Pages

Sunday, 24 June 2018

Ramadhan yang Dirindui, Syawal yang Dirai

Setelah sekian lama merantau di tempat orang & berpuasa di Bumi Kenyalang, akhirnya tahun ini saya menyambut Ramadhan di tanah semenanjung. Rutin harian seperti biasa, tidak banyak yang istimewa, selain pelbagai program & aktiviti di maktab bersama warga MTD.

Malam Tarawikh yang Pertama

Secara kebetulan pada tahun ini, hari pertama bulan Ramadhan cuma sehari selepas Hari Guru. Jadi, sambutan Hari Guru peringkat MTD pada tahun ini disertakan bersama aktiviti kerohanian sebagai menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. 


Majlis Berbuka Puasa MTD 2018

Diadakan pada 25 Mei yang lalu, melibatkan semua guru, staf, pegawai, para putera serta tetamu-tetamu jemputan khas. Majlis bermula sekitar jam 7.00 petang, tapi disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk (yang langsung tidak dijangka), saya cuma tiba semasa azan berkumandang & doa berbuka puasa dibacakan. Just on time! Rasa malu tak payah cakap, tapi terpaksa jalan je sambil tebalkan muka haha.... (sorry...).  

Persembahan nasyid (tak sempat tengok T.T) 

Masa tengah catwalk sambil cover malu menuju ke meja guru, sempat juga terdengar suara boy dari meja mereka di sebelah, "lambat maam..." 
Dalam hati: "kurang asam punya boy" 
Aii....apa boleh buat..memang salah sendiri. 

Meja VIP

Kami berbuka puasa di kawasan terbuka berdekatan kawasan letak kereta. Beberapa buah khemah didirikan bagi tujuan tersebut. Siap dengan hiasan kolam ikan yang ada buluh ala taman jepun (ohh...i really love this). Menu ringan dihidangkan untuk berbuka puasa (ringanlah sangat....bihun + kuih muih). Kemudian, kami terus ke surau untuk solat maghrib secara berjemaah. 


Usai solat maghrib, kami menuju ke Mess Putera (dewan makan) bagi menikmati hidangan utama.



Unta yang diimport khas dari Mesir 

Setelah selesai acara makan-makan, kami kembali ke surau untuk menunaikan solat isyak dan solat tarawikh. Lepas dah habis tarawikh ingatkan dah boleh balik, rupa-rupanya ada lagi moreh. Fuhh..... majlis berbuka puasa makannya sampai 3 kali. Tak perlu sahur dah....

Program Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran

Program Tadarus Al-Quran dijalankan pada setiap petang melibatkan semua putera mengikut kompeni masing-masing. Majlis Khatam Al-Quran pula diadakan pada 31 Mei 2018, di mana semua guru turut hadir bersama di Surau Al-Ghazali.  



Musim Peperiksaan

Puasa pada tahun ini agak mencabar kerana selain daripada cuaca yang panas, para putera menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Jawab exam dalam keadaan perut kosong & penat memang memerlukan kekuatan mental yang tinggi. 

Tengok boy jawab exam, kadang-kadang geram, kadang-kadang kesian pun ada.... 


Kelas Tambahan 

Memandangkan para putera di sini semuanya tinggal di asrama, mereka tiada peluang untuk ke pusat tuisyen. Sama seperti mana-mana pelajar asrama di sekolah lain, ulangkaji hanya bergantung pada kesedaran diri sendiri dan juga mengharapkan bimbingan daripada guru. Demi memikirkan putera Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini, dengan gigihnya kelas tambahan hujung minggu diadakan sebagai persediaan untuk mereka menghadapi Pep. Pertengahan Tahun. 

