Selaku guru, pasti kita berdepan dengan banyak cabaran semasa
menjalankan pengajaran & pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. Antara
cabaran yang sering dihadapi adalah tahap kefahaman pelajar yang berbeza dan
kesukaran pelajar untuk memahami pengajaran guru terutamanya apabila melibatkan
sesuatu konsep yang abstrak.
Antara langkah penyelesaiannya adalah dengan cara menjalankan kajian
tindakan, projek inovasi ataupun penyelidikan. Ketiga-tiganya mempunyai tujuan
utama yang sama, iaitu mengkaji sesuatu isu atau masalah yang dihadapi dalam
bilik darjah, sekolah mahupun dalam bidang pendidikan secara amnya. Namun,
ketiga-tiganya merupakan perkara yang berbeza.
Saya bukanlah pakar dalam membincangkan definisi bagi setiap satu
darinya. Perkongsian ini hanya merupakan hasil pemahaman dan pengamatan saya. Selain
itu, ketiga-tiganya juga merangkumi bidang yang cukup luas, sama ada bagi
tujuan akademik mahupun bukan akademik. Saya cuma akan memfokuskan kepada
kajian berkaitan PdP sahaja.
Projek Inovasi
Secara amnya, projek inovasi biasanya berbentuk alat bantu mengajar
(ABM), juga disebut bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan untuk memudahkan
PdP guru dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu konsep. Mungkin ada
guru yang melaksanakan projek inovasi berbentuk pedagogi, namun ianya lebih
sesuai dilaksanakan sebagai kajian tindakan. Inovasi yang dihasilkan tidak
semestinya merupakan sesuatu yang baru. Boleh juga dihasilkan daripada inovasi
guru lain, tetapi ditambahbaik dan disesuaikan dengan pelajar di sesebuah
sekolah. Apa yang penting, jangan ditiru bulat-bulat.
Sebagai contoh, KAD MNEMION yang saya hasilkan merupakan sejenis kad
imbas (flashcard) yang biasanya
sering digunakan untuk kanak-kanak ataupun murid-murid di sekolah rendah.
Sebagai penambahbaikan kepada flashcard
yang biasa digunakan, saya hasilkan flashcard
secara 2-dimensi (depan & belakang) dan boleh dipusingkan seperti kad menu
di restoran. Saya gabungkan pula dengan mnemonik, maka terhasillah flashcard versi saya sendiri.
Berdasarkan pengalaman saya menyertai Pertandingan Guru Inovatif
Negeri Sarawak baru-baru ini, sebuah projek inovasi yang baik dan ‘dipandang
tinggi’ oleh panel penilai mempunyai ciri-ciri seperti berikut; antaranya ialah:
i)
Dipunyai oleh
setiap pelajar dalam kelas. (bermaksud satu set inovasi untuk setiap pelajar)
ii)
Menggunakan bahan
kitar semula
iii)
Kos yang rendah
Apakah tajuk / topik yang sesuai untuk dijalankan projek inovasi?
Persoalan ini merupakan suatu yang bersifat subjektif. Ini kerana tahap pelajar
di setiap sekolah adalah berbeza. Kadang-kadang ada tajuk / konsep yang mudah
difahami oleh pelajar di sesebuah sekolah, tetapi dianggap sukar oleh pelajar
sekolah lain terutamanya sekolah luar bandar. Sebagai permulaan, cari tajuk
yang sukar difahami oleh majoriti pelajar di sekolah kita. Kecilkan skop tajuk.
Pilih konsep yang mudah untuk kita bina inovasi yang berbentuk maujud
(fizikal).
Sebagai contoh:
i)
Kimia Ting.5, Bab
2: Sebatian Karbon
Inovasi membina model sebatian karbon menggunakan plastisin bagi
meningkatkan kemahiran pelajar melukis struktur & menulis formula kimia
sebatian karbon.
ii)
Biologi
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap proses kesegahan sel
menggunakan model belon.
Dari segi format laporan projek inovasi, saya tidak pasti sama ada
setiap negeri mempunyai format laporan yang tersendiri. Untuk kepastian
bolehlah merujuk PPD / JPN masing-masing. Laporan yang saya tulis adalah
berdasarkan format yang dikemukakan oleh JPN Sarawak. Ini merupakan laporan
projek inovasi saya pada tahun 2014: KAD MNEMION.
Projek Inovasi ini baru sahaja saya bentangkan semasa di Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan & Penyelidikan Guru peringkat Negeri Sarawak 2015 baru-baru ini.
