian yang sgt bermanfaat..mohon izin utk saya share dengan guru-guru yang lain

    ReplyDelete