Seperti biasa, Karnival Sains, Matematik & Teknologi (KASMATEK) menjadi antara agenda wajib yang dianjurkan oleh Panitia Sains SMKBA Sibu. Cuma namanya saja yang berubah sedikit saban tahun. Alhamdulillah, ia dapat juga dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini dalam kekangan masa dan tenaga ahli pasukan (dan berjaya juga didokumenkan dalam blog ini hehe....).
KASMATEK 2017 merupakan anjuran Bidang Sains & Matematik dengan kerjasama Bidang Vokasional & Teknik (Votek) serta Unit Ko-Kurikulum. Dijalankan selama 3 hari dengan bertemakan "SMKBA ke arah membudayakan STEM".
Berikut merupakan antara program / aktiviti / pertandingan yang telah dianjurkan sepanjang 3 hari karnival berlangsung.
Perasmian KASMATEK 2017
Pada tahun ini, kami ingin mencipta sedikit kelainan semasa gimik perasmian, di mana ianya merupakan suatu persembahan lakonan bertemakan sains yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sains. Walaupun pada mulanya mereka agak malu-malu semasa latihan, namun syukur persembahan mereka berjalan lancar semasa hari sebenar, malah mendapat pujian daripada Tuan Pengetua.
Membicarakan tentang hormon dan homeostasis
Adegan dikejar anjing
Pertandingan Saintis Muda
Bertujuan untuk mencungkil bakat sains dalam kalangan pelajar di samping meningkatkan minat pelajar menggunakan aplikasi konsep sains dalam kehidupan seharian.
Pertandingan Sudoku
Memperkenalkan permainan sudoku dalam kalangan pelajar serta menggalakkan pelajar berfikir menggunakan nombor. Kebanyakan pelajar tidak pernah bermain sudoku sebelum ini, jadi ia merupakan suatu pendedahan yang baik.
Kuiz Matematik
Kuiz secara bertulis, dijalankan secara individu.
Pameran Sains
Merupakan pameran bahan-bahan serta radas sains yang jarang ditonjolkan semasa sesi pdpc dalam kelas. Bertemakan STEM dalam kehidupan seharian.
Adatlah...dalam kelas tak berapa nak ambik tau sangat, masa pameran macam ni baru masing-masing nak cuba semua benda.
Ujian DNA bawang
Pameran hasil kerja pelajar
Pameran Kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia caw. Sibu
Ini merupakan kali kedua pihak Jabatan Kimia Malaysia (Sibu) datang berkunjung ke SMKBA. Pameran Kimia ini dibahagikan kepada 4 stesen, di mana setiap stesen menunjukkan aplikasi kimia dalam skop yang berbeza.
(i) Ubat Berbahaya & Dadah (Narkotik)
Rupa-rupanya banyak juga jenis-jenis ubat terlarang yang dijual dalam pasaran negara kita, termasuklah pil-pil kosmetik. Sebab itu perlu ada pengetahuan supaya tak terbeli ubat yang tidak sepatutnya.
Selain itu, mereka juga menunjukkan jenis-jenis dadah.
Seperti biasa, stesen ini memang sentiasa ramai pengunjung. hmm....
(ii) Forensik
Di stesen ini, pengunjung boleh mengenal pasti jenis-jenis cap jari masing-masing. Selain itu, mereka menunjukkan kaedah yang digunakan oleh pihak Jab. Kimia untuk mengenal pasti kenderaan curi serta penipuan tanda tangan.
(iii) DNA Forensik
Demo langkah keselamatan & pengumpulan bahan bukti di kawasan berlakunya jenayah.
(iv) Bahan Pewarna dalam Makanan
Para pelajar didedahkan dengan jenis-jenis bahan pewarna yang dibenarkan dalam makanan.
Mereka juga menunjukkan demo mudah bagi mengenal pasti serbuk teh yang asli dan serbuk teh yang mengandungi pewarna.
Masukkan serbuk teh dalam air kosong biasa (suhu bilik: bukan air panas).
Serbuk teh tanpa pewarna tidak akan menunjukkan apa-apa perubahan.
Serbuk teh yang mengandungi pewarna akan menukarkan warna air. Boleh nampak pewarna dalam teh turun ke bawah.
Terima kasih banyak pihak Jabatan Kimia Sibu.
Tahun depan, jemputlah datang lagi.
Program Klik Dengan Bijak bersama MCMC Sibu
Program ini merupakan antara segmen wajib setiap kali penganjuran KASMATEK di sekolah kami. Namun, pendekatan serta aktiviti yang dijalankan oleh MCMC adalah berbeza setiap tahun. Kali ini, para pelajar mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk bergerak aktif. Tidaklah hanya duduk mendengan ceramah saja.
kredit gambar: cg su hiap soon
p/s: Terima kasih tak terhingga buat semua guru serta pembantu makmal yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan KASMATEK pada tahun ini. Terima kasih juga pada para pelajar yang menjadi AJK serta Unit KK yang menjadi sumber kewangan.
Selamat maju jaya untuk KASMATEK pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment