Friday, 29 January 2021
Tips Mudah Ingat Ujian Pengesahan Anion Garam
Thursday, 31 December 2020
Coretan Akhir 2020 : Erti Hidup Pada Manisnya Ujian
Hidup ini suatu perjuangan.
Halangan pasti ada di
sepanjang perjalanan.
Usah leka mendongak ke
langit.
Sehingga lupa memijak
rumput di bumi.
Manusia akan
sentiasa diuji. Setiap orang ada ujian masing-masing. Tak perlu kita expect
semua orang untuk faham masalah kita, sedangkan kita sendiri tidak tahu semua
masalah orang. Jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. We
live our own life, we have our own scripts, we wear different shoes and we sail
in different ships. Don’t keep asking people to understand you, because they
never will.
La Tahzan. Allah sentiasa ada.
Hidup ni tidak perlu terlalu melihat pada siapa yang suka kita dan siapa tidak suka kita. Hakikatnya kita takkan pernah mampu untuk puaskan hati semua orang. Sentiasa berbuat baik dan setiasa memaafkan walau kadang-kadang perit untuk dilakukan. Kita tak hidup dek pujian orang dan tak perlu mati dek kejian. Biar dibenci orang, asal tidak dimurka Tuhan.
Mencari ilmu itu suatu kewajipan.
Memberi ilmu itu suatu kemuliaan.
Peliharalah kedua-duanya.
Pengorbanan takkan mampu dielakkan.
Kejayaan tidak akan jatuh dari langit mahupun keluar dari bumi andai tidak dicari gali.
Jalankan
tanggungjawab dan laksanakan amanah sebaik mungkin biarpun kadang tidak
dihargai. Pasakkan sabar dan ikhlas untuk meneruskan perjalanan. Setiap usaha
& pengorbanan pasti akan terbayar walau bukan sekarang. Manusia akan
sentiasa menilai, usah gentar andai kita sudah mempertaruhkan yang terbaik. Dugaan
akan sentiasa datang, hadapilah ibarat seorang pejuang yang takkan lari dari
medan perjuangan.
Komunikasi itu
penting dalam mana-mana hubungan sekalipun, termasuklah dalam kerjaya dan
persahabatan. Antara rakan sekerja mungkin punya pendapat dan pandangan yang
berbeza. Berbincanglah secara profesional. Pada akhirnya, terimalah setiap
keputusan yang dicapai tanpa duri dalam hati. Dalam persahabatan apa yang
paling penting adalah kepercayaan. Asas ini yang akan meruntuhkan perbezaan dan
menepis kata-kata orang. Apa beza kawan dan sahabat? Kawan ramai waktu kita
senang, sahabat itu sentiasa ada waktu senang dan susah.
Pada akhirnya,
usah dirisaukan masa depan yang belum pasti.
Yakin dan
redha pada setiap ketentuan dan rezeki.
Usaha dan
kerja keras selagi mampu berdiri.
Memberi yang
terbaik selagi bernafas di muka bumi.
31 Dec 2020
Kenangan Sesi Persekolahan Tahun 2020
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2020 dimulakan ramai orang dengan azam dan semangat baru yang berkobar-kobar. Di MTD, murid Tingkatan 5 paling gembira kerana sudah bergelar SP (senior putera). Kelas berjalan seperti biasa. Eksperimen dilaksanakan dengan gembira. Sesekali membimbing putera semasa waktu petang & semasa prep malam.
Tanggal 5 Mac 2020, keputusan SPM 2019 diumumkan. Alhamdulillah….peningkatan yang memberangsangkan. Kejohanan merentas desa & lari berganti-ganti menjadi sambutan terakhir di maktab sebelum cuti pertengahan penggal pertama.
Namun siapa sangka cuti
sekolah yang asalnya dijadualkan selama seminggu menjadi 3 bulan disebabkan
PKP.
Tiada siapa pernah menyangka Covid-19 menyerang dunia di tahun 2020.
Tiada siapa pernah menduga kita hidup dengan normal dan norma baharu sepanjang tahun.
Tiada siapa pernah meramalkan tahun 2020 menyaksikan dunia Pendidikan terutamanya PdPc berubah hampir 360 darjah.
Tiada siapa yang pernah
membayangkan pembelajaran secara maya dijalankan hampir sepanjang tahun. Hanya
beberapa bulan sahaja cikgu-cikgu sekolah bertemu mata dengan anak-anak murid.
Begitu juga dengan para mahasiswa universiti. Selebihnya hanya berjumpa dalam
ruangan maya pada paparan skrin yang adakalanya besar dan ada yang kecil.
Bertentang mata hanya apabila masing-masing ‘on’ kamera pada gajet.
Sama ada suka ataupun tidak, mahu ataupun tidak, kita semua perlu menerima setiap perubahan dengan hati dan minda yang terbuka.
Suatu ketika dahulu kita pernah meramalkan kita semua akan naik kereta terbang pada tahun 2020. Rupa-rupanya bukan kereta yang terbang, tapi kertas yang terbang. Nota-nota, latihan, bahan-bahan bantu mengajar banyak ditukar menjadi softcopy. Ujian dan pentaksiran juga banyak dijalankan secara dalam talian seperti melalui medium Google Form. “Kertas yang punya nilai” juga banyak yang “terbang” untuk keperluan pengajaran & pembelajaran. Gajet elektronik, laptop touchscreen, printer with wifi, webcam, kain hijau untuk greenscreen, ringlight dan sebagainya. Tidak kira guru mahupun pelajar. Apa-apa pun semoga setiap usaha kita tidak kira besar atau kecil dicatit sebagai amal kebaikan dan diberkati oleh-Nya.
Virus korona itu begitu halus dan tidak kelihatan pada mata kasar, namun impaknya cukup besar dalam aspek kehidupan setiap individu. Seluruh dunia berhadapan dengan cabaran pembelajaran secara maya. Setiap guru dan murid menghadapi cabaran ini. Namun terpulang pada kita untuk menjadikan cabaran ini sebagai hanya suatu ujian mahupun suatu ruang dan peluang untuk menambah baik PdPc sedia ada.
Dunia digital membuka ruang yang sangat luas terhadap perkongsian ilmu secara maya. Pelbagai seminar dan webinar dianjurkan secara aktif melalui pelbagai medium seperti Zoom, Webex, Google Meet, Microsoft Teams, YouTube dan sebagainya. Malah semakin ramai cikgu-cikgu yang kini menjadi YouTuber bagi berkongsi video-video P&P untuk murid-murid dan sesama guru. PdPc secara maya juga merealisasikan kolaborasi dalam talian antara sekolah. Jarak bukan lagi menjadi suatu halangan.
Bagi murid-murid pula, mendepani cabaran belajar secara maya tanpa kehadiran guru secara fizikal sudah tentu memerlukan disiplin yang tinggi serta kekuatan mental dan emosi. Pemikiran yang positif dan daya usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil yang baik. Misalnya seperti apa yang dilakukan oleh salah seorang putera MTD ini:
Masa tidak akan mungkin berputar semula ke belakang. Kita tiada pilihan selain terus melangkah ke hadapan. PdPc tetap perlu diteruskan walau dengan apa jua medium sekalipun. Amanah guru untuk mengajar, membimbing dan mendidik. Tanggungjawab murid-murid dan para pelajar untuk terus belajar. Tiada siapa yang tahu bila situasi kini akan berakhir. Don’t wait for the miracle, but create your own miracle.
p/s: hidup kita sekarang
mungkin tidak akan kembali normal seperti dahulu, namun hidup kita tetap normal:
normal baharu.
