Program Peningkatan Akademik & Program Intervensi bagi mata pelajaran Kimia SPM tahun 2015.
Sebagai persediaan awal untuk perancangan program peningkatan akademik tahun 2016.
Muat turun:
Program Akademik Kimia SPM (word doc)
Program Akademik Kimia SPM (pdf)
Sunday, 14 February 2016
Pelan Strategik, Pelan Taktikal & Pelan Operasi (PS, PT, PO) Panitia Kimia 2016-2020
*PS, PT, PO ini disediakan mengikut format yang diberikan oleh Pengetua sekolah saya.
*Untuk versi word document, susun atur baris mungkin sedikit 'lari' semasa proses muatnaik & muat turun.
Muat turun:
PS, PT, PO Kimia (word doc. )
PS, PT, PO Kimia (pdf)
*Untuk versi word document, susun atur baris mungkin sedikit 'lari' semasa proses muatnaik & muat turun.
Muat turun:
PS, PT, PO Kimia (word doc. )
PS, PT, PO Kimia (pdf)
Sunday, 24 January 2016
Aktiviti Membuat ‘Aiskrim Goyang’
Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk
beku. Aktiviti kali ini menunjukkan aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam
masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk. Caranya adalah
dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat bekunya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 2 kotak susu segar (perisa terpulang pada individu)
2. ¼ tin susu pekat manis (nak guna gula pun boleh)
3. Plastik aiskrim
4. Ais secukupnya
5. Garam kasar
Cara-caranya:
1. Campurkan susu segar dan susu pekat.
2. Masukkan campuran aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan
ketat
3. Letakkan ais dalam besen @ tong ais
4. Taburkan garam kasar ke dalam ais (untuk merendahkan takat beku)
5. Masukkan aiskrim ke dalam besen / tong ais, kemudian tutup
6. Goyangkan besen / tong ais sehingga aiskrim beku (antara 20-30
minit)
Tips:
*Saiz aiskrim yang lebih kecil menjadikannya lebih cepat membeku
*Tekstur aiskrim ini adalah lembut (kerana menggunakan susu). Jadi, ia tidak akan mengeras
seperti ais batu.
Konsep:
> Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, jirim terdiri daripada 3
keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
> Air tulen akan membeku pada takat bekunya, iaitu 0oC.
> Kehadiran bendasing (garam) akan merendahkan takat beku ais, iaitu
antara -1 oC sehingga -6 oC
> Jadi, pada suhu 0oC, ais akan mencair kerana ia belum mencapai takat bekunya
> Semasa proses peleburan ini, ais / air menyerap haba daripada persekitaran (dalam kes ini, aiskrim kita). Aiskrim yang kehilangan tenaga haba pula akan membeku.
> Suhu ais yang mencair ini adalah lebih rendah daripada suhu ais biasa.
> Jadi, pada suhu 0oC, ais akan mencair kerana ia belum mencapai takat bekunya
> Semasa proses peleburan ini, ais / air menyerap haba daripada persekitaran (dalam kes ini, aiskrim kita). Aiskrim yang kehilangan tenaga haba pula akan membeku.
> Suhu ais yang mencair ini adalah lebih rendah daripada suhu ais biasa.
> Suhu ais yang lebih rendah akan dapat membekukan cecair lain
(aiskrim) dengan lebih mudah
(p/s: penerangan konsep adalah bergantung kepada m/p yang diajar, tahun / tingkatan yg diajar & tahap penerimaan murid. penerangan bagi m/p Kimia dan Fizik mungkin sedikit berbeza)
(p/s: penerangan konsep adalah bergantung kepada m/p yang diajar, tahun / tingkatan yg diajar & tahap penerimaan murid. penerangan bagi m/p Kimia dan Fizik mungkin sedikit berbeza)
Bacaan Lanjut:
https://stuffexplained.wordpress.com/2012/08/06/adding_salt_to_ice_in_a_cooler/
https://www.inverse.com/article/10544-if-salt-melts-snow-and-ice-why-is-it-essential-in-making-ice-cream
# Muat turun nota ini
p/s: best rasa aiskrim ni sebab teksturnya lembut kerana menggunakan susu. tak perlu pun blend sepertimana kebanyakan resepi aiskrim lain.
Kejohanan Merentas Desa MSSD Sibu 2016
Acara merentas desa merupakan suatu acara sukan yang bukan hanya
bertujuan untuk melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan,
tetapi juga bagi memupuk nilai mencintai alam sekitar. Kejohanan Merentas Desa bagi peringkat MSS Daerah
Sibu tahun 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari. SMK Bawang Assan
telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut setelah kali
terakhir menganjurkannya pada tahun 2014.
Kejohanan pada kali ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan
dengan disertai oleh 21 buah sekolah (daripada 27 buah sekolah menengah di
Sibu), termasuk sebuah sekolah dari Kanowit iaitu SMK Nanga Dap. Jumlah peserta
bagi semua kategori pula mencecah 440 orang, iaitu sekali ganda daripada jumlah
keseluruhan pelajar SMK Bawang Assan.
Para peserta bersama pengurus pasukan masing-masing mula tiba di
pekarangan SMKBA seawal jam 6.45 pagi. Memandangkan sekolah agak kecil dengan
kapasiti pelajar yang sedikit, tempat meletakkan kenderaan amat terhad dan
sempit. Namun mujur dengan adanya bantuan daripada pengawal keselamatan dan
juga anggota pasukan Kadet Polis, pergerakan menjadi agak lancar.
Setelah para peserta melaporkan diri di khemah pendaftaran, satu taklimat
berkaitan laluan merentas desa disampaikan oleh Pegawai Teknikal kejohanan,
Cikgu Willy. Tidak lama kemudian, para peserta mula bergerak ke tapak
perhimpunan bagi memulakan acara.
Tepat jam 8.38 pagi, Tuan Pengetua SMKBA, En. Lau Siah Teck mengibarkan
bendera kejohanan sebagai tanda perlepasan peserta. Kategori pertama yang
dilepaskan ialah kategori Lelaki Junior (Bawah 15 tahun),kemudian diikuti oleh
kategori Perempuan Senior (Bawah 18 tahun), Lelaki Senior, dan diakhiri dengan
kategori Perempuan Junior.
Pada jam 9.45 pagi, wakil Pegawai PPD Sibu tiba di pekarangan sekolah
dan disambut oleh Tuan Pengetua.
Cuaca pada sebelah pagi ternyata menyebelahi kami dengan suasana yang
redup. Namun, sebaik sahaja majlis perasmian penutupan dimulakan, hujan turun
dengan lebat menyebabkan majlis perasmian terpaksa ditangguhkan seketika.
Sebaik sahaja hujan reda, tanpa melengahkan masa majlis diteruskan di tapak
perhimpunan sebagaimana perancangan asal.
Ternyata SMK Sedaya menjadi bintang pada kejohanan kali ini kerana berjaya
menggungguli kedua-dua kategori lelaki & perempuan di mana mereka merupakan
Juara Keseluruhan bagi kategori Perempuan dan juga Naib Juara bagi kategori
Lelaki Keseluruhan. Mereka turut menjuarai kategori Perempuan Senior dan juga
Perempuan Junior.
Kategori lelaki pula memperlihatkan penguasaan SMK Sacred Heart.
Selaku juara kategori Lelaki Junior & Lelaki Senior, mereka berjaya membawa
pulang piala Juara Keseluruhan bagi kategori Lelaki.
SMK Bawang Assan turut tidak mengecewakan apabila mendapat tempat ke-3
bagi kategori Lelaki Junior. Kecil-kecil cili padi. Peserta sekolah kami
merupakan antara peserta yang paling kecil fizikalnya jika dibandingkan dengan
peserta-peserta dari sekolah lain. Walau apa pun, mereka telah menunjukkan
semangat juang yang tinggi, namun rezeki untuk menjadi juara kategori tidak
berpihak kepada kami.
SMK Bawang Assan - tempat ketiga Lelaki Junior
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan yang telah
menyertai Kejohanan Merentas Desa pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua
pemenang. Adat bertanding, ada kalah dan ada menang. Adat menguruskan acara,
ada kelemahan dan ada kesilapan. Apa yang penting, semangat kesukanan dapat terus
kita pupuk demi melahirkan generasi yang lebih berdisiplin dan berdaya saing
dalam segenap aspek.
Berakhir sudah kejohanan merentas desa,
SMK Bawang Assan melambai ceria,
Sukan membentuk semangat waja,
Rakyat sihat, negara sejahtera.