Kajian Tindakan (action research)
Kajian tindakan dilaksanakan untuk mengkaji sesuatu isu / masalah dan
seterusnya bertindak bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagi memastikan
keberkesanan sesuatu kaedah penyelesaian yang diambil, kajian tindakan biasanya
dijalankan melalui beberapa gelung / kitaran (cycle). Tetapi, jika kaedah yang digunakan betul-betul berkesan dan
masalah telah dapat diselesaikan secara menyeluruh, maka satu gelung sudah
mencukupi. Dapatan kajian pula sering digunakan kaedah ujian pra dan ujian pos.
Terdapat banyak versi yang boleh dirujuk bagi melaksanakan kajian
tindakan. Namun, secara umumnya sesebuah kajian tindakan melibatkan proses
kerja berikut:
1.
Refleksi PdP –
mengenal pasti isu/ masalah yang dihadapi
2.
Merancang penyelesaian
3.
Melaksanakan kaedah
penyelesaian yang dipilih
4.
Menganalisis
dapatan kajian & refleksi
Jika kaedah yang dipilih telah berjaya, maka kitaran kajian tindakan
akan berhenti pada langkah ke-4. Jika belum berjaya sepenuhnya, kita kembali
semula kepada langkah pertama dengan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang
terdapat semasa gelung pertama. Dengan ini, kita akan memulakan gelung kedua
kajian tindakan.
Kaedah yang dipilih bagi menyelesaikan sesuatu isu PdP dalam sesebuah
kajian tindakan adalah lebih meluas berbanding dengan projek inovasi. Masalah
yang dihadapi dalam PdP boleh diselesaikan menggunakan BBM (inovasi) mahupun
kaedah pedagogi. Misalnya, menggunakan flashcard,
magic whiteboard, model dan
sebagainya untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep. Selain daripada
menggunkan BBM, guru juga boleh menjalankan tindakan menggunakan kaedah seperti
mentor-mentee, gallery walk,
pembelajaran inkuiri dan lain-lain.
Tajuk bagi sesebuah kajian tindakan mestilah jelas, spesifik dan
terperinci merangkumi objektif kajian, kumpulan sasaran serta kaedah
penyelesaian. Antara contoh tajuk kajian tindakan:
i)
Pelaksanaan kaedah
nota berlagu untuk meningkatkan kemahiran pelajar mengingati kronologi
peristiwa bagi novel Komsas dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Merah di SMK
Setia.
ii)
Meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap konsep tekanan udara dengan menggunakan model “Belon
Magik”.
Bagi guru yang pertama kali mahu menjalankan kajian tindakan memang
akan terasa agak sukar kerana ianya melibatkan banyak proses yang teliti.
Penulisan laporannya pula lebih terperinci berbanding projek inovasi. Saya mula
mengenali kajian tindakan semasa melengkapkan folio Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB). Saya merupakan batch
pertama guru yang perlu melaksanakan PPGB pada tahun 2011. Memandangkan di
sekolah saya tiada seorang pun guru yang pernah menjalankan kajian tindakan,
maka agak terkial-kial juga saya pada masa itu. Rujukan saya hanya berpandukan
pada enjin carian Google. Mujur saya menemui Manual Kajian Tindakan yang diterbitkan oleh Bahagian Perancangan
& Pelaksanaan Dasar Pendidikan di laman sesawang KPM.
Lanjutan daripada kajian tindakan yang saya jalankan semasa menyiapkan
folio PPGB, saya teruskan dengan gelung kedua. Semasa gelung kedua ini saya
mendapat ilham menggunakan kad imbas. Jadi, kajian tindakan yang saya jalankan
pada masa itu merupakan projek 2-dalam-1 di mana saya menggunakan projek
inovasi sebagai kaedah penyelesaian dalam kajian tindakan. Seterusnya, saya
jalankan pula penambahbaikan pada projek inovasi tersebut sehingga terhasilnya
Kad Mnemion. Laporannya kemudian saya asingkan.
Berikut merupakan hasil laporan kajian tindakan saya untuk gelung
kedua: Kajian Tindakan Kimia 2014.
Penyelidikan Guru (research)
Daripada tiga perkara ini, penyelidikan boleh dianggap sebagai yang paling
sukar untuk dilaksanakan, melibatkan proses yang sangat teliti, memakan masa yang
lama dan penulisan laporan yang begitu terperinci. Dalam bahasa yang mudah,
penyelidikan merupakan suatu kajian terhadap sesuatu isu / perkara untuk
mendapatkan data yang sah. Penyelidikan tidak semestinya menghasilkan
penyelesaian, namun ia melibatkan metodologi kajian yang agak kompleks. Disebabkan
itulah, tidak ramai guru di sekolah yang menjalankan penyelidikan,
kebanyakannya menjalankan kajian tindakan sahaja. Saya sendiri juga belum mahir
dengan penyelidikan. Bagi guru yang memasang impian untuk menyambung pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi, maka pelaksanaan penyelidikan guru merupakan
persediaan yang sangat bagus.
Aspek yang dikaji dalam sesebuah penyelidikan adalah sangat meluas. Penyelidikan
guru / penyelidikan pendidikan mengetengahkan aspek kajian berkaitan isu-isu
semasa dalam bidang pendidikan, sama ada isu dalam bilik darjah, masalah yang
dihadapi oleh guru / pelajar / pentadbir sekolah mahupun isu pendidikan secara
umum. Paling bagus jika dibuat penyelidikan tentang isu-isu pendidikan yang
terkini. Contohnya:
i)
Pelaksanaan PPPM
2013 – 2015
ii)
Pengintegrasian
KBAT dalam PdP
iii)
Keberkesanan peta
i-think
iv)
Konsep pembelajaran
& bilik darjah abad ke-21
v)
VLE-FROG
Boleh juga jika kita mahu melaksanakan penyelidikan dalam bidang
pendidikan, tetapi sesuatu yang di luar PdP. Sebagai contoh:
i)
Perbezaan
pencapaian akademik antara pelajar asrama & pelajar harian
ii)
Faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar untuk belajar
iii)
Punca-punca
penglibatan pelajar dalam kes gengsterisme
iv)
Perbezaan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebelum & selepas kursus motivasi
v)
Beban tugas guru di
sekolah
Tahun lepas, pada 8-10 Sept. 2014, saya menyertai Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Zon Sarawak yang diadakan
di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang, Sarawak. Seminar tersebut
mengumpulkan para cendekiawan melibatkan guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah
IPG serta pensyarah-pensyarah universiti yang membentangkan penyelidikan
masing-masing. Antara kertas penyelidikan yang dibentangkan pada tahun lepas
ialah:
i)
Pendekatan didik
hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap
dan minat murid orang asli di negeri Perak.
(Tn. Hj. Mohd Razak
b. Mohd Nordin & Pn. Noradzimah bt Abdul Majid, IPGK Ipoh)
ii)
Aplikasi peta
pemikiran (i-think) dalam pengajaran dan pembelajaran : Suatu tinjauan
(Pn. Jauriah bt Md
Azali & En. Muhamad Munir b. Ismail, IPGK Perlis)
iii)
Tekanan kerja guru
sekolah pribumi daerah Gua Musang
(En. Mohd Zaki b.
Ab Rahim & Pn. Kasnimi Mat Seman, IPGK Kota Bharu)
Daripada tajuk kertas penyelidikan yang dibentangkan, boleh dikatakan
bahawa penyelidikan pendidikan biasanya berbentuk tinjauan dan kajian kes. Objektif
utama sesebuah penyelidikan adalah bukan untuk memikirkan jalan penyelesaian
masalah, tetapi bagi mendapatkan data kajian seperti faktor ataupun implikasi
sesuatu isu / perkara berkaitan pendidikan. Hasil dapatan kajian ini yang merupakan
sesuatu yang sangat penting bagi pihak-pihak yang terlibat dalam bidang
pendidikan.
Penyertaan dalam seminar ini memberikan pendedahan awal kepada saya
tentang pelaksanaan sesebuah penyelidikan pendidikan. Banyak perkara yang dapat
ditimba hasil perbincangan bersama pensyarah-pensyarah berkaliber yang langsung
tidak lokek ilmu. Akan tetapi, masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari.
Kesimpulannya, setiap guru sebenarnya sangat digalakkan untuk
melaksanakan Projek Inovasi, Kajian Tindakan ataupun Penyelidikan. Hasil kajian
yang kita jalankan dapat meningkatkan kemahiran profesionalisme seseorang guru.
Melalui hasil kerja penyelidikan dan inovasi, golongan pendidik dapat merangka dan
melaksanakan strategi PdP secara lebih berkesan dan kreatif seiring dengan
perubahan arus pendidikan global. Jika ada peluang, sertailah seminar /
persidangan berkaitan Projek Inovasi / Kajian Tindakan / Penyelidikan. Banyak
ilmu yang akan dapat dipelajari di samping suntikan semangat untuk turut sama
memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara kita.
