Daya merupakan tolakan ataupun tarikan pada sesuatu objek apabila
berinteraksi dengan objek lain.
Apabila terdapatnya interaksi antara dua objek, maka daya akan
bertindak ke atas kedua-dua objek tersebut.
Daya tidak dapat dilihat, tetapi kesannya dapat dilihat dan dirasakan.
Antara kesan daya adalah:
i)
Mengubah bentuk
objek
ii)
Mengubah halaju
objek (meningkatkan halaju / memperlahankan)
iii)
Mengubah arah gerakan
objek
iv)
Mengubah kedudukan
objek
Set Induksi:
Menunjukkan daya
sebagai tolakan / tarikan
(i) Tikaman penyedut minuman (straw)
Bahan diperlukan: Penyedut minuman, kentang
Prosedur:
1.
Pegang kentang
dengan sebelah tangan.
2.
Cucuk straw pada kentang secara perlahan.
3.
Cuba cucuk sekali
lagi sepantas yang boleh. Pastikan straw
dalam keadaan tegak. Ala-ala tikaman gitu….
Apa yang berlaku:
-
Straw akan bengkok apabila dicucuk dengan
perlahan.
-
Apabila straw dicucuk dengan pantas, straw akan dapat menembusi kentang.
Huraian:
-
Apabila dicucuk perlahan,
straw akan mampat (compressed) menyebabkannya bengkok.
-
Setelah bengkok,
daya kekuatan straw berkurang.
-
Jika straw dicucuk dengan pantas, straw tidak sempat untuk bengkok kerana
masa interaksi antara straw dan
kentang dikurangkan.
-
Jadi, straw dapat mengekalkan kekuatannya.
Maka, straw dapat menembusi kentang.
Tips:
-
Boleh cuba guna
bahan-bahan lain seperti cawan polisterin, bawang dan buah epal.
(ii) Belon kawalan jauh (remote
control balloon)
Bahan diperlukan: Belon, tin minuman kosong.
Prosedur:
1.
Letak tin minuman
kosong secara melintang di atas meja / mana-mana permukaan rata
2.
Tiup belon,
kemudian gosokkan pada rambut anda dalam arah gerakan ke depan & belakang.
3.
Dekatkan belon pada
tin minuman (2-3 cm). Gerakkan belon ke belakang secara perlahan-lahan.
4.
Ulang langkah 3
dengan mengubah arah gerakan belon.
sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Apa yang berlaku:
-
Tin minuman
tertarik ke arah belon
Huraian:
-
Apabila belon
digosok pada rambut, permukaan belon dipenuhi dengan elektron yang bercas
negatif.
-
Elektron pada belon
akan menarik cas positif pada tin minuman.
Dalam buku teks Sains Tingkatan 2, terdapat 4 jenis daya yang
dibincangkan:
1.
Daya magnet
Cadangan aktiviti:
-
Bar magnet
-
Kompas
-
Magnet peti sejuk
2.
Daya elektrostatik
Cadangan aktiviti:
(i)
Belon kawalan jauh
(seperti di atas)
(ii)
Pembaris plastik
digosok menggunakan kain bulu, kemudian dekatkan pada cebisan kertas. Cebisan
kertas akan tertarik pada pembaris.
-Selain itu, boleh juga dekatkan pada air paip yang mengalir. Air paip
akan menjadi bengkok.
-Pelajar saya pula suka mendekatkan pembaris yang bercas itu pada
rambut, boleh tengok rambut jadi tegak.
3.
Daya graviti
Cadangan aktiviti:
-
Lambungkan bola
pingpong / guli / duit syiling ke atas. Semua objek akan jatuh ke bawah kerana
tarikan graviti.
-
Letakkan 2 objek
yang mempunyai jisim berbeza dalam pam vakum, jatuhkan pada waktu yang sama (free fall)
-
Kedua-dua objek
akan jatuh pada waktu yang sama kerana daya graviti yang bertindak ke atas
kedua-duanya adalah sama.
4.
Daya geseran
Cadangan aktiviti:
(i) Bawang memanjat
-
Letakkan satu labu
bawang di dasar bekas ataupun botol.
(boleh guna bekas plastik / kaca yang ada penutup)
-
Masukkan kacang
hijau sehingga 2/3 penuh. Biarkan kacang hijau menutupi keseluruhan bawang.
(saya tak ada kacang hijau, jadi saya guna biji ketumbar)
Bawang kat bawah ni nampak sebab saya nak tunjukkan bawang tu memang berada di bawah. Kacau sikit biar bawang berada di tengah-tengah dasar bekas.
-
Tutup bekas.
Goncangkan bekas secara menegak.
Apa yang
berlaku:
-
Bawang yang pada
asalnya berada di bawah akan berada di atas.
-
Geseran yang wujud
antara kacang hijau dan bawang akan menolak bawang naik ke atas.
# saya
melihat demo aktiviti ini semasa Petrosains Science Show Competition 2014(Sarawak State Level) yang dipersembahkan oleh SMK Tun Abdul Razak, Kuching.
(ii)
Eksperimen
faktor-faktor yang mempengaruhi daya geseran
-
Magnitud gaya
geseran diukur dengan menggunakan neraca spring yang menarik objek secara
melintang di atas permukaan.
-
Semakin kasar
sesuatu permukaan, semakin besar gaya geseran yang terhasil.
-
Selain itu, boleh
juga menggunakan kereta mainan yang ditolak di atas permukaan yang berlainan.
Perbezaannya dilihat pada sejauh mana kereta tersebut boleh bergerak. Tetapi,
mungkin kekuatan daya tolakan sukar dimalarkan.
-
Sebagai alternatif,
boleh gunakan kereta mainan yang mempunyai spring yang akan bergerak ke hadapan
apabila ditarik ke belakang.
-
Antara jenis-jenis
permukaan yang boleh digunakan: meja makmal, lantai simen, lantai jubin, kertas
pasir, padang dll.
-
Daya geseran TIDAK dipengaruhi oleh luas permukaan
yang bersentuhan.
Good job!!.. Tq 4 sharing Cikgu Nurul..
ReplyDelete