Warna – warni sepanjang kejohanan:
Peserta SMKBA warming-up
Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih kepada:
1. En. William Anut, wakil Pegawai PPD Sibu selaku perasmi kejohanan
2. En. Lau Siah Teck, Pengetua SMKBA selaku Penaung.
3. En. Patrick Gerijeh, PKKK SMKBA selaku Pengurus & Penyelaras
Kejohanan
4. En. Chia Fuk Kien, Pengerusi Teknikal MSSD Sibu
5. Para jurulatih, pengurus-pengurus pasukan & guru-guru pengiring
6. Para peserta kejohanan
7. Para pengawas & semua pelajar SMKBA yang menjadi AJK Kejohanan
Dan terutamanya kepada seluruh warga SMK Bawang Assan, para guru dan
staf, yang telah bertungkus lumus menzahirkan komitmen padu dari awal sehingga
ke akhir demi menjayakan Kejohanan Merentas Desa MSSD Sibu tahun 2016. Tahniah dan
terima kasih semua……!
Muat turun teks MC DI SINI
Sunday, 17 January 2016
Eksperimen Kadar Tindak Balas Menggunakan Panadol Soluble
Kadar tindak
balas dipengaruhi oleh 5 faktor:
i) Saiz bahan
tindak balas
ii)
Kepekatan bahan tindak balas
iii) Suhu
bahan tindak balas
iv)
Kehadiran mangkin
v) Tekanan
Walaupun
dalam sukatan pelajaran Kimia disenaraikan 5 faktor, namun yang dibincangkan secara
terperinci hanya 4 faktor sahaja. Jadi, terdapat 4 eksperimen yang dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Saya menggabungkan
3 faktor untuk dibincangkan dalam satu sesi PdP (2 waktu). Faktor saiz
dijadikan sebagai set induksi, di mana saya menggunakan panadol soluble yang
dilarutkan dalam air.
Dua lagi
faktor, iaitu faktor kepekatan bahan & suhu bahan tindak balas dijalankan
eksperimen oleh pelajar-pelajar saya. Dua eksperimen ini boleh dijalankan
serentak memandangkan kedua-duanya menggunakan bahan tindak balas yang sama.
Kronologi langkah
yang saya jalankan:
(A) Set
induksi
1. Sediakan
dua buah bikar berisi air & dua biji panadol soluble
2. Minta
pelajar patah-patahkan sebiji panadol soluble sehingga menjadi ketulan-ketulan
kecil
3. Tanya
pelajar apa perbezaan luas permukaan panadol soluble antara ketulan besar &
ketulan kecil.
(ketulan
kecil mempunyai luas permukaan yang lebih kecil bagi setiap ketulan, tetapi mempunyai
Jumlah Luas Permukaan yang lebih besar berbanding sebiji ketulan besar panadol
soluble)
4. Masukkan
panadol soluble ke dalam 2 buah bikar berisi air. Perhatikan panadol soluble
dalam bikar mana yang paling cepat larut dan berhenti bertindak balas.
5. Minta
pelajar nyatakan pemerhatian.
(ketulan
kecil panadol soluble lebih cepat larut & lebih cepat berhenti bertindak
balas)
6. Pelajar
membuat rumusan / kesimpulan:
Semakin kecil
saiz bahan tindak balas, semakin besar jumlah luas permukaan bahan yang
terdedah, semakin tinggi kadar tindak balas
7. Aplikasi dalam kehidupan seharian: memasak makanan yang bersaiz kecil lebih cepat berbanding makanan yang bersaiz besar.
7. Aplikasi dalam kehidupan seharian: memasak makanan yang bersaiz kecil lebih cepat berbanding makanan yang bersaiz besar.
(B)
Eksperimen berkumpulan
1. Pelajar
dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2 kumpulan mengkaji faktor kepekatan bahan,
manakala 2 kumpulan lagi mengkaji faktor suhu.
2. Guru
menunjukkan demo eksperimen (menggunakan radas kosong) & menerangkan
langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen.
3. Pelajar
menjalankan eksperimen (rujuk prosedur dalam Buku Teks Kimia Ting. 5 & hands-on)
4. Pelajar mencatatkan masa yang diambil untuk tanda 'X' tidak kelihatan
(C) Melukis
graf & pembentangan
1. Pelajar
melukis graf kepekatan melawan 1/masa & suhu melawan 1/masa
2. Pelajar
membentangkan data & graf kumpulan masing-masing sebagai perkongsian dengan
kumpulan lain.
3. Semua
graf yang dilukis menunjukkan graf garis lurus (berkadar langsung).
Langkah berjaga-jaga
& peringatan kepada pelajar:
1. Terus
mulakan jam randik sebaik sahaja asid dituangkan ke dalam kelalang kon berisi
natrium tiosulfat kerana tindak balas terus berlaku.
2. Gunakan
kelalang kon yang sama saiz kerana saiz yang berbeza mempengaruhi ketinggian
mendakan yang terbentuk. Seterusnya, ia mempengaruhi masa yang diambil untuk
tanda ‘X’ tidak kelihatan.
3. Pastikan
mata berada pada aras meniskus cecair semasa mengukur isipadu natrium
tiosulfat.
4. Gunakan
penyepit / kain semasa memegang kelalang kon yang panas. Memegang radas yang
panas boleh mendatangkan kemalangan.
5. Sebaik
sahaja natrium tiosulfat mencapai suhu yang diingini, terus masukkan asid &
mulakan jam randik.
6. Lihat
tanda ‘X’ dari atas kelalang kon, bukan dari tepi.
7. Tutup
kipas sepanjang eksperimen dijalankan bagi memastikan suhu sekeliling tidak
mempengaruhi suhu bahan tindak balas.
8.
Sebaik-baiknya eksperimen dijalankan dengan pantas kerana semakin lama masa
diambil, kelalang kon yang digunakan menjadi semakin kabur disebabkan sisa
sulfur yang melekat pada dinding kelalang kon. Menggunakan kelalang kon yang
lain, tetapi sama saiz adalah lebih baik.
9. Jangan
buang sisa bahan kimia ke dalam sinki. Buang sisa bahan kimia dalam bekas sisa
bahan kimia yang disediakan oleh guru.
10. JANGAN gunakan istilah tanda 'X' hilang, tetapi gunakan ayat "tanda 'X' hilang dari pandangan" ataupun "tanda 'X' tidak kelihatan"
**Rujukan lanjut: https://www.facebook.com/rajinder.pw/posts/10153915429201654
**Rujukan lanjut: https://www.facebook.com/rajinder.pw/posts/10153915429201654
Wednesday, 6 January 2016
RPT Kimia & Sains 2016
Berikut merupakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran Sains menengah rendah dan juga Sains Tulen (Kimia & Biologi) untuk tahun 2016. Semua RPT adalah dalam versi Bahasa Melayu.
Dalam RPT tersebut telah disertakan peta i-think yang berkaitan dan juga aktiviti-aktiviti tambahan yang berteraskan KBAT / HOTS.
Muat turun:
RPT Sains Ting. 1 2016
RPT Sains Ting. 2 2016 (kredit: cikgu Yii Hea Lang)
RPT Sains Ting. 3 2016 (kredit: cikgu Norhidayah)
RPT Sains Ting. 5 2016 ( kredit: cikgu Su Hiap Soon)
RPT Kimia Ting. 4 2016
RPT Kimia Ting. 5 2016
RPT Biologi Ting. 4 2016 (kredit: cikgu Yii Hea Lang)
RPT Biologi Ting. 5 2016 ( kredit: cikgu Su Hiap Soon)
Cover RPT
Dalam RPT tersebut telah disertakan peta i-think yang berkaitan dan juga aktiviti-aktiviti tambahan yang berteraskan KBAT / HOTS.
Muat turun:
RPT Sains Ting. 1 2016
RPT Sains Ting. 2 2016 (kredit: cikgu Yii Hea Lang)
RPT Sains Ting. 3 2016 (kredit: cikgu Norhidayah)
RPT Sains Ting. 5 2016 ( kredit: cikgu Su Hiap Soon)
RPT Kimia Ting. 4 2016
RPT Kimia Ting. 5 2016
RPT Biologi Ting. 4 2016 (kredit: cikgu Yii Hea Lang)
RPT Biologi Ting. 5 2016 ( kredit: cikgu Su Hiap Soon)
Cover RPT
Thursday, 17 December 2015
Menggapai Awan di Puncak KLCC
Salah satu bangunan ikonik di Malaysia sudah tentunya Menara Berkembar
Petronas yang merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Dengan ketinggian
451.9 meter, ia pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia. Salah satu
keunikannya terletak pada jambatan gantung (skybridge)
yang terletak di tengah-tengah bangunan yang menghubungkan 2 menara.
sisi menara berkembar berbentuk huruf 'M' yang mewakili 'Malaysia'
Saya telah berpeluang untuk merasai pengalaman berada di skybridge Menara Berkembar Petronas dan
ke tingkat tertinggi menara tersebut melalui pakej lawatan “Petronas Twin Towers Visit”. Memandangkan Menara Berkembar Petronas
(MBP) menempatkan pejabat-pejabat, jadi tak bolehlah kita sesuka hati saja nak
naik ke skybridge tu, kenalah ikut
pakej yang disediakan. Bilangan pelawat pula dihadkan kepada 500 orang sahaja
(jika tak silap) dalam satu hari yang dibahagikan kepada beberapa trip dari
pagi sehingga tengah hari.
