Monday, 26 February 2018

100 Hari di MTD : Apa Bezanya dengan Sekolah Biasa


Hari Sabtu, 24 Feb. 2018, maka genaplah 100 hari saya berkhidmat di Maktab Tentera Diraja, yang biasanya disebut sebagai MTD atau RMC (singkatan kepada Royal Military College). Dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat, banyak perkara yang telah dilalui dan banyak perbezaan besar yang sudah dirasai. Sedikit demi sedikit saya menyesuaikan diri dan menghadam segala macam budaya MTD.


Sebagai satu-satunya sekolah menengah yang berteraskan ketenteraan, sudah tentu begitu banyak bezanya dengan sekolah biasa. Walaupun semua pelajarnya tinggal di asrama, namun MTD tetap tidak sama dengan SBP mahupun MRSM. Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk membicarakan tentang MTD secara keseluruhannya. Apa yang bakal saya coretkan lebih kepada apa yang dilihat daripada kaca mata seorang guru biasa yang bertunjangkan PdPc sebagai fokus utama.

Apa itu MTD? 

Walaupun MTD telah ditubuhkan sejak tahun 1952, hakikatnya masih ramai yang belum menyedari akan kewujudan maktab ini. Antara soalan-soalan awal yang kerap ditanya pada saya apabila mereka mengetahui saya mengajar di MTD adalah:

1. MTD ni sekolah apa? Sekolah untuk tentera ke?
2. MTD ni sekolah untuk anak anggota tentera ke?
3. Kalau pakai cermin mata boleh ke masuk MTD?

MTD merupakan sebuah sekolah pelajar lelaki yang berteraskan disiplin ketenteraan. Sesiapa pun boleh masuk belajar di MTD, tak semestinya anak anggota tentera. Suatu ketika dulu, MTD mempunyai pelajar dari Ting. 2-5, tapi kini hanya peringkat menengah atas (T4 & T5) sahaja. Putera MTD dipilih daripada lepasan PT3 melalui beberapa sesi pemilihan & kriteria tersendiri. Pakai cermin mata tak termasuk halangan untuk memohon masuk MTD.

Cuma, proses pemilihan MTD agak ketat melibatkan siri temuduga serta latihan fizikal kerana hanya 200 yang terbaik sahaja akan dipilih sebagai putera baru ting. 4. Unit Promosi MTD sentiasa aktif mempromosikan MTD ke seluruh negara. Jadi, rajin-rajinlah buka laman sesawang MTD bagi mengetahui jadual promosi serta prosedur dan tarikh temuduga untuk kemasukan ke MTD.

Istilah – istilah Ketenteraan

Perkara pertama yang saya cuba kuasai sejak hari pertama bertugas di sini adalah membiasakan diri dengan istilah-istilah ketenteraan serta pangkat-pangkat anggota tentera, termasuklah pangkat boy. Banyak sungguh istilah yang membuatkan saya tercengang-cengang pada mulanya. Maka gigihlah saya mengkhatam majalah MTD yang bergelar “The Bugler” bagi tujuan tersebut, ditambah pula dengan pakcik ‘Google’. Mujur juga masa kecik-kecik dulu pernah baca majalah tentera, jadi tak adalah janggal sangat, cuma kena ulangkaji balik je. So, sekarang ni sudah ok sikit, takdelah blurr sangat.  


Istilah-istilah biasa yang digunakan antara guru dan pelajar di sini:
Guru (L): Tuan
Guru (P): Puan @ Ma’am
Pelajar : Putera @ Boy
Boy T5 : Putera Kanan (PK)

KEMENTAH

MTD merupakan satu-satunya sekolah menengah di negara ini yang terletak di bawah pengurusan Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Juga merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang memberi pendedahan terhadap disiplin ketenteraan dalam kalangan pelajarnya dan mendapat jolokan "The Malaya's Standhurst". Terdapat juga beberapa anggota tentera yang menjadi pegawai pendidikan. Walau apapun, tugas-tugas hakiki sebagai guru tidak jauh bezanya dengan guru-guru di sekolah lain.

Pentadbiran Maktab 

Pentadbiran di MTD diketuai oleh Komandan, dengan dibantu oleh Pengarah Pengajian (bagi bahagian akademik) dan Pengarah Latihan (bagi bahagian ketenteraan). Walaupun barisan guru berada di bawah bahagian akademik, namun bagi setiap program rasmi maktab, kita akan bekerja bersama pegawai dan staf dari bahagian-bahagian lain. Berkhidmat di sini banyak memberi pengalaman berharga untuk bekerjasama sebagai satu pasukan walaupun berbeza identiti, cawangan, jawatan mahupun pangkat.

Bersama Komandan MTD pada masa itu, Brigedier Jeneral (kini Mejar Jeneral Dato') Mohd Shahada Ismail (TUDM) semasa Perbarisan Tahunan 2017

Uniform Maktab

Boy di sini tidak memakai baju kemeja macam uniform sekolah biasa, tetapi memakai pakaian seragam tentera (no. 3) semasa menghadiri sesi pdpc.


Cuma pada hari Jumaat mereka akan memakai persalinan baju melayu (kecuali bagi non-muslim & duty boy akan tetap memakai uniform no. 3) 



Keperluan Putera 

Boleh dikatakan hampir semua keperluan putera di sini dibekalkan oleh maktab, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Pakaian seragam, baju loreng, baju PJ, kasut, beg sekolah, alat tulis....tak larat nak senaraikan semua. Pendek kata tak perlu beli sehelai kertas pun. Cuma perlu bawa barang-barang keperluan peribadi je.

Kompeni & Skuad 

Jika di sekolah berasrama penuh yang lain, misalnya MRSM, kita ada sistem homeroom dan mentor-mentee, di mana guru homeroom ibaratnya seperti ibu/bapa angkat kepada pelajar-pelajar. Di sini tiada sistem homeroom, tetapi semua putera MTD dibahagikan kepada 8 kompeni di mana setiap kompeni terdiri daripada putera Ting. 4 dan Ting. 5. Setiap kompeni dibahagikan pula kepada 2 skuad, iaitu Skuad Ting. 4 dan Skuad Ting. 5.

Setiap kompeni diketuai oleh seorang Ketua Kompeni atau OC yang merupakan pegawai tentera. OC dibantu oleh 2 orang guru skuad Ting. 4 dan 2 orang guru skuad Ting. 5. Antara peranan OC dan guru skuad adalah menjaga kebajikan putera dalam kompeni / skuad masing-masing termasuklah mengambil berat akan hal pembelajaran & kesihatan putera.

Ketua putera bagi setiap kompeni digelar SUO (Senior Under Officer) atau PRK (Pegawai Rendah Kanan) dengan dibantu oleh 3 orang JUO (Junior Under Officer) atau PRM (Pegawai Rendah Muda) bagi setiap kompeni serta 4 orang Putera Sarjan.

Upacara pemakaian pangkat putera yang disempurnakan oleh Komandan MTD 

Senarai Kompeni di MTD: Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel)

[ Nota kaki: SUO ni lah pangkat hero dalam drama Budak Boys kat TV3 tu. Tengok, gigih tak aku hafal semua benda ni. Korang kalau rasa pening baca ni, jangan risau. Aku dulu masa mula-mula masuk MTD pun pening jugak hahaha...... Tapi sebab tahun ni dilantik sebagai guru skuad Ting. 4 Kompeni B, maka gigihlah aku hadam semua cepat-cepat =D ]

Bersama rakan-rakan Guru Skuad (pakaian baju korporat biru), 
JUO kompeni Alpha (paling kanan), JUO kompeni Bravo (kiri), 
Pegawai Pendidikan Tentera, Mejar Khairul, merangkap Ketua Kompeni Bravo. 
Semasa hari pendaftaran putera baru Ting. 4 2018. 

PdPc & Kelas

Di sini, kebanyakan guru hanya perlu mengajar satu jenis mata pelajaran sahaja, biasanya subjek major mereka. Cuma, ada beberapa orang sahaja yang mengajar 2 jenis subjek. Jadi, setiap guru mempunyai fokus yang lebih pada subjek masing-masing. Jika di sekolah biasa, boleh dikatakan purata seorang guru mengajar 2-3 subjek setiap seorang.
(p/s: masa mula-mula posting dulu, 7 jenis subjek saya ajar. perghh……).

Jadual kelas di MTD lebih kurang sama sahaja dengan sekolah-sekolah lain, iaitu dari pagi sehingga jam 2.00 petang. Kemudian ada kelas tambahan petang dan prep malam. Mata pelajaran yang diambil juga sama, memandangkan kami mengikuti sukatan pelajaran oleh KPM. 



Aliran Pembelajaran 

Mulai tahun 2021, aliran pembelejaran di MTD adalah mengikut pakej KSSM, tidak jauh beza dengan yang dicadangkan oleh KPM.  Selain daripada mata pelajaran elektif Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan), mata pelajaran elektif lain yang ditawarkan untuk pakej STEM adalah Prinsip Perakaunan / Perniagaan, Sains Komputer dan terdapat juga pakej Sains Sosial. 

Masuk MTD tak semestinya lepas tu kena jadi anggota tentera ataupun kena masuk UPNM. Lepasan SPM dari MTD masih boleh memilih institusi pengajian lain untuk sambung belajar dalam apa jua bidang.


Disiplin Boy

Semua boy di sini memang dilatih dengan disiplin ketenteraan yang tinggi. Nak kata langsung tak ada masalah disiplin tu tidak juga, tapi sangat-sangat kurang jika dibandingkan dengan sekolah lain, apatah lagi sekolah di bandar besar KL. Mereka dididik untuk sangat menghormati guru walau di mana sahaja mereka berada. Nakal tu memang ada, tapi masih boleh dikawal. Kalau tak nakal, bukan budak laki lah namanya kan…. Mujur juga dulu pernah ada pengalaman mengajar sekejap di St. John’s Institution (another all boys’ school in KL). Rasanya students SJI dulu lagi nakal hehe…. Lepas tu posting ke sekolah yang ramai girls, and now back to all boys. Sangat berbeza bila mengajar boys jika dibandingkan dengan girls, tapi seronok tu tetap ada. Kalau dah namanya guru, kenalah hadap kerenah students macam mana sekalipun.

Program Luar Akademik

MTD merupakan institusi pendidikan yang bukan berfokuskan pada akademik semata-mata. Visinya adalah untuk melahirkan bakal pemimpin negara yang seimbang dari segi akademik, ketenteraan serta kesukanan. Jadi boy di sini ada begitu banyak aktiviti luar akademik terutamanya latihan ketenteraan. Guru juga tidak terkecuali. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang aktiviti boy. Apa yang pasti, ada ekspedisi semasa cuti sekolah yang perlu turut disertai oleh guru. Ekspedisi boy MTD bukan macam lawatan sambil belajar sekolah lain ok. Ekspedisinya lebih bersifat fizikal dan mencabar. Antaranya, ekspedisi ke Taman Negara Bako, Taman Negara Mulu, Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan banyak lagi lah. Yang terdekat adalah semasa cuti pertengah penggal 1 yang akan datang pada bulan Mac ini, di mana saya merupakan salah seorang guru yang terpilih untuk salah satu ekspedisi yang paling jauh dan mencabar. Fuhhh…!!

Perbarisan Tahunan (POP)

Perbarisan Tahunan ataupun Passing Out Parade (POP) merupakan acara kemuncak sebelum seseorang boy MTD bergraduasi dari sini. Jika di sekolah biasa digelar Hari Graduasi atau Hari Penyampaian Sijil & Anugerah (or whatever it is), uniknya di MTD Majlis Penyampaian Hadiah dimulakan dengan acara perbarisan ketenteraan.



Cabaran & Pengalaman Serba Baru

Ini cuma sebahagian kecil daripada kehidupan yang dilalui di MTD. Masih terlalu banyak yang belum diceritakan. Apa yang pasti, berkhidmat di MTD menghadirkan 1,001 pengalaman yang amat bermakna. Belajar untuk bekerjasama antara dua kementerian yang berbeza. Apabila berbicara tentang cabaran, di mana-mana pun ada cabaran yang tersendiri, begitu juga di sini. Hanya mereka yang mempunyai hati dan jiwa yang kental sahaja yang mampu mengharungi.

Memetik kata-kata Tuan Komandan Brig. Jeneral Hj. Mohd Shahada sewaktu pertama kali saya melapor diri padanya, There is nothing perfect in this world, and that makes our life beautiful.”


Semoga kaki ini akan terus teguh berdiri untuk 100 hari lagi, malah mungkin 1,000 hari lagi di sini.
Insya-Allah.

# Serve to lead


Nota kaki
Pautan luar tentang MTD:

Portal Rasmi MTD 

FB rasmi : Maktab Tentera Diraja 

Bagi mengetahui aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun di MTD, boleh layari laman berikut:
YouTube IMC MTD 

Tak pun, korang layan jelah drama Budak Boys kat TV3. =D 


Friday, 16 February 2018

Koleksi Nota Pelajar (Kimia)

Semasa mengajar di Sibu dahulu, pelajar-pelajar saya masih membuat nota sendiri walaupun sudah ada modul. Selain untuk memastikan mereka membuat ulangkaji, buat nota sendiri sebenarnya membuatkan pelajar lebih ingat & faham apa yang dipelajari. 

Gambar-gambar di bawah diambil daripada salah seorang bekas pelajar saya (lelaki), kecuali 2,3 gambar sahaja daripada nota pelajar perempuan. Ini bukti bahawa pelajar lelaki juga boleh buat nota dengan cantik dan kemas. 

* Sebagai peringatan, ini cuma nota ringkas sahaja. Nota yang lebih terperinci adalah dalam modul. 

Bab 2: Struktur Atom 

~ perwakilan piawai atom & kegunaan isotop ~

~ resapan ~

~ lengkung pemanasan ~ 

~ lengkung penyejukan ~ 

*Nota kaki: untuk gambarajah lengkung pemanasan / penyejukan, perlu pastikan bentuknya adalah 'lengkung', tidak boleh dilukis dengan bucu yang tajam. 

