Pages

Friday, 23 March 2018

Menonton "Ola Bola The Musical" di Istana Budaya

Ini adalah pengalaman kali pertama saya menjejakkan kaki di Istana Budaya. Rezeki untuk warga MTD apabila OP, Engku Emran sudi menaja boys, guru-guru & staf. Saya bersama seluruh putera ting. 5 datang ke sini pada 6 mac yang lalu, seminggu selepas para putera ting. 4 diberi peluang yang sama. 

Perasaan teruja yang ketara. 

Disambut sendiri oleh Engku Emran setibanya kami di pintu masuk Istana Budaya.

Persembahan pembukaan. 

Barisan pelakon teater "Ola Bola the Musical" 

Guess who's my favourite character..? 

Sempat bergambar bersama Altimet. Tiada peluang untuk bertemu dengan Tiara Jacquelina. 

Lagu "Setia Putera" berkumandang gah di Istana Budaya. 

Ia merupakan satu pengalaman yang cukup menarik. "Ola Bola the Musical" sememangnya sebuah teater yang sangat hebat yang bukan semata-mata berkisarkan tentang bola sepak, tetapi lebih kepada aspek kemanusiaan seperti persahabatan, kekeluargaan dan semangat patriotik. 

Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih buat semua pihak yang telah bertanggungjawab untuk merealisasikan sesi tontonan ini, terutamanya Engku Emran & pihak PIBG MTD. 

No comments:

Post a Comment