Semasa lawatan, kita akan diiringi 1-2 orang tour guide yang akan memberikan penerangan sepanjang lawatan
termasuklah sejarah pembinaan MBP, strukturnya, galeri pameran dan macam-macam
lagi. Penerangan diberikan dalam dwibahasa.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kami tiba di skybridge yang terletak di tingkat 41. Jambatan ni sebenarnya ada
dua tingkat. Jambatan yang terletak di tingkat 42 hanya digunakan oleh para
staf di situ sahaja. Kami diingatkan bahawa kami mungkin akan berasa sedikit
pening jika ada angin kencang kerana jambatan tersebut akan “slide” sedikit. Tujuannya adalah bagi
mengelakkan jambatan runtuh. Tapi, nasib baiklah masa tu angin tak kuat.
Pheww…..
skybridge @ Petronas Twin Towers with length 58.4m. di hujungnya terdapat satu ruang untuk "sliding"
tidak ramai pelawat yang dibenarkan naik ke skybridge pada satu-satu masa
Kami diberikan masa lebih kurang 15 minit untuk berjalan-jalan dan
menikmati pemandangan udara dari skybridge.
pemandangan dari tingkat 41 menara petronas (170 meter dari bawah)
Seterusnya, kami dibawa ke pelantar
pemandangan (observation deck) di
tingkat 86, iaitu tingkat tertinggi untuk dinaiki. (sebenarnya ada 2 tingkat
lagi – tingkat 87 & 88 digunakan untuk pengurusan menara). Di sini, boleh
lihat keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 360 meter. Di sini
juga terdapat galeri yang mempamerkan menara-menara pencakar langit di seluruh
dunia, fakta-fakta berkaitan MBP, model-model menara dan pelbagai lagi
informasi menarik. Masa ni bolehlah tengok puncak menara Petronas secara dekat
puas-puas. Rasa macam boleh gapai dengan tangan, nak pegang je benda bulat kat
atas tuu……..
galeri di tingkat 86
puncak menara sebelah
Bagaimana menyertai Petronas
Twin Towers Visit
Kaunter tiketnya terletak di tingkat bawah (ground level) MBP. Boleh juga ke sana melalui Suria KLCC, kemudian
carilah papan tanda yang menunjukkan arah ke Concourse KLCC. Tak pun, tanya
jelah mana-mana staf atau polis pengawal yang korang nampak. Senang citer.
Bagi yang merancang nak merasai pengalaman naik ke skybridge MBP, perlu diingatkan kena
beratur awal-awal di kaunter tiket. Ini kerana mereka mengamalkan konsep “siapa
cepat dia dapat” (first come first serve).
Walaupun anda pegi kaunter jam 9.00 pagi sekalipun tapi jika ditakdirkan semua
tiket sudah “sold out” maka jawabnya
gigit jari ajelah. Terutamanya jika pelancong asing ramai pada hari tu. Tiada
sebarang kuota istimewa diberikan walaupun anda warganegara Malaysia. Kita cuma
akan diberikan diskaun harga tiket sahaja dengan syarat mengemukakan MyKad.
Harga tiket lebih kurang dalam RM 20++ untuk seorang dewasa & RM12 untuk kanak-kanak.
Saya sendiri perlu pergi dua kali baru dapat beli tiket. Mula-mula
pergi tu tiket sudah sold-out, (sebab sebelum tu pegi petrosains dulu berjam-jam) maka terpaksalah datang balik keesokannya. Punyalah gigih, jam 8.30 pagi dah
terpacak depan kaunter tiket. Haha……Masa beli tiket, kita boleh pilih kita nak
trip pada pukul berapa. Satu trip ada lebih kurang 20-30 orang. Bersesak-sesak
lah kejap dalam lif nya. Kalau diapit pelancong-pelancong asing yang tinggi
melangit, nasib kaulah…..
Apa-apa pun, pengalaman ini sememangnya suatu pengalaman yang cukup
berharga. Rasa bangga sekejap sebagai rakyat Malaysia. Walaupun harga tiket
mungkin agak mahal, dengan masa lawatan yang tak sampai sejam, tetapi bagi saya
ianya dikira berbaloi untuk pengalaman sekali seumur hidup. Lebih-lebih lagi
sebagai cikgu, bila dapat first hand
experience sebegini, dapat kongsikan dengan pelajar secara lebih terperinci
tentang pembinaan & kestabilan sesebuah bangunan. Bolehlah cikgu ‘eksyen’
sket kann……. hehe….
p/s: thanx to my dear bff, Lynn yang menemani saya. ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)














