Pada hari
Khamis (19 November) yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Majlis
Kecemerlangan (MK) bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang pada tahun ini sama ada dalam bidang akademik, sahsiah
mahupun ko-kurikulum.
Penganjuran
MK pada tahun ini diadakan secara agak besar-besaran di mana kami telah
menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Wong Soon Koh selaku perasmi majlis. YB
Dato’ Sri Wong Soon Koh merupakan Menteri Kewangan II, juga Menteri Kerajaan
Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N. 17 Bawang Assan. Tetamu
jemputan pula terdiri daripada Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak,
Pemancha, tuai-tuai rumah, wakil PPD dan ibu bapa pelajar.
Sudah
menjadi kebiasaan, penganjuran majlis besar seperti ini sudah tentulah menuntut
persiapan yang bukan sedikit. Persediaan bagi MK telah dimulakan sejak sebulan
yang lepas dengan diketuai oleh Tuan Pengetua sendiri selaku ‘orang kuat’
majlis yang meneliti segenap aspek.
Antara persiapan
yang dibuat sebelum majlis:
Pemasangan banner di simpang masuk ke Bawang Assan
Persiapan persembahan
Persiapan pentas
Potted plants untuk hiasan pentas
Seawal jam
6.30 pagi, para pengawas serta ahli Pasukan Kadet Polis mula berbaris bermula
dari pintu pagar utama sekolah sehingga ke Dewan Sri Bawang bagi mengalu-alukan
ketibaan tetamu. Cuaca pada pagi itu panas dan agak terik, tetapi mereka tetap
memberikan komitmen yang sangat baik.
Majlis
penyampaian sijil dan hadiah dibahagikan kepada 3 slot utama. Majlis dimulakan seawal
jam 7.30 pagi dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi Slot 1, iaitu
penyampaian sijil penghargaan kepada:
i) Ketua
Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan
ii) Pengawas
sekolah sesi 2014 / 2015
iii) Pustakawan sekolah sesi 2014/2015
iv) AJK Unit
Penyiaran Sekolah (baru ditubuhkan 2 bulan)
v) Mata
merit terbanyak bagi setiap tingkatan
vi) AJK Unit
Beruniform, Kelab & Persatuan, dan Sukan & Permainan
vii) Pelajar
terbaik setiap unit ko-kurikulum
viii) Wakil
sekolah ke pertandingan di peringkat bahagian & negeri
Pasangan pengacara majlis, Cikgu Rosmaliana & Cikgu Izham
Usai slot
pertama penyampaian sijil dan hadiah, kami mula membuat persiapan terakhir bagi
menyambut ketibaan YB Dato’ Sri. Para ‘kumang’ telah memakai busana tradisional
lengkap dan berbaris di hadapan dewan, manakala 4 orang ‘keling’ pula mula
bersedia dengan perisai masing-masing.
Lebih kurang
pada jam 9.30 pagi, kenderaan rasmi yang membawa Dato’ Sri mula memasuki
pekarangan sekolah. Ketibaan YB Dato’ Sri disambut oleh barisan guru serta
tetamu jemputan dan diketuai oleh Pengetua Lau. Perarakan masuk Dato’ Sri ke
dalam dewan diiringi oleh tarian ngajat oleh 4 orang pelajar yang berpakaian
tradisional Iban.
Majlis
kemudiannya diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku (lagu
kebangsaan negeri Sarawak) dan bacaan doa oleh Cikgu Azairuddin. Selepas itu,
pentas diambil alih oleh kumpulan penari SMKBA yang mempersembahkan tarian
tradisional Iban, iaitu ngajat dan tarian tradisional Melayu. Pujian seharusnya
diberikan kepada para penari dan terutamanya kepada guru pembimbing, iaitu
Cikgu Doris, Cikgu Damasus dan Cikgu Atiqah yang telah bertungkus-lumus melatih
pelajar dalam jangka masa yang begitu suntuk.
Tirai ucapan
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMKBA, En. Lau Siah Teck,
diikuti oleh ucapan daripada Guru Besar SKBA, En. Ambau ak Lawieh.
Pengetua SMKBA, En. Lau Siah Teck
Guru Besar SKBA, En. Ambau ak Lawieh
Seterusnya,
YB Dato’ Sri Wong Soon Koh menyampaikan ucapan dan menyempurnakan upacara
perasmian MK 2015. Dalam intipati ucapan Dato’ Sri, beliau amat menekankan
kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang mesti dikuasai oleh semua
golongan rakyat Malaysia terutamanya para pelajar sejajar dengan perkembangan
dunia global masa kini. Amat mengejutkan apabila ribuan graduan perubatan tidak
mendapat peluang pekerjaan disebabkