Soalan Kimia
SPM selalunya menggabungkan banyak topik dalam satu soalan yang sama. Jadi,
pelajar perlu menguasai semua tajuk dalam mata pelajaran Kimia bagi memastikan
semua soalan dapat dijawab dengan baik. Ramai pelajar yang menganggap terlalu
banyak tindak balas kimia yang perlu diingat. Tetapi sebenarnya ada tajuk-tajuk
yang menggunakan tindak balas yang sama, cuma dengan aplikasi yang berbeza. Salah
satunya adalah tindak balas antara asid dan logam.
Tindak balas
asid dan logam digunakan dalam tajuk-tajuk / soalan-soalan berikut:
1. Ujian Pengesahan
Asid.
( Bab 7,
Ting. 4: Asid & Bes)
Bagi mengesahkan
sesuatu larutan itu sebagai asid, maka larutan tersebut ditindak balaskan
dengan logam (biasanya logam reaktif). Jika terdapat gas yang terbebas dan
menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila diuji dengan kayu uji bernyala, maka sahlah
bahawa larutan tersebut merupakan suatu asid.
Kebiasaannya
soalan ujian pengesahan asid memperuntukkan 3 markah. Contoh jawapan:
i) masukkan
sekeping pita magnesium ke dalam larutan A dalam sebuah tabung uji (1m)
ii) dekatkan
sebatang kayu uji bernyala ke mulut tabung uji (1m)
iii) kayu
uji bernyala menghasilkan bunyi ‘pop’ (1m)
2. Ujian
Pengesahan Gas Hidrogen
Antara soalan
yang dikemukakan untuk tindak balas antara asid dan logam adalah:
“Terangkan bagaimana anda menguji gas yang
terbebas”
Sama seperti
jawapan di atas, kita mesti mengujinya dengan kayu uji bernyala. Seterusnya,
kayu uji bernyala akan menghasilkan bunyi ‘pop’.
3.
Penyediaan Gas Hidrogen
( Bab 3,
Ting. 4: Formula & Persamaan Kimia)
Dalam eksperimen
penentuan formula empirik sebatian, terdapat dua kaedah yang digunakan.
Kaedah I
melibatkan pembakaran logam reaktif dalam mangkuk pijar.
Manakala,
Kaedah II pula melibatkan penurunan oksida logam kepada logam dengan
menggunakan gas hidrogen kering.
Kaedah II digunakan untuk logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam Siri Kereaktifan Logam seperti kuprum, Cu, plumbum, Pb dan ferum, Fe.
Kaedah II digunakan untuk logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam Siri Kereaktifan Logam seperti kuprum, Cu, plumbum, Pb dan ferum, Fe.
Gas hidrogen
dalam eksperimen ini disediakan melalui tindak balas antara asid kuat seperti
asid hidroklorik, HCl dan asid sulfurik, H2SO4 dengan
logam reaktif seperti magnesium, Mg dan zink, Zn.
Contoh:
Gas hidrogen
yang terhasil kemudiannya dikeringkan dengan melalukannya ke dalam tiub-U yang
berisi kalsium klorida kontang atau kobalt klorida kontang.
4.
Penyediaan Garam Larut
( Bab 8,
Ting. 4)
Garam larut
boleh disediakan melalui 4 kaedah. Tindak balas antara asid dan logam digunakan
untuk menyediakan garam larut selain daripada garam natrium, Na+,
kalium, K+ dan ammonium, NH4+.
Contoh:
Catatan:
Tindak balas
ini TIDAK BOLEH digunakan untuk
garam kuprum, Cu2+ dan
garam argentum, Ag+. Ini kerana
logam Cu dan Ag berada di kedudukan yang lebih rendah daripada hidrogen dalam
Siri Elektrokimia. Penyediaan garam kuprum dan argentum mesti menggunakan
tindak balas antara logam dan oksida logam ataupun karbonat logam.
5. Tindak
balas Redoks.
( Bab 3,
Ting. 5)
Tindak balas
antara asid dan logam merupakan salah satu contoh bagi tindak balas redoks, di
mana proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.
Contoh:
Dalam tindak
balas di atas:
i) Nombor pengoksidaan
hidrogen, H berkurang daripada +1 kepada
0.
Jadi, hidrogen mengalami penurunan.
ii) Nombor
pengoksidaan zink, Zn bertambah daripada 0
kepada +2.
Jadi, zink mengalami pengoksidaan.
Pengoksidaan
dan penurunan berlaku secara serentak. Maka, tindak balas antara HCl dan Zn
merupakan tindak balas redoks.
Jika kita
membuat persamaan setengah / persamaan ion, kita boleh huraikan dari segi
pemindahan elektron.
i) Zink, Zn melepaskan dua elektron untuk membentuk
ion Zn2+.
Jadi, zink mengalami pengoksidaan.
ii) Hidrogen,H
menerima elektron untuk membentuk
molekul hidrogen, H2.
Jadi, hidrogen mengalami penurunan.









