Bab 3: Formula & Persamaan Kimia 

~ konsep mol ~

~ langkah penghitungan melibatkan persamaan kimia & mol ~ 

~ banding beza exp. formula empirik kaedah 1 & kaedah 2 ~


~ senarai formula ion & formula kimia ~ 

Bab 4: Jadual Berkala Unsur 

~ perubahan sifat unsur apabila menuruni kumpulan & merentasi kala JBU ~

 ~ huraian perubahan sifat unsur ~ 

~ tindak balas unsur kump. 1 ~

~ tindak balas unsur kump. 1 ~

~ tindak balas unsur kump. 17 ~

~ tindak balas unsur kump. 17 ~

~ ciri-ciri unsur peralihan ~

Bab 5: Ikatan Kimia 

~ beza ikatan ion & ikatan kovalen ~


Bab 6: Elektrokimia 

~ Belum capture gambar. Akan dikemaskini kemudian ~ 

Bab 7: Asid dan Bes 




Bab 8: Garam 

~ Garam larut & garam tak larut ~ 

* Untuk jadual keterlarutan garam, sila rujuk DI SINI 

Bab 9: Bahan Buatan dalam Industri 

~ Belum capture gambar. Akan dikemaskini kemudian ~ 

Bab 10: Kadar Tindak Balas 


Bab 11: Sebatian Karbon 

~ Sila rujuk DI SINI

Bab 12: Redoks 

~ proses pengaratan besi ~ 

~ redoks dalam sel kimia ~

~ redoks dalam tiub U ~

Bab 13: Haba Tindak Balas 

~ gambarajah exp. ~

Bab 14: Bahan Kimia untuk Pengguna 

~ tindakan pencucian sabun ~ 

Thursday, 4 January 2018

Pelaksanaan Program DLP Tahun 2018

Hari ini, 4 Januari 2018, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan pelaksanaan program DLP bagi tahun 2018. 

Setelah pembukaan kelas baru DLP ditangguhkan seketika, kini semua sekolah DLP sudah boleh membuka kelas baru DLP seperti biasa. Cuma bezanya, pada kali ini pembukaan kelas baru DLP hanya melibatkan Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja. Sementara itu, semua kelas DLP sedia ada diteruskan seperti biasa. 

Bagi sekolah di Zon A (cuti Jumaat, Sabtu), kelas baru DLP akan bermula pada hari Ahad minggu hadapan, iaitu pada 7 Januari 2018. Manakala bagi sekolah-sekolah di Zon B, kelas baru DLP bermula pada hari Isnin, 8 Januari 2018. 

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM: 




Jadi, sekarang kita hanya menunggu Surat Pekeliling Ikhtisas yang terkini dikeluarkan. 

Tuesday, 2 January 2018

Episod Perpindahan yang Tidak Dijangka

Benarlah. Rezeki itu tidak pernah salah alamat. 
Kadang biarpun sesuatu itu sudah ada dalam genggaman, tapi jika sudah tertulis bukan rezeki kita tetap akan terlepas jua. 
Namun jika sudah tertulis rezeki itu milik kita, biar jauh, cepat mahupun lambat tetap akan menjadi hak kita. 

Hampir 7 tahun saya menabur bakti di Bumi Kenyalang. Sekolah itu sudah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya. Biarpun bukan sedikit yang perlu dikorbankan, namun saya gembira di sana. Juga bukan sedikit pengalaman yang telah dikutip serta ilmu yang ditimba. 

e-GTukar diisi saban tahun. Namun, belum sampai rezeki perpindahan ke Semenanjung. Sehingga pada suatu tahap, saya tidak lagi terlalu berharap. Ibarat sudah dapat menjangka, pasti e-GTukar akan gagal lagi buat kesekian lagi. 

Tanpa disangka-sangka, DIA menghadirkan peluang di depan mata. Tanpa berfikir lama, saya menerima dengan hati terbuka, berusaha melalui jalan yang berbeza daripada kebiasaannya. Permohonan secara manual dihantar, dan dalam masa 3 minggu, permohonan diluluskan. Saya rasa seperti tidak percaya sehinggalah tidak lama selepas itu, surat arahan rasmi bagi pertukaran ke KL tiba di tangan saya (berkuatkuasa 16 Oktober 2017). 

~ Ucapan perpisahan semasa perhimpuan mingguan yang terakhir ~

Ibarat baru tersedar dari lena, saya betul-betul tidak menyangka bahawa prosesnya secepat itu. Satu sekolah gempar dengan berita pertukaran saya (haha....) memandangkan permohonan perpindahan saya dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa, kecuali Tuan Pengetua. Lebih-lebih lagi apabila pertukaran itu berlaku bukan dalam tempoh pertukaran yang biasa. Antara yang paling terkejut adalah Ketua Panitia Sains saya, Cikgu Yii Hea Lang yang cukup rapat dengan saya. 

Terlajak perahu sudah tidak boleh diundur lagi. Namun, memandangkan arahan pertukaran tiba pada saat kami semua begitu sibuk dengan urusan sekolah yang pelbagai, maka permohonan penangguhan melapor diri dihantar ke sekolah baru. Mujur mereka memahami dan memberi tempoh penangguhan sehingga sebulan. 

Dalam tempoh sebulan, saya seperti ayam tercabut ekor menyelesaikan segala tugas akhir tahun yang menggunung. Biarpun saya boleh mewariskannya kepada guru lain, namun seboleh mungkin saya ingin menamatkan setiap apa yang saya mulakan. Nota Serah Tugas akhirnya berjaya diserahkan pada hari terakhir saya bertugas di stesen lama. 


Benarlah juga kata pepatah Inggeris. You don't realize how much you love someone / something until they are really gone. Biarpun tetap gembira kerana pada akhirnya dapat berpindah ke tanah sendiri, namun rasa sayang terhadap sekolah lama tetap menebal. Tempoh masa 7 tahun bukan sekejap untuk saya lupakan sekolah itu dalam sekelip mata. Pasti akan mengambil masa, namun saya sentiasa cuba untuk positif. 

Makan malam terakhir bersama geng Panitia Sains & Mat 

Makan malam terakhir bersama geng cikgu-cikgu semenanjung di Sibu

Lunch terakhir bersama 2 orang ex-students yang paling rapat dengan saya
Thanx Ming Ming and Ah Hong for your treat 

Detik-detik terakhir sebelum ke airport Sibu. Kena tahan dengan pelajar.

Pecutan akhir SPM Kimia. Saya pulang semula ke Sibu untuk membimbing calon SPM Kimia 

Bersama salah seorang ex-student yang sangat baik hati, Yong Ing Kiet

Hari terakhir bersama batch Kimia SPM 2017. 


Akhirnya, pada 16 November 2017, saya melapor diri secara rasmi di Maktab Tentera Diraja, Kem Sg. Besi , KL. Pada masa itu, pelajar-pelajar Ting. 4 baru tamat peperiksaan akhir tahun dan menghadiri ekspedisi di Perak. Oleh itu, sampai sekarang saya belum berpeluang untuk merasai pengalaman dalam bilik darjah dan bersuai kenal dengan putera-putera di sana. Namun, apa yang pasti, sebagai satu-satunya institusi pendidikan yang berteraskan ketenteraan di Malaysia, semestinya MTD menjanjikan pengalaman dan budaya yang jauh berbeza daripada sekolah biasa. 

~ Pengalaman kali pertama terlibat dengan Passing Out Parade di MTD ~

Sesi persekolahan tahun 2018 bakal menjadi titik tolak bermulanya perjalanan dan pengalaman serba baru bagi saya di sekolah baru dan tempat tinggal baru. Selain daripada perlu bersedia dengan budaya kerja yang baru, saya juga perlu bersedia mental dan emosi untuk berhadapan dengan budaya hidup yang mencabar di kota raya besar, terutama bab makan jem di jalan raya. kehkeh..... 

Semoga tahun 2018 membawa sinar yang lebih gemilang buat saya.
Semoga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Insya-Allah..amiinn.... 

~ SERVE TO LEAD ~ 
~ BERKHIDMAT MEMIMPIN ~

Monday, 1 January 2018

Dual Language Programme (DLP) Tahun 2018 Ditangguhkan

Penangguhan pembukaan kelas baru untuk Program DLP bagi tahun 2018 membuka tirai isu pendidikan pada tahun ini. 


Sebagai makluman bagi sekolah yang belum terlibat,  Program DLP merupakan suatu program di mana PdPc bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Ia merupakan suatu inisiatif di bawah dasar MBMMBI, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkasakan Bahasa Inggeris. 

Program DLP dimulakan pada tahun 2016 di sekolah-sekolah yang terpilih berdasarkan 4 kriteria yang dipenuhi, iaitu: 
1. Sumber yang mencukupi
2. Kesediaan sekolah 
3. Sokongan ibu bapa 
4. Pencapaian sekolah dalam Bahasa Melayu SPM 

Pada peringkat awal, ia melibatkan murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bagi kohort 2016. 
Untuk kohort 2017, bilangan sekolah DLP semakin bertambah. Apabila telah terpilih sebagai sekolah DLP, maka program DLP perlu diteruskan terhadap kohort murid-murid seterusnya, manakala murid DLP pula akan terus berada dalam sistem DLP sehingga mereka tamat Tingkatan 5. 

Maka, ia merupakan suatu perkara yang agak mengejutkan apabila pihak kementerian mengambil keputusan untuk menangguhkan program DLP untuk kohort 2018 (kelas DLP sedia ada diteruskan seperti biasa). Lebih-lebih lagi apabila berita itu hanya disampaikan 2 hari sebelum sesi persekolahan tahun 2018 bermula. Surat rasmi penangguhan tersebut pula hanya akan dikeluarkan pada 2 Januari 2018. Sudah tentu ada sekolah yang sudah menyelesaikan sesi pendaftaran murid baru & telah melaksanakan taklimat penataran DLP kepada para ibu bapa. 

Berikut merupakan makluman mengenai penangguhan program DLP yang disampaikan oleh urusetia DLP di JPN: 


Penangguhan DLP secara tiba-tiba seperti ini menimbulkan banyak persoalan / isu / situasi kurang selesa di sekolah DLP. 

Kita ambil contoh sekolah DLP (SMK) kohort 2017. Bagi tahun 2018, kelas DLP yang ditawarkan sepatutnya Ting. 2 dan Ting. 1. Kelas DLP bagi Ting. 1 ditangguhkan, manakala kelas DLP bagi Ting. 2 diteruskan. 

Antara isu / persoalan yang bakal timbul adalah: 

1. Jika PdPc Sc dan Mat ting. 1 dijalankan dalam BM pada peringkat awal, kemudian program DLP diteruskan semula, adakah PdPc yang telah dijalankan sebelum ini perlu diulang semula dalam BI?

2. Adakah pelajar Ting. 1 2018 tidak perlu mengikuti DLP sehingga Ting. 3? Jika mereka dikehendaki mengikuti DLP selepas ia diteruskan semula, bagaimana dengan pelaksanaan PT3 nanti? 

