i) Tindak balas pembakaran
ii) Tindak balas dengan air bromin
iii) Tindak balas dengan larutan kalium manganat(VII) berasid
(A) Tindak balas Pembakaran Alkana,
Alkena
Prosedur:
1. Tuangkan kira-kira 2 cm3 heksana ke dalam sebuah mangkuk
penyejat.
2. Nyalakan kayu uji menggunakan penunu Bunsen, kemudian bakar heksana
dalam mangkuk penyejat.
3. Letakkan sekeping kertas turas di atas nyalaan heksana. Perhatikan
perubahan pada kertas turas.
4. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan heksena bagi menggantikan
heksana.
Tips:
* Alkana & Alkena merupakan bahan api yang mudah terbakar. Gunakan
isipadu yang kecil sahaja.
* Jauhkan sebarang bahan mudah
terbakar, terutamanya buku & kertas sepanjang eksperimen dijalankan.
* Pastikan jarak kertas turas daripada nyalaan adalah bersesuaian,
tidak terlalu rendah & tidak terlalu tinggi
Jika keputusan yang diperoleh adalah bertentangan dengan teori, maka boleh juga merujuk pada kesan jelaga pada mangkuk penyejat.
(B) Tindak balas dengan Air
Bromin
Prosedur:
1. Tuangkan kira-kira 2 cm3 heksana ke dalam sebuah tabung
uji.
2. Masukkan beberapa titis air bromin ke dalam tabung uji yang
mengandungi heksana.
3. Goncang tabung uji secara perlahan-lahan. Perhatikan perubahan pada
campuran.
4. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan heksena bagi menggantikan
heksana.
Tips:
* Sebaik-baiknya air bromin disediakan sebelum eksperimen dijalankan.
* Jika menggunakan air bromin yang telah tersedia dalam botol reagen,
perlu pastikan air bromin disimpan dalam botol reagen gelap & warna
perangnya kekal.
* Warna air bromin adalah perang, jika warnanya kekuningan, kemungkinan
kepekatannya kurang atau ia telah teroksida.
(C) Tindak balas dengan Kalium
Manganat(VII) Berasid
Prosedur:
1. Tuangkan kira-kira 2 cm3 heksana ke dalam sebuah tabung
uji.
2. Masukkan beberapa titis larutan kalium manganat(VII) berasid ke
dalam tabung uji yang mengandungi heksana.
3. Goncang tabung uji secara perlahan-lahan. Perhatikan perubahan pada
campuran.
4. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan heksena bagi menggantikan
heksana.
Tips:
* Bagi mendapatkan keputusan yang terbaik, kepekatan larutan kalium
manganat(VII) berasid yang disediakan jangan terlalu tinggi (lihat pada warna
ungu yang terhasil).
* Jika menggunakan larutan kalium manganat(VII) berasid yang terlalu
pekat, apabila dicampurkan dengan heksena, warna ungunya sukar dinyahwarnakan,
sebaliknya bertukar menjadi warna kekuningan sahaja.
* Jika warna ungu larutan
kalium manganat(VII) berasid terlalu pekat, hanya perlu masukkan satu titis
sahaja.
Tips tambahan:
* Semua eksperimen di atas juga boleh dijalankan dengan menggunakan
sikloheksana dan sikloheksena bagi menggantikan heksana dan heksena.
* Prosedur eksperimen boleh diubahsuai dengan cara menjalankan ujikaji
secara serentak bagi alkana dan alkena dengan cara memasukkan cecair alkana dan
alkena ke dalam dua buah mangkuk penyejat / tabung uji yang dilabelkan A dan B.
Dari kiri: Heksena + air Bromin, Heksana + air Bromin, Heksena + KMnO4, Heksana + KMnO4
Keputusan Eksperimen:
Tindak Balas
|
Pemerhatian
|
Inferens
|
|
Tabung uji A
|
Tabung uji B
|
||
Pembakaran
|
Sedikit jelaga terhasil pada kertas turas
|
Lebih banyak jelaga terhasil pada kertas turas
|
-Sebatian karbon dalam tabung uji A adalah heksana
-Sebatian karbon dalam tabung uji B adalah heksena
|
T/balas dengan Air Bromin
|
-Tiada perubahan pada campuran
-Warna perang air bromin kekal
|
-Warna perang air bromin dinyahwarnakan
-Warna campuran berubah daripada perang kepada
tidak berwarna
|
|
T/balas dengan KMnO4 berasid
|
-Tiada perubahan pada campuran
-Warna ungu larutan kalium manganat(VII) kekal
|
-Warna ungu larutan kalium manganat(VII)
dinyahwarnakan
-Warna campuran berubah daripada ungu kepada
tidak berwarna
|
Analisis & Mentafsir Data:
1. Alkena mengandungi peratus karbon per molekul yang lebih tinggi
daripada alkana. Oleh itu, pembakaran alkena menghasilkan lebih banyak jelaga
berbanding pembakaran alkana.
2. Alkana terdiri daripada ikatan tunggal yang telah tepu. Oleh itu,
air bromin dan larutan kalium manganat(VII) berasid tidak dapat bertindak balas
dengan alkana. Maka, alkana tidak dapat menyahwarnakan warna perang air bromin
dan warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid.
3. Alkena merupakan sebatian karbon yang tidak tepu yang mempunyai
sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua. Oleh itu, alkena boleh bertindak
balas dengan air bromin dan larutan kalium manganat(VII) berasid. Maka, alkena
dapat menyahwarnakan warna perang air bromin dan warna ungu larutan kalium
manganat(VII) berasid.
Kesimpulan
1. Pembakaran alkena menghasilkan lebih banyak jelaga berbanding
pemkaran alkana.
2. Alkana tidak dapat bertindak balas dengan air bromin dan larutan
kalium manganat(VII) berasid, manakala alkena dapat bertindak balas dengan air
bromin dan larutan kalium manganat(VII) berasid.
* Muat turun nota eksperimen ini DI SINI
tahniah nim. penerangan yang mudah untuk difahami
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteRingkas .padat ..tepat.. mudah faham...tahniah dan terima kasih...semoga diberi kebaikan didunia dan di akhirat..Aamminn
ReplyDeleteThank you!!
ReplyDeleteApakah tujuan eksperimen,pembolehubah, hipotesis, bahan, radas
ReplyDeleteTerbaik teacher nurul
ReplyDeleteAssalamualaikum ckgu eksperimen ni ade pemboleh ubah ke?
ReplyDeleteMasehhhh
ReplyDeleteDapat jugak info kt blog ni
ReplyDeleteDapat jugak info kt blog ni
ReplyDeleteboleh tahu tak, apa hipotesis nya? pls someone reply
ReplyDeleteHipotesis sama dengan kesimpulan
DeleteSteady
ReplyDeleteo
ReplyDeleteapakah hubungan antara peratus karbon mengikut jisim per molekul dengan kejelagaan nyalaan ?
ReplyDeleteSemakin tinggi peratus karbon mengikut jisim per molekul, semakin tinggi kejelagaan nyalaan
Delete