Thursday, 28 December 2017

Imbasan 2017: Senarai Program & Aktiviti di SMKA Sibu (Part 2)

BAHAGIAN II

Kronologi program dan aktviti sekolah sepanjang tahun 2017

1. Mesyuarat Guru Awal Tahun: 29-30 Dis. 2016

Pertama kali mesyuarat di Makmal Komputer yang serba baru

Kenangan duduk sebaris di depan. hehe.... 


2. Pendaftaran Pelajar & Taklimat Program DLP : 2 Jan. 2017 

Pendaftaran pelajar Ting. 1 tahun ini. menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Para ibu bapa juga diberikan taklimat mengenai pelaksanaan program DLP di SMKBA bermula tahun 2017. 

YDP PIBG, En. Dornie Engkamat 

Taklimat Program DLP 



3. Orientasi Pelajar Ting. 1: 4-6 Jan. 2017 





5. Pelancaran Program "Jom ke Sekolah" : 6 Februari 

Dirasmikan & dilancarkan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, 
Tuan ASP Sylvarius 


6. Kejohanan Olahraga Antara Rumah-rumah Sukan : 22-23 Feb. 

Gimik perasmian: menyalakan obor rumah sukan
# obor tu sebenarnya pelita raya 

Bacaan ikrar kejohanan 


7. Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina: 23 Feb

Diadakan di Paramount Hotel Sibu setelah habis berpenat lelah di padang. Juga merupakan majlis alu-aluan untuk PKP kami yang baru, iaitu Cikgu Hipnee. 


Cenderamata penghargaan daripada Tn. Pengetua selepas 3 bulan menanggung tugas PKP. TQ sir! 
Yeay..!! nasib baik PKP baru datang cepat. 


8. LDP Pengurusan Stress : 15 Mac 

Penceramah jemputan dari IPGK Rajang, En. Hadi Ishak. 
Tak sempat nak rasa mengantuk dengar ceramah En. Hadi 


9. Hari Penyampaian Slip Keputusan SPM 2016 : 16 Mac 

Amanat tn. pengetua & menyampaikan rasa gembira seluruh warga sekolah kerana buat pertama kalinya, SMKBA berjaya mencapai Band 4 bagi keputusan SPM setelah sekian lama tersekat di Band 5. 

Para pelajar 5 Sains 2016

3 orang anak Kimia bertuah kesayangan Cikgu Nurul walaupun selalu kena marah haha....
Batch Kimia paling sikit, tp inilah yang paling mencabar. 
Tuhan je tau perjalanan kita. 
TQ korang sbb dapat keputusan yang melebihi jangkaan. 


10. Program Sehari Bersama PDRM : 17 Mac 

Bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap para pelajar tentang kes salah laku disiplin serta langkah keselamatan di jalan raya. 





11. Program Muafakat PIBG kali ke-2 : 8 April 

Senarai penerima sijil kecemerlangan 

Barisan penerima bantuan cermin mata. 
Dapat cermin mata percuma, siap boleh pilih rekabentuk & warna bingkai 

TQ 6996 Optics atas tajaan cermin mata 

Sesi perjumpaan antara pelajar, ibu bapa dan guru tingkatan 

Projek menanam pokok antara warga sekolah & PIBG 

PKP (baju putih), Cg Hipnee bersama PK HEM, Cg Jarit sedang menanam anak pokok rambutan. 
Kata Cikgu Jarit,"Cikgu Nurul kena tunggu pokok rambutan ni berbuah dulu baru boleh pindah." 
Hehe....sorry lah cikgu Jarit, tak sempat nak tunggu. 
Nanti dah berbuah, pos ke saya sikit ek. 


12. Kem Kepimpinan Pelajar : 5-6 Mei 

Melibatkan 4 badan pelajar, iaitu Pengawas, PRS, Pengawas Asrama & Pengawas Pusat Sumber. 
Penceramah dijemput khas dari IPGK Rajang, En. Hadi Ishak. 







14. Fund Raising Jogathon : 8 Julai 

Diadakan khas demi tujuan mengumpul dana bagi salah satu projek besar sekolah pada tahun 2017, iaitu membina laluan berbumbung yang menghubungkan asrama dan bangunan akademik. 
Selama ini, jika hujan pelajar-pelajar pasti basah kuyup sebab mengharung hujan. 

Idea asal pada mulanya adalah untuk memberi bantuan payung kepada para pelajar melalui program 1 Pelajar 1 Payung, namun kemudiannya Pengetua mengambil keputusan untuk membina laluan berbumbung. Memandangkan kami cuma sekolah kecil di luar bandar dengan peruntukan yang kecil, maka dana tambahan perlu dikumpul demi keselesaan pelajar. 




Selain daripada acara larian yang dibahagikan kepada beberapa kategori melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru, dana turut dikumpul melalui hasil jualan gerai yang dibuka. 



Selain itu, pertandingan menyumpit turut diadakan bagi memeriahkan suasana. 


Syukur, akhirnya projek pembinaan laluan berbumbung berjaya dilaksanakan dengan hanya menggunakan tenaga yang ada di sekolah. 


Laluan berbumbung berwarna biru. Bangunan warna hijau tu surau. 


15. Jamuan Aidilfitri : 10 Julai 

Hanya diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan, jamuan diadakan di Surau sekolah. 

kredit gambar: cikgu Zaha 




17. Sambutan Gawai Raya : 13 Julai 

Diadakan di Li Hua Hotel Sibu.




King and Queen of the Night. 
Tetiba menang, tak tau macam mana hahaha..... 


18. Hari Muafakat kali ke-3 : 29 Julai 




19. Pertandingan Spelling Bee Antara Unit Beruniform: 2 Ogos 




OK, habis dah separuh. Penat dah menaip. Lagi separuh nanti kemudian. 

>> Part 1     Part 3 

No comments:

Post a Comment