3. Persoalan utamanya adalah, mengapa keputusan untuk menangguhkan DLP dilakukan secara tiba-tiba tanpa sebarang makluman rasmi kepada pihak sekolah, terutamanya kepada guru-guru yang bertindak sebagai pelaksana DLP? 

4. Sampai bilakah ia akan ditangguhkan? 

5. Sekolah perlu berhadapan dengan pelbagai respon, persoalan dan 'demand' daripada ibu bapa. Seharusnya sekolah perlu diberikan maklumat yang terperinci berkenaan hal ini. 

Apa-apa pun, kita harapkan agar isu penangguhan program DLP ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Semoga pihak kementerian juga dapat mengeluarkan surat pekeliling / surat siaran serta garis panduan terkini secepat mungkin kepada pihak sekolah. 

SELAMAT TAHUN BARU 2018 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA GURU & MURID


Friday, 29 December 2017

Imbasan 2017: Senarai Program & Aktiviti di SMKBA Sibu (Part 3)

Sambungan daripada Part 2

20. Program Minda Merdeka : 3 Ogos 

Merupakan suatu program yang menggabungkan ceramah motivasi untuk calon PT3 dan SPM dan juga semangat patriotik sempena Bulan Kebangsaan. Dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sibu dengan kerjasama MCMC Sibu serta pihak PIBG. 

Dimulakan dengan ceramah motivasi oleh kaunselor jemputan, Cikgu Ismadi 

Sesi memohon restu daripada guru-guru 

Cabutan bertuah 

Nyanyian lagu patriotik

Yeay....merdeka!!! 


21. Pertandingan "Voice of Bawang Assan" : 9 Ogos 

Dianjurkan oleh unit Ko-kurikulum. Merupakan pertandingan antara unit beruniform. 



22. Gotong Royong Perdana bil. 2 : 12 Ogos 

 




24. Trip ke Semop & Belawai : 9 September 

Merupakan program 3 dalam 1 melibatkan, di mana agenda utamanya adalah lawatan penanda aras ke 2 buah sekolah luar bandar yang terpilih. Tujuannya adalah untuk berkongsi amalan terbaik dalam aspek pengurusan sekolah dan juga pengurusan asrama. Melibatkan semua pelajar asrama, guru dan staf sokongan. 

(i) Lawatan Muhibbah ke SMK Semop, Daro 

SMK Semop merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Pulau Bruit dalam daerah Daro. 
Nak datang ke sekolah ini perlu menyeberangi sungai dengan menaiki feri. 

Amacam....ada berani? Kalau belakang sekali tu bas / lori nasiblah..... 

Sekolah yang agak besar dengan jumlah pelajar yang ramai. Bangunan sekolah yang cantik dan punya banyak kemudahan memandangkan ia baru beroperasi 2 tahun. Kawasan sekolahnya kemas, teratur dan dijaga rapi. 



Taklimat oleh Pengetua SMK Semop 

Kami tidak sempat berada lama di SMK Semop kerana mengejar masa untuk ke dua lagi destinasi yang seterusnya. Tunggu giliran naik feri saja pun dah berjam2. 



(ii) Lawatan Penanda Aras ke SMK Belawai 

Kami tiba agak lewat di SMK Belawai daripada jadual asal kerana barisan panjang yang menunggu untuk menaiki feri sekembalinya dari Pulau Bruit. 

Kekaguman bermula sebaik sahaja tiba di pintu utama sekolah tersebut. Landskapnya sangat cantik dan dijaga rapi. Kawasan asrama dan bilik asrama pelajar juga sangat kemas walaupun cuma sekolah yang terletak di luar bandar. 


Kawasan sekolah yang sangat luas dan lapang 

Disambut bagaikan VIP. Menunjukkan persiapan rapi dan santun budi. 
Memang 'salute' lah dengan mereka ni. Menunggu lama di tengah panas, namun semua tetap senyum manis mesra.

Pintu gerbang yang ringkas dan cantik. Mencetuskan idea untuk pembinaan pintu gerbang di SMKBA

Persembahan pembukaan. Kumpulan kebudayaan mereka biasa menjadi juara pertandingan tarian tradisional peringkat daerah. Patutlah memukau. 

Tarian rampaian pelbagai kaum


Lawatan ke asrama

Ini adalah sangat klasik. Saya suka. 

Perlawanan muhibbah: futsal 

Perlawanan persahabatan bola jaring. 
Terima kasih tak terhingga atas sambutan yang luar biasa terhadap kunjungan kami. 
Semoga berjumpa lagi. 


(iii) Hari Keluarga SMKBA

Alang-alang sudah datang ke Belawai, Hari Keluarga SMKBA dianjurkan dan diadakan di Pantai Belawai. Inilah satu-satunya pantai yang terdekat dengan Sibu. 

Usah ditanya tentang warna lautnya. Memang begitu di kebanyakan pantai di Sarawak. 

Kegembiraan melampau. 


Kemain possing nak suruh cikgu ambik gambar. 

SMKBA dan BBQ tidak dapat dipisahkan

Menunggu matahari terbenam

Sempat lagi budak-budak ni kutip umang-umang 

Cari di mana Pengetua. hee.....