Friday, 30 October 2020
5 Langkah Mudah Menulis Refleksi RPH dalam OneNote Teams
Microsoft Teams merupakan antara medium PdPc yang semakin mendapat tempat dalam kalangan warga pendidik, termasuklah untuk penghantaran e-RPH. Bagi saya, penggunaan Microsoft Teams adalah lebih mudah dan lebih mesra pengguna berbanding dengan Google Classroom. Ini kerana, kita boleh menambahkan refleksi secara terus pada dokumen RPH yang telah kita muatnaik dan ianya juga autosaved.
Sebelum ini saya telah kongsikan langkah-langkah untuk memuatnaik RPH dalam OneNote Microsoft Teams. Kali ini saya akan kongsikan pula langkah-langkah untuk kita menambahkan refleksi pada dokumen RPH yang telah dimuatnaik.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Dalam Teams, pergi ke bahagian "Assignments". Pilih RPH yang ingin dimasukkan refleksi dari senarai "Completed" assignment.
2. Setelah dapat view OneNote, letak cursor di mana-mana kawasan di luar kawasan printout dan klik. Akan keluar satu dialog box.
3. Taipkan refleksi dalam dialog box tersebut.
4. Alihkan dialog box ke bahagian refleksi RPH kita.
5. Klik butang "Close" di bahagian atas sebelah kanan.
Untuk huraian lebih lanjut, boleh tonton video melalui pautan berikut:
Langkah-langkah Memuatnaik RPH dalam Microsoft Teams
Pada masa kini, semakin banyak sekolah mula menggunakan e-RPH melalui pelbagai medium. Bukan sahaja menjimatkan kertas, malah mudah diakses melalui peranti elektronik pada bila-bila masa sahaja.
Sebelum ini, sekolah saya menggunakan e-RPH melalui aplikasi Google Classroom. Sekarang kami beralih pula kepada Microsoft Teams. Bagi saya, penggunaan Microsoft Teams adalah jauh lebih mudah dan lebih mesra pengguna.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk memuatnaik (upload) RPH yang disimpan dalam bentuk PDF ke dalam Microsoft Teams:
1. Log in Microsoft Teams. Kemudian pilih Teams yang mengandungi tugasan RPH.
2. View Assignment
3. Klik "Add work"
4. Pilih "+New File", kemudian pilih "OneNote" (bagi RPH dalam bentuk PDF)
5. Masukkan nama fail rph di bahagian "File name"
7. Klik butang "RPH", diikuti butang "Attach"
8. Klik pada nama fail RPH kita tadi. Kita akan dibawa masuk ke dalam OneNote.
9. Letakkan cursor di bahagian bawah tajuk. Kemudian klik "Insert", diikuti "File" dan seterusnya pilih "Insert File Printout"
10. Choose file, pilih fail rph yang kita nak muatnaik, kemudian klik "Open" seterusnya klik "Insert" pada dialog box.
11. Selepas proses printout selesai, boleh klik "Close" di bahagian atas sebelah kanan. Segala kandungan dalam OneNote akan disimpan secara automatik (auto-saved).
12. Akhir sekali, klik butang "Turn In" di bahagian atas sebelah kanan.
Untuk huraian yang lebih lanjut, boleh tonton melalui pautan video berikut:
Video Memuatnaik RPH dalam Teams
Untuk melihat bagaimana menambahkan refleksi pula boleh layari pautan di bawah:
Saturday, 17 October 2020
Thursday, 14 May 2020
Sifat Kimia Alkena
1. Tindak balas Pembakaran
2. Tindak balas Penghidrogenan
3. Tindak balas Penghalogenan
4. Tindak balas Penghidratan
5. Tindak balas Pengoksidaan Alkohol
6. Penambahan Hidrogen Halida
Tindak balas antara alkena dan hidrogen halida akan menghasilkan haloalkana.
7. Pempolimeran.
*Bagi menonton video penerangan untuk tajuk ini, sila klik link berikut:




