Ini juga salah satu sebab mengapa saya tidak buka kelas tuisyen untuk pelajar lain. Bukan tidak ada yang meminta, malah ada ibu bapa yang menghantar emel kepada saya secara personal untuk saya beri tuisyen kepada anak mereka. Tetapi, saya hanya mampu memohon maaf kerana setakat ini semuanya terpaksa saya tolak disebabkan bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kerana bagi saya pelajar sendiri (boy mtd) sentiasa menjadi keutamaan. Biarpun kelas tambahan yang diadakan tidak berbayar, biarpun terpaksa mengorbankan hujung minggu, tapi kepuasan sebagai seorang guru itu dapat dicapai. Mungkin juga terbawa-terbawa sikap saya dari sekolah lama, di mana pelajar di sana mengharapkan pada bimbingan guru 100%. 


Kelas 5 Alpha 

Kelas 5 Kappa 

Kelas 5 Gamma 

Malam sebelum paper Kimia. Gigih maam datang. Gigih juga boy yang mengadap.  


Iftar Bersama Keluarga

Tahun ni dapatlah merasa iftar bersama keluarga. Jika tidak, sebelum ini hanya mampu menatap gambar mereka berkumpul ramai-ramai melalui media sosial sahaja. Mulalah mood mem-baking datang. Dah lama sebenarnya tak buat kek, sejak pindah ke KL. Nak baking asyik terkenang sekolah lama saja. hehe..... 




Sambutan Pra-Aidilfitri

Hari terakhir persekolahan pada 8 Jun 2018 kami mengadakan majlis sambutan Pra-Aidilfitri. Sambil-sambil tu nak sampaikan duit raya kepada boys serta pesanan Komandan buat semua boy dan warga maktab sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Bilik guru dihias cantik hasil usaha AJK Kelab Bilik Guru. Sakan semua bergambar. 



Geng pinky 

Dah macam nak shoot masuk majalah haha....

Kenangan Panitia Kimia bersama Komandan 

Geng Mulu. Semoga ikatan kita kekal utuh selamanya. 

Acara bersalaman 



Pemberian duit raya kepada semua putera yang disampaikan oleh Ketua Kompeni masing-masing. 

Kompeni Bravo 



Warga pendidik MTD bersama Komandan & barisan pentadbir


Balik Kampung

Ada juga untungnya menjadi guru, cuti raya yang lama pada kali ini kerana bersekali dengan cuti pertengahan tahun. Jadi geng-geng cikgu boleh balik kampung dulu, jalan raya pun tak adalah sesak sangat. Tapi sebelum balik kena siapkan menanda kertas exam dulu huhu..... Biar balik lambat asalkan hati tenang kerja setel. 

Kena perli sebab balik paling lambat. Peduli apa aku....haha..... 
Boy pakat bergembira sebab dah balik kg, ada tu siap buat story kat ig. Hampeh betul. 


Syawal yang Bermakna 

Cuti raya kali ini rasanya cukup puas dan bermakna (2 minggu kalau tak puas lagi tak taulah..). Sempat buat beberapa jenis biskut raya dan sempat juga buat open house untuk sanak saudara terdekat. Banyak juga memenuhi jemputan rumah terbuka. Ada boy yang sempat datang beraya di rumah. Juga sempat bertandang ke rumah sahabat lama yang sama kursus semasa zaman U dulu. 

Terima kasih sudi datang beraya di rumah maam 

Bersama kawan lama, geng PSEPUM merangkap ex-housemate. 
Pertama kali berjumpa selepas posting 7 tahun lalu. 

Bersama junior MRSM K.Lipis (sekarang dikenali sebagai MRSM Tun Ghazali Shafiee). 
Terima kasih sudi datang. Mungkin lepas ni boleh jumpa ex-MRSMKL yang lain pula. 


Kembali Bertugas 

Gembira macam mana sekalipun, tetap perlu kembali bertugas sebaik sahaja cuti sekolah tamat. Tugasan berat menanti memandangkan tidak lama lagi para pelajar Tingkatan 5 bakal menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Harap-harap tak ada boy yang lemau bila datang ke sekolah hehe....