25. Program "Strike A SPM" : 29-30 Sept.

Merupakan program bengkel kecemerlangan SPM untuk 3 mata pelajaran teras yang utama, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dianjurkan dan ditaja oleh UCTS (University College of Technology Sarawak) melalui inisiatif oleh En. Romeo Christopher Tegong, Setiausaha Ketua Menteri Sarawak. 

Perkongsian dan motivasi oleh TNC UCTS

Ucapan perasmian penutupan oleh En. Romeo

Calon SPM 2017





26. Muafakat PIBG bil 3 : 30 Sept. 

Semasa program muafakat kali ini, selain daripada aturcara biasa, terdapat juga perkongsian tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Nampaknya program PLKN sekarang semakin menarik. 





27. Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran : 11 Oktober 

Disampaikan oleh sebuah NGO yang datang dari KL. Pada mulanya, kami mengandaikan ceramah yang disampaikan bakal membosankan, namun telahan kami meleset sama sekali. Selama lebih kurang sejam mendengar ceramah, tiada seorang pun tersengguk mahupun main telefon. hehe.... 
Penceramah pun sangat semangat orangnya. Banyak info berguna yang kami peroleh dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran untuk mengambil langkah yang lebih proaktif dalam mencegah kebakaran. 




28. Hari Sukan Negara : 13 Oktober 

Acara senamrobik. Diketuai oleh Cikgu Doris 

Perlawanan bola jaring antara guru dan pelajar

Perlawanan futsal antara guru dan pelajar 


29. Lawatan ke UCTS : 18 Oktober 

Melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3. Rombongan diketuai oleh GBK, Cikgu Andrew dan Ketua Warden, Cikgu Willy. Dijalankan semasa cuti pertengahan penggal ke-2. Oleh itu, hanya sebahagian guru dan staf yang ikut bersama. 



Cantik kan? Tasik buatan, tempat tadahan air hujan. 


30. Kunjungan Muhibbah dari SMK Belawai : 28 Oktober 

Sebagai kunjungan balas terhadap lawatan kami sebelum ini. 

Bersedia untuk menerima kunjungan tetamu 

Persembahan pembukaan 

Persembahan kebudayaan oleh SMKBA

SMK Belawai turut membawa pasukan tarian mereka. 
Persembahan mereka sememangnya tidak pernah mengecewakan. 
Tarian kaum melanau


Lawatan ke asrama 

Sukaneka antara guru dan pelajar. Salah satunya acara yang dipertandingkan adalah boling kelapa. 
Kena paksa join sekali hehe...

Acara berjalan menggunakan batu bata. Ni lah first time saya main. 

Tuan rumah main tipu. haha.....

Takpa, yang penting semua gembira dan terhibur. 

Yang lelaki biasalah....futsal je kejenya. 
Sepatutnya ada bola jaring juga, tapi pasukan tuan rumah kalah sebelum bertanding hehe....

Dah penat main, jom makan. Jemput makan dan tapau jagung istimewa hasil tuaian di SMKBA 

Terima kasih daun keladi. Lain kali jemputlah datang lagi. 
(Pengetua menghilang time ni. Puas dicari tidak ketemu. haisyy....) 


31. Program Pasca PT3 

Dimulakan selepas PT3 berakhir. Ada program yang dijalankan di Pusat Sumber dan ada juga yang yang dijalankan di luar. Setiap panitia diberi peluang untuk menjalankan satu aktiviti program pasca PT3. Yang pastinya, bila melibatkan kerja-kerja luar, semua bersemangat terutama pelajar lelaki. 

Projek naiktaraf kolam 

Projek mural. Memadamkan mural lama 

Bersedia untuk melukis mural baru


32. Majlis Doa Restu SPM : 3 November 

Dah plan nak nangis dengan batch tahun ni. Apakan daya, ku perlu hadir kursus KSSM tingkatan 2/2018. 



33. Photoshoot Graduasi Tingkatan 5 : 9 Nov

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun ni cukup bertuah kerana buat pertama kalinya sekolah akan mengadakan Majlis Graduasi Ting. 5 untuk mereka. Dengan kekangan kewangan, Pengetua berusaha gigih bagi merealisasikannya. Jubah graduasi beserta mortar board dan banner untuk latar belakang gambar disewa dari sebuah sekolah. Dapatlah harga kawan-kawan. hehe..... Itupun mampu sewa 3 helai sahaja. Kalau sewa daripada pihak lain, tentu lagi tinggi kosnya. 

Semua excited dan tak sabar-sabar nak menyarung jubah dan pakai topi empat segi. 

Maka gigihlah saya dan Cikgu Damasus berkampung bersama pelajar ting. 5 dalam 'studio' di makmal komputer demi mengambil gambar mereka. Untuk menjimatkan kos, kami tidak menggunakan jurugambar luar. Gambar graduasi juga dicetak sendiri menggunakan photo paper dan printer Pengetua. 

Ready....action!
Lampu spotlight dipinjam daripada Cikgu Willy. 

Baru tahu rupa-rupanya penat juga mengambil gambar graduasi ni, ditambah pula dengan kerenah sorang-sorang. Nasib baik lah kami ambil gambar awal-awal sebelum Hari Graduasi. 


