Konsep tekanan udara dapat memudahkan urusan seharian. Antara aplikasi tekanan udara dalam kehidupan seharian kita adalah:
1. Picagari
Kegunaan:
Untuk
memindahkan cecair dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, ubat cecair.
Prinsip:
Apabila
omboh ditarik ke atas, isipadu udara dalam silinder bertambah. Ini merendahkan
tekanan udara dalam silinder. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan
menolak cecair untuk masuk ke dalam picagari.
2. Sifon
Kegunaan:
Memindahkan
cecair dari kawasan tinggi ke kawasan rendah.
Prinsip:
Salah satu
hujung tiub sifon dimasukkan ke dalam cecair di mana kedua-dua hujungnya
ditutup dan hujung yang satu lagi diletakkan lebih rendah. Apabila kedua-dua
hujungnya dibuka, tekanan udara akan menolak air masuk ke dalam sifon dan
mengalir ke hujung tiub satu lagi.
3. Penyembur racun serangga / pam penyembur
Kegunaan:
Untuk
membebaskan racun serangga / cecair dalam bentuk titisan cecair
Prinsip:
Apabila
omboh ditolak ke arah dalam silinder, udara yang terdapat dalam silinder keluar
melalui muncung dengan halaju tinggi dan mewujudkan kawasan bertekanan rendah
di bahagian atas tiub. Udara dari luar yang masuk melalui lubang mengenakan
tekanan ke atas racun serangga dan menolaknya keluar melalui tiub. Cecair yang
keluar dipecahkan kepada titisan-titisan kecil oleh udara yang keluar dengan
laju daripada silinder.
Contoh aplikasi:
Botol febreeze
4. Penyedut minuman
Kegunaan:
Untuk
meminum air
Prinsip:
Apabila
udara dalam penyedut minuman disedut keluar, tekanan rendah terbentuk dalam
penyedut minuman. Tekanan udara yang tinggi di luar menolak air daripada gelas
masuk ke dalam penyedut minuman.
5. Penitis
Kegunaan:
Mengambil
cecair / bahan kimia daripada botol reagen / radas makmal
Prinsip:
Apabila
pemegang getah penitis dipicit, udara dari dalam penitis dikeluarkan mewujudkan
tekanan udara yang rendah. Penitis kemudiannya dimasukkan ke dalam cecair dan
pemegang getah dilepaskan. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak
masuk cecair ke dalam penitis.
Catatan:
*antara
kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menggunakan penitis adalah
memasukkan penitis ke dalam cecair terlebih dahulu sebelum pemegang getah
dipicit.
*cara yang
betul adalah picit pemegang terlebih dahulu, masukkan penitis dalam cecair,
baru pemegang getah dilepaskan.
*ini bagi
mengelakkan udara dari dalam penitis masuk ke dalam cecair dan kemudian masuk
semula ke dalam penitis (gelembung gas)
Contoh lain:
demo no. 8
6. Pelekap getah
Kegunaan:
Digunakan
untuk menyangkut barang-barang harian
Prinsip:
Apabila
pelekap getah ditekan ke atas permukaan dinding, udara yang berada di bawah
pelekap getah dikeluarkan. Tekanan rendah terbentuk. Tekanan udara sekeliling
yang lebih tinggi menekan pelekap getah di dinding dan mengelakkannya daripada
jatuh.
Contoh lain:
Tikar atmosfera (atmospheric mat) – demo no. 12
7. Pam sedut
Kegunaan:
Untuk
mengeluarkan kotoran yang tersumbat dalam sinki / paip
Prinsip:
Apabila
cawan getah ditolak ke bawah, udara dari dalam cawan getah ditolak keluar.
Apabila cawan getah diangkat semula, isipadu udara bertambah dan merendahkan
tekanan udara. Tekanan udara yang lebih tinggi dalam paip menolak kotoran
keluar ke atas.
8. Pembersih vakum
Kegunaan:
Menyedut
debu / kotoran
Prinsip:
Apabila suis
pembersih vakum dihidupkan, udara yang terdapat dalam pembersih vakum disedut
menghasilkan suatu keadaan vakum dan mewujudkan tekanan udara yang rendah di
dalam. Udara yang bertekanan lebih tinggi di luar menolak masuk debu dan
kotoran ke dalam pembersih vakum.
9. Susu pekat
Kegunaan:
Untuk
menuang susu pekat daripada tin dengan mudah.
Prinsip:
Tin susu
pekat perlu dibuat dua lubang di bahagian atas. Apabila susu pekat dituang
daripada tin, udara dari luar akan masuk ke dalam tin melalui lubang yang
berada di atas. Tekanan udara dari luar akan menolak keluar susu pekat daripada
tin dengan lebih mudah.
Contoh lain:
-Jika minum
air daripada botol air minuman, pastikan permukaan botol air tidak ditutup
sepenuhnya. Jika tidak, udara dari luar tidak dapat masuk untuk membantu
menolak air masuk ke dalam mulut.
-Begitu juga
apabila minum kopi / teh daripada bekas minuman yang mempunyai penutup seperti
ini:
Lubang udara
kecil di bahagian atas berfungsi untuk membenarkan udara masuk dan menolak air
keluar melalui bukaan bawah. Pastikan lubang udara itu tidak tertutup oleh
hidung anda! (bunyi macam agak kelakar, tapi ini fakta).
