Sunday 20 May 2018

Sambutan Hari Guru MTD 2018: Jasa Guru Membawa ke Syurga

Tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut Hari Guru di MTD. Tiada sebarang tema pakaian, namun sambutannya tetap meriah & memberi kenangan berharga. 



Makan-makan di Palm Garden 

Sambutan Hari Guru tahun ini dimulakan dengan acara makan tengah hari di Palm Garden, Putrajaya melibatkan kakitangan akademik, dengan dihadiri Tuan Komandan serta Pengarah Latihan. Sambil menikmati hidangan, sesi penyampaian hadiah kepada panitia cemerlang SPM 2017 diadakan. Walaupun Panitia Kimia tak tersenarai sebagai panitia cemerlang, yang penting makan sedap. hehe... Dapatlah juga satu bekas Tupperware sebagai door gift untuk semua guru.


Tanpa disangka-sangka, saya dipilih selaku penerima Guru Kelas Ting. 4 Terbaik, walaupun kelas dah tak menjadi juara bulanan. 



Kek Hari Guru sumbangan YPC

Bersama geng Panitia Kimia. Semangat KP kami datang walaupun masih dalam tempoh berpantang. 

Bersama DOS, HOA, KJPP & rakan-rakan guru


Sambutan Peringkat Maktab 

Pada sebelah malamnya, kami menyambut Hari Guru bagi peringkat maktab, melibatkan seluruh warga MTD yang terdiri daripada kakitangan akademik, staf tentera, staf awam dan semua putera MTD. Tema "Jasa Guru Membawa ke Syurga" dipilih untuk sambutan pada kali ini sesuai dengan ketibaan bulan Ramadhan. 


Acara sambutan bermula seawal jam 7.00 petang di mana kami semua berkumpul di Surau Al-Ghazali untuk solat maghrib dan isyak secara berjemaah, dan seterusnya solat tarawikh bersama. 

Usai solat tarawikh, kami menuju ke Wisma Putera bagi acara sambutan yang seterusnya. 

Mengiringi Tuan Komandan dari Surau ke Wisma Putera

Persembahan silat sebagai pembuka acara

Ketibaan Tuan Komandan di Wisma Putera dengan diringi Pengarah Latihan

Acara memotong kek Hari Guru 

Tirai ucapan dimulakan oleh SUO kompeni Delta, PRK Rahimi Syakir merangkap YDP MPP 2018

Ucapan oleh Pengarah Pengajian, En. Razmi b. Abd. Razak 

Ucapan perasmian oleh Tuan Komandan, Brig. Jen. Hj. Mohd Shahada b. Ismail (TUDM)


Kami Guru Malaysia 

Sambutan hari guru takkan lengkap tanpa sesi nyanyian lagu Hari Guru, iaitu "Kami Guru Malaysia". Satu-satunya peluang untuk cikgu-cikgu menyanyi atas pentas setahun sekali. 


Namun, jauh di sudut hati, saya sebenarnya sangat rindu untuk menyanyikan lagu "Pendidik Bumi Kenyalang", lagu Hari Guru di Sarawak. Hanya yang pernah berkhidmat di Sarawak sahaja yang akan faham betapa mendalamnya maksud setiap bait lirik lagu tersebut. Hmm....nampaknya tahun ni hanya mampu karaoke lagu ni sorang-sorang saja di rumah. 


Persembahan Istimewa Putera MTD 

Sambil menikmati juadah makan malam, kami disajikan dengan persembahan istimewa daripada putera-putera MTD. Dimulakan dengan persembahan dikir barat yang menyampaikan dua buah lagu. Katanya, pasukan dikir barat ini baru saja ditubuhkan. Persembahan mereka tetap mamukau walaupun mungkin tidak sempat berlatih lama. 


Seterusnya, pasukan nasyid MTD mengambil alih pentas. Mereka baru saja dinobatkan sebagai naib juara Pertandingan Nasyid peringkat negeri. 



Anugerah Hari Guru 

Sesi makan malam diselitkan dengan acara penyampaian anugerah buat guru-guru (termasuk guru tentera & jurulatih). Sebanyak lebih kurang 10 kategori disediakan. Hadiah disampaikan oleh SUO kepada para guru bertuah. 

Siapa sangka belum sampai setahun di MTD, saya sudah menggenggam satu anugerah. Err....tapi tak tahulah sama ada perlu berbangga atau tidak. Guess what...? I got the Anugerah Guru Paling Garang. Whaaattt....??? Wait....maam hanim garang ke? Maam hanim baik apa.... haha..... Entah geng mana punya angkara yang pilih ni aku pun tak tahulah.... Tapi, walau apapun, terima kasihlah maam ucapkan atas ingatan korang. 



Hadiah Hari Guru

Hadiah hari guru tahun ini? Hmm..... Jika di sekolah lama (dan mana-mana sekolah biasa) selalunya meja guru akan dipenuhi dengan hadiah hari guru yang diberikan anak murid masing-masing. You expect the same thing from male students? No way! haha..... (tapi dapatlah juga beberapa). But then, it's ok. As long as our boys menjadi anak murid yang baik & tak buat hal dengan guru-guru, itu sudah cukup bagus. (especially tak cari pasal dengan maam hanim, coz she's Guru Paling Garang, remember. haha....) 

Anyway, Teacher's Day celebration at RMC this year is still awesome and colourful. I enjoy every moment. Jutaan terima kasih buat semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk meraikan kami pada tahun ini, termasuk semua putera MTD yang telah terlibat. 

Maam sayang korang semua. =) 

So, here are our memorable moments on that special night: 

Asalnya panggil kompeni Bravo je untuk bergambar, alih-alih semua pakat serbu 


Bersama Nabil & SUO Foxtrot, Qalifatul Mukminin b. Abdul Rahman. 
Nama yang hebat. Maam doakan semoga kau betul-betul dapat jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti, sesuai dengan nama. So, stop doing something silly and unworthy (u know what i mean) 

SUO Alpha, Ahmad Fikri b. Ismadi. Thanks sebab dah banyak tolong maam sebelum ni. 

Err...... di luar kawalan 

Hafizur-rahman, orang Mukah. Mengingatkan kenangan sewaktu mengajar di Sarawak & Pesta Kaul Mukah. 
Oh ye....yang belakang tu namanya Khairulhakim. 

Andryson, 'mangsa' yang 'dipaksa' bergambar dengan maam sewaktu hari ke-100 di mtd  


Team biru 


Acara memotong kek kompeni Bravo. 

Err.....yang ni belum tau nama 



Geng kelas 5 Kappa 

 
SUO Delta merangkap YDP MPP, Rahimi Syakir. 

Orang kuat team ragbi maktab, Qusyairi Adha. Nasib baik kau tak tido dalam kelas maam. 


MC of the day, Aiman Haqim. Orang kuat kebanyakan program maktab. 
Antara yang paling ringan tulang membantu guru-guru. 
Mangsa kejelesan boy lain, tak faham kenapa. Err.....apapun, maam tak bersalah. hehe.. 


p/s: tapi yang paling terharu adalah apabila menerima ucapan hari guru daripada studs sekolah lama. tak sangka, masih ada yang mengingati Cikgu Nurul. ^_^ 



No comments:

Post a Comment