34. Lawatan Penanda Aras dari SMK Katibas : 10 Nov. 




35. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah (MPSH) & Majlis Graduasi 2017: 11 Nov. 

Saban tahun, inilah majlis paling besar di peringkat sekolah dan menuntut persediaan yang bukan sedikit. Tambahan pula, tahun ini diadakan Majlis Graduasi untuk Ting. 5. Walaupun ada golongan profesional yang tidak bersetuju dengan penganjuran Majlis Graduasi di sekolah kerana dikatakan merendahkan martabat Majlis Graduasi yang sebenar di peringkat pengajian tinggi, namun kami hanya sekadar ingin meraikan pelajar Tingkatan 5. Lebih-lebih lagi di sebuah sekolah di luar bandar, tak ramai yang berjaya sehingga ke menara gading. Mungkin inilah Majlis Graduasi yang pertama dan terakhir dalam hidup kebanyakan mereka. Sekurang-kurangnya dapat juga merasa memakai jubah graduasi dalam hidup. Ada juga gambar kenangan yang boleh ditunjuk pada anak cucu nanti. Manalah tahu, ia juga dapat menjadi motivasi untuk mereka sambung belajar sehingga dapat merasa pakai jubah graduasi yang sebenar. 


Tugas biasa. Tak dapat lari. 

Bersama rakan MC, Cikgu Dara & AJK Multimedia, Cik Maskhairunnisa

Ketibaan VIP 

Anugerah Tokoh Pelajar 2017 bersama ibu masing-masing
Estherina (4 dari kiri):  Tokoh Pelajar (Akademik) 
Angeline ak Mohamad (6 dari kiri): Tokoh Pelajar (Kepimpinan) & Tokoh Pelajar Keseluruhan

Photobooth untuk mengambil gambar bersama keluarga. Siap dengan bunga & dialog box
Untunglah pelajar tahun ni.....cikgu pun tumpang sekali hehe... 
p/s: bunga kat belakang tu diperbuat daripada kertas


Cerita & kisah belakang tabir:

Di pertengahan majlis, lepas VIP dah sampai, tiba-tiba skrin LCD jatuh. Terpaksa guna yang portable. 
TQ Cikgu Willy yang menyelamatkan keadaan & kepada pelajar di belakang skrin yang menjadi 'mangsa keadaan' 

Mentor kumpulan penari, Pn. Joelanda & Cik Mas

Cikgu Rosmaliana (tengah) - guru yang telah bertungkus lumus menyediakan photo booth. 
Bunga beserta kain latar di photo booth adalah hasil kreativiti beliau. 

Takde kerja posing dalam bilik Pengetua. Sambil-sambil menunggu gambar VIP dicetak & dimasukkan dalam frame. Saya baru sampai masa ni sebab ada urusan penting di luar. Sepatutnya nak ponteng. Tapi kena 'paksa' datang dengan Pengetua. Nak jugak aku yg jd MC....haha....

Inilah gambar bertuah itu (yang ni belum ada caption) Yang diberi sebagai cenderamata untuk Tuan ASP. Harap Tuan simpan baik-baik. Banyak keluh kesah & 'tragedi' sebelum gambar ni berjaya dicetak. 

Maaf pada yang belum disebut namanya. Semua guru & staf pun telah berusaha gigih untuk menjayakan MPSH & Majlis Graduasi tahun ini. Salute to all. 

I'll miss u both, Miss Doris and Mr Damasus. For sure. 
Our two English teachers who are very hardworking and supportive. 

Yeay..!! Selesai sudah.... 
Event besar yang terakhir buat saya di SMKBA 


36. Malam Apresiasi Staf : 13 Nov. 

Majlis makan malam tahunan. Tahun ini diadakan di Hotel Kingwood. Melibatkan semua guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pekerja di dewan makan. 

Biasanya annual dinner kami diadakan semasa minggu terakhir persekolahan. Tahun ni buat awal sikit sebab nak digabungkan dengan Malam Jasamu Dikenang. TQ Pengetua dan Cikgu Willy yang susah payah cari tarikh untuk saya sempat hadir. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya berdiri di rostrum pada malam dinner. Cuma bezanya kali ini bukan lagi sebagai MC, tapi untuk menyampaikan ucapan perpisahan. Huhu....nasib baik tak banjir kat depan tu. 

MC bidan terjun. TQ Tiqah. Rupa-rupanya Tiqah pun dapat pindah jugak

Bersama staf sokongan yang sentiasa menyokong & membantu tugas2 guru 

Bersama PKP, Cikgu Hipnee


37. Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform : 22-23 Nov. 

Masa ni saya dah pindah. TQ and sorry Cikgu Harmilla sebab kena uruskan Kadet Polis seorang diri. 
Kredit untuk semua gambar: Cikgu Su 







Pertandingan Raja & Ratu Rimba 


Alhamdulillah.....selesai sudah. Ku paterikan segala kenangan di SMKBA di sini agar ia akan terus kekal sampai bila-bila.

>> Part 1     Part 2