Selain itu, cari juga sumber-sumber lain yang boleh membantu atau
bersama-sama kita dalam lapangan ini. Semasa saya menjalankan kajian tindakan
dahulu, saya tunjukkan laporan saya pada pensyarah-pensyarah IPG. Pengetua saya
turut memberikannya kepada pengetua di sekolah lain. Dengan ini, kita akan
mendapat maklum balas dan kritikan membina daripada mereka yang lebih arif agar
kita dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Saya juga banyak mendapat
bimbingan daripada rakan sekerja yang sudah punya banyak pengalaman. Yang
penting, usah malu bertanya.
p/s: Jika berminat, boleh google
Buku Inovasi Guru. Himpunan kajian / inovasi yang dibentangkan semasa Persidangan
Inovasi Negeri Sarawak pada tahun lepas, boleh muat turun Buku Inovasi Guru 2014.
Terima kasih. Perjelaskan cikgu sgt jelas
ReplyDeleteSama-sama. terima kasih juga atas feedback yg diberi
DeleteAlhamdulillah n terima kasih cikgu atas penjelasan n berkongsian yg penting ini..
ReplyDeletesama-sama. semoga bermanfaat.
DeleteTerima kasih atas penjelasan...perkongsian yang bermakna dan jelas...tahniah cikgu...
ReplyDeleteterima kasih.
Deleteterbaik....
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeletesekadar berkongsi apa yg saya tahu & sedikit pengalaman secara ringkas:
ReplyDeleteInovasi - sesuatu penghasilan/projek yg mempunyai ciri MENAMBAH BAIK projek/proses/produk SEDIA ADA.. penembahbaikan boleh dlm bentuk tambah baik FUNGSI @ tidak menambah baik fungsi, tetapi dihasilkan dengan KOS YG LEBIH MURAH.. tambahbaik juga mungkin boleh diukur dr segi PENJIMATAN MASA dsbnya.. cth: proses pendaftaran pelajar awal tahun.. jika kita boleh hasilkan satu flow proses yg jimatkan masa berbanding sblm2 tu.. itu dah dikira ada ciri inovasi.. ***tips utk mulakan projek inovasi = mulakan dgn mencari apa masalah/isu yg berlaku.. dari situlah nanti inovasi/penambahbaikan diperlukan.. sbgai cth mudah.. pemotong kuku mungkin dihasilkan kerana cara/proses memotong kuku sblm2 tu menggunakan alat2 tajam spt pisau dsbnya akan memberi masalah dari segi MEMAKAN MASA, TIDAK SELESA, MUDAH MENDATANGKAN KECEDERAAN dsbnya..
Kajian tindakan - Bila disebut KAJIAN/RESEARCH.. ia sebenarnya satu PROSES yg mempunyai steps tertentu & formal.. ia mirip kepada inovasi iaitu dalam konteks ingin menyelesaikan masalah.. cuma bila disebuat kajian.. prosesnya lebih formal & detail spt dlm MENENTUKAN/CARI masalah.. kalau inovasi biasanya masalah didspati dgn cara melakukan PEMERHATIAN shj.. tapi bila disebut kajian MASALAH sebahgian besarnya PERLU DICARI/DISOROT melalui KAJIAN2 LALU.. dlm research, proses ini dipanggil LITERITURE REVIEW(bm: Sorotan Karya).. juga perlu dibincangkan secara khusus berkenaan kaedah yg diguna utk buat kajian spt bagaimana DATA DIKUTIP..Siapa sampel kajian terlibat (sekiranya ada).. bagaimana menganalisa Data, FINDINGS, CONCLUSION dll.. perlu dibentangkan/ditulis dlm kajian.. sudah kajian jenis ini adalah menjurus kepada PENYELESAIAN KPD MASALAH SEMASA. cth: mungkin kajian boleh dilakukan utk MENYELESAIKAN MASALAH PELAJAR YG KERAP PONTENG SEKOLAH.. penemuan kajian akan menjurus kpd CARA2/KAEDAH mengatasi masalah tsbt...
3- Kajian/Researh.. lebih kurang sama dgn kajian tindakan di atas khususnya dari segi proses/steps.. perbezaan ketara adalah ia LEBIH DETAIL dari segi sorotan karya dan mungkin TIADA KESAN/PENYELESAIAN KHUSUS kpd masalah semasa..
sekadar perkongsian.. ambil yg dirasa berguna.. tlg perbetulkan sekiranya ada kekurangan...
wAllahua'lam..
ya, sy setuju dgn anda. terima kasih atas maklum balas. ada beberapa point yg telah sy tulis dlm artikel sy. perbincangan tentang ini sangat meluas, tp seperti yg sy maklumkan pd awal tulisan, artikel kali ini sy cuma fokuskan pada aspek berkaitan PdP dalam bilik darjah sahaja. insya-Allah jika ada ruang & ksempatan di lain masa, mungkin sy akn tulis artikel brkaitan kajian di luar PdP.
Deleteterima kasih atas perkongsian perbezaan ini. semoga perkongsian ini menjadi amal jariah buat cikgu.
Deletebila ya biasanya prtndingn inovasi dijlnkn
ReplyDeletepertandingan inovasi guru anjuran KPM diadakan sempena perayaan Hari Guru. jadi, pemilihan di peringkat ppd / jpn biasanya diadakan pada awal tahun ataupun hujung tahun sebelumnya. surat jemputan penyertaan dihantar ke sekolah2.
Deleteandai buat inovasi berbntuk kaedah mngjr dn bkn kpd alat bntu mngjr..askh ia diterima sbg inovasi? oleh krn brbntuk kaedh jd ia lbh kpd cara buat murid fhm dgn teknik dn tip
ReplyDeleteya, inovasi juga boleh dibuat dlm bentuk kaedah mengajar sebab tak semua m/p sesuai dibuat inovasi berbentuk ABM. misalnya, BM, BI, sejarah dsb.
Deleteoo gitu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecikgu nurul dijemput utk brtnding di pringkat ngri srawak bila ye? sy de hntr prtndingn..katanya jika trpilih utk brtnding, akn dihntr surat pggilan ke skolah..skrg dh bln 1. tp msih blum dpt surat
ReplyDeletesetakat ini saya belum pernah lagi terpilih ke prtandingan peringkat negeri. hnya setakat ppd sahaja. sy pernah bentangkan inovasi di seminar peringkat negeri , tetapi itu bukan pertandingan. apa yg penting bila kita buat inovasi / kajian tindakan bukan skadar sbb mahu masuk bertanding dan menang, tapi niat utama adalah supaya ada peningkatan dlm pdp kita & benar2 membantu pelajar kita.
Deleteseminar inovasi peringkat negeri sarawak biasanya diadakan pada bulan ogos di sibu. surat jemputan sbg peserta / pembentang selalunya diedarkan seawal bulan mac.
Deleteoo..mksd sy, prtndingan inovasi diperingkat negeri..biasanya bulan brp diadakan..ye cikgu nurul..yg pnting utk ank murid..dn yg lain2 tu kredit utk kita
Deletemelalui prtndingn jga, kita dpt ketengahkan inovasi yg kita buat utk share dgn org lain..selain drp murid2 kita..inshallah
Deletesalam. update: shingga kini, sekolah sy juga belum dpt surat brkaitan prtandingan inovasi peringkat negeri utk thun 2016.
Deletecikgu nurul dijemput utk brtnding di pringkat ngri srawak bila ye? sy de hntr prtndingn..katanya jika trpilih utk brtnding, akn dihntr surat pggilan ke skolah..skrg dh bln 1. tp msih blum dpt surat
ReplyDeletetq cg atas perkongsiannya...sy sgt berminat untuk terlibat dalam kajian penyelidikan ini..cuma bagamana kt hendak mengikuti pertandingan seperti ini...sebab di tempat saya kurang maklumat mengenai pertandingan berbentuk ilmiah khas untuk guru-guru.
ReplyDeletetahniah kerana cikgu punya niat yg baik untuk memeriahkan dunia inovasi di negara kita. untuk pertandingan yg dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD, biasanya mereka akan hantar surat jemputan ke sekolah. ada juga pertandingan2 yg dianjurkan oleh pihak2 lain seperti IPG, UTM, UiTM & agensi2 pendidikan lain. yg ini biasanya akan diwar-warkan melalui laman rasmi mereka.
Deletetq ckgu nurul..byk memberi inspirasi dan mudah difahami krn penerangan yg sgt jelas tg perbezaan kajian tindakan, inovasi dan penyelidikan.
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu untuk memulakan kajian tindakan / inovasi. Dari semasa ke semasa, boleh ditambah baik
DeleteTq cikgu Nurul, sebenarnya saya pun berminat untuk menghasilkan inovasi sendiri. Tapi tidak tahu bagaimana nak mula. Penerangan cikgu Nurul sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana saya nak mula. Moga tahun hadapan saya dapat hasilkan sesuatu demi kebaikan anak murid saya. Thank you very much.
ReplyDeleteSama2 cikgu. Semoga perjalanan cikgu untuk mencipta inovasi sendiri dipermudahkan.
Delete