Seperti tahun-tahun
sebelumnya, tahun 2020 dimulakan ramai orang dengan azam dan semangat baru yang
berkobar-kobar. Di MTD, murid Tingkatan 5 paling gembira kerana sudah bergelar
SP (senior putera). Kelas berjalan seperti biasa. Eksperimen dilaksanakan
dengan gembira. Sesekali membimbing putera semasa waktu petang & semasa
prep malam.
From this (early 2020).......
Tanggal 5 Mac 2020,
keputusan SPM 2019 diumumkan. Alhamdulillah….peningkatan yang memberangsangkan.
Kejohanan merentas desa & lari berganti-ganti menjadi sambutan terakhir di
maktab sebelum cuti pertengahan penggal pertama.
Wajah-wajah gembira menerima keputusan SPM 2019
Namun siapa sangka cuti
sekolah yang asalnya dijadualkan selama seminggu menjadi 3 bulan disebabkan
PKP.
Tak sempat nak ingat nama semua orang...
Tiada siapa pernah
menyangka Covid-19 menyerang dunia di tahun 2020.
Tiada siapa pernah
menduga kita hidup dengan normal dan norma baharu sepanjang tahun.
Tiada siapa pernah
meramalkan tahun 2020 menyaksikan dunia Pendidikan terutamanya PdPc berubah
hampir 360 darjah.
.....to this (during mco and cmco)
Tiada siapa yang pernah
membayangkan pembelajaran secara maya dijalankan hampir sepanjang tahun. Hanya
beberapa bulan sahaja cikgu-cikgu sekolah bertemu mata dengan anak-anak murid.
Begitu juga dengan para mahasiswa universiti. Selebihnya hanya berjumpa dalam
ruangan maya pada paparan skrin yang adakalanya besar dan ada yang kecil.
Bertentang mata hanya apabila masing-masing ‘on’ kamera pada gajet.
Sama ada suka ataupun
tidak, mahu ataupun tidak, kita semua perlu menerima setiap perubahan dengan
hati dan minda yang terbuka.
Suatu ketika dahulu kita
pernah meramalkan kita semua akan naik kereta terbang pada tahun 2020.
Rupa-rupanya bukan kereta yang terbang, tapi kertas yang terbang. Nota-nota,
latihan, bahan-bahan bantu mengajar banyak ditukar menjadi softcopy.
Ujian dan pentaksiran juga banyak dijalankan secara dalam talian seperti
melalui medium Google Form. “Kertas yang punya nilai” juga banyak yang
“terbang” untuk keperluan pengajaran & pembelajaran. Gajet elektronik,
laptop touchscreen, printer with wifi, webcam, kain hijau
untuk greenscreen, ringlight dan sebagainya. Tidak kira guru
mahupun pelajar. Apa-apa pun semoga setiap usaha kita tidak kira besar atau
kecil dicatit sebagai amal kebaikan dan diberkati oleh-Nya.
Mujurlah laptop touchscreen ni baru je beli hujung tahun lepas. Last model Acer mcm ni.
Model2 sekarang semua jenis flip kalau tak silap
Virus korona itu begitu
halus dan tidak kelihatan pada mata kasar, namun impaknya cukup besar dalam
aspek kehidupan setiap individu. Seluruh dunia berhadapan dengan cabaran
pembelajaran secara maya. Setiap guru dan murid menghadapi cabaran ini. Namun
terpulang pada kita untuk menjadikan cabaran ini sebagai hanya suatu ujian
mahupun suatu ruang dan peluang untuk menambah baik PdPc sedia ada.
Dunia digital membuka
ruang yang sangat luas terhadap perkongsian ilmu secara maya. Pelbagai seminar
dan webinar dianjurkan secara aktif melalui pelbagai medium seperti Zoom,
Webex, Google Meet, Microsoft Teams, YouTube dan sebagainya. Malah semakin
ramai cikgu-cikgu yang kini menjadi YouTuber bagi berkongsi video-video P&P
untuk murid-murid dan sesama guru. PdPc secara maya juga merealisasikan
kolaborasi dalam talian antara sekolah. Jarak bukan lagi menjadi suatu halangan.
Bagi murid-murid pula, mendepani
cabaran belajar secara maya tanpa kehadiran guru secara fizikal sudah tentu memerlukan
disiplin yang tinggi serta kekuatan mental dan emosi. Pemikiran yang positif
dan daya usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil yang baik. Misalnya seperti
apa yang dilakukan oleh salah seorang putera MTD ini:
Masa tidak akan mungkin
berputar semula ke belakang. Kita tiada pilihan selain terus melangkah ke
hadapan. PdPc tetap perlu diteruskan walau dengan apa jua medium sekalipun. Amanah
guru untuk mengajar, membimbing dan mendidik. Tanggungjawab murid-murid dan
para pelajar untuk terus belajar. Tiada siapa yang tahu bila situasi kini akan
berakhir. Don’t wait for the miracle, but create your own miracle.
Kompeni Bravo 2019/2020
p/s: hidup kita sekarang
mungkin tidak akan kembali normal seperti dahulu, namun hidup kita tetap normal:
normal baharu.