10. Tin / botol minuman berkarbonat
Kegunaan:
Membebaskan
gas termampat sebelum air diminum
Prinsip:
Tin / botol
minuman berkarbonat mempunyai gas termampat bertekanan tinggi yang akan
terbebas apabila tin / botol dibuka. Penutup tin / botol sedikit terlebih
dahulu bagi membebaskan gas tersebut sebelum ia dibuka sepenuhnya. Jika penutup
tin / botol dibuka dengan terlalu pantas, ia akan menyebabkan air berkarbonat
tadi terpancut keluar dengan laju dan tumpah.
11. Tin aerosol
Kegunaan:
Untuk menyimpan
gas di bawah tekanan tinggi.
Prinsip:
Tin aerosol merupakan
salah satu alat yang menggunakan prinsip pemampatan gas di bawah tekanan
tinggi. Apabila gas dimampatkan, gas akan disimpan dalam bentuk cecair. Injap
dan spring menghalang cecair daripada keluar jika tidak digunakan. Tin aerosol mempunyai
gas termampat yang akan menolak cecair keluar melalui tiub. Apabila butang
ditekan, injap masuk ke dalam tin bagi memberi ruang kepada cecair untuk
keluar. Gas termampat yang bertekanan tinggi menolak cecair keluar daripada tin
ke atas. Sebaik sahaja cecair tadi dilepaskan, ia akan terbebas sebagai gas.
Contoh lain:
-tin cat spray
-botol
minyak wangi / deodoran
Rujukan gambar:
Teacher's manual, science form 2, pan asia
Asssalamualaikum ...Saya minta izin guna nota untuk mengajar ....harap dibolehkan
ReplyDeletew'salam. ya,silakan...terima kasih.
DeleteAssalamualikum..sy nk mntak izin jg utk guna nota sbg rujukan & mengajar..
DeleteAsalamualaikum cikgu.. saya nk tanya.. kenapa bila botol tertutup, air tak boleh keluar.. mana kala apabila penutup botol terbuka. Air boleh keluar? Harap cikgu boleh tolong saya :)
ReplyDeletew'salam. bila botol tertutup, tekanan udara di dalam dan di luar seimbang. bila botol dibuka, tekanan udara tinggi di prmukaan air dlm botol menolak air keluar
DeleteTerima kasih cikgu;)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu,saya nak tanya,macam mana ye tekanan udara di dalam pam angin di stesen minyak?macam mana pam angin berfungsi,apakah had meter pam angin.Saya harap cikgu boleh tolong saya,terima kasih :)
ReplyDeletebagaimana pen dikatakan menggunakan prinsip tekanan udara?
ReplyDeletengeh
Deleteassalamualaikum cikgu... Sy nk tanya, kalau omboh picagari tu ditolak ke bawah, apa yang akan jadi?
ReplyDeletebagaimana pen menggunakan prinsip tekanan udara
ReplyDeletecikgu... bagaimana prinsip periuk tekanan? dan bagaimana prisip pen? harap cikgu boleh bantu saya dengan segera
ReplyDeletePeriuk tekanan: tekanan tinggi, suhu tinggi, kadar tindak balas tinggi, makanan masak lebih cepat.
DeletePen: tekanan udara tolak dakwat pen keluar. Sbb tu ada udara dlm batang dakwat pen. Pen dlm keadaan tegak, graviti bntu tarik dakwat ke bawah.
Terima kasih cikgu
DeleteMaknanya tekanan udara di dalam pen rendah dan tekanan udara di luar tinggi?
ReplyDeleteckg bagaimana pam baskal menggunakan prinsip tekanan udara
ReplyDeletecikgu bagainamakah pembersih vakum dan pam basikal menggunakan prinsip tekanan udara??????
ReplyDeleteassalammulaikum cukgu nurul,mengapakah mainan dengan penyedut getah tidak dapat melekat pada tingkap kereta selepas beberapa bulan?
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu.saya nak tanya kenapa bile kite bakar tin aerosol,tin tu meletop?
ReplyDeleteW'salam. Jika masih ada sisa cecair aerosol di dalam. Tin aerosol gn konsep tekanan tinggi sama mcm tong gas memasak utk tukar gas jd cecair dlm tin trsebut. Bila bakar, suhu tinggi, tekanan udara dlm tin juga jd tinggi.
Deletesalam cikgu nk tnye blh tk cikgu terangkan tekanan udara kotak susu sebelum dan selepas disedut
ReplyDeleteW'salam. Sebelum - tekanan udara di dalam dan di luar adalah sama.
DeleteSelepas disedut tekanan udara di dalam lebih tinggi drpd di luar
Assalam cg..nak tanya kenapa kalau air kotak sebelum minum bentuknya macam biasa tapi lepas minum jadi kempis ??minta huraikan ye..tq
ReplyDeleteW'salam. Sila baca no.9. TQ =)
DeleteW'salam. Sila baca no.9. TQ =)
DeleteAssalamualaikum cikgu , saya nak tanya . Kenapa bila kita bukak penutup botol air gas , ada gelembung udara ?
ReplyDeletekerana gas yang terkandung dalam air gas mula terbebas ke udara apabila tekanan dalam botol dilepaskan
Deleteassalamualaikum cikgu. mohon cikgu terangkan cara kerja bg pam racun
ReplyDeleteSalam cg , nak tanya . Kenapa omboh susah ditarik dan air tak masuk kalau picagari tu berlubang ?
ReplyDeleteW'salam. Udara masuk ke dalam picagari melalui lubang, memberikan tekanan kepada omboh. Air juga tidak dapat masuk kerana tekanan udara dalam picagari dan di luar picagari adalah sama
DeleteTerima kasih Cikgu Nurul kerana memberi nota ini
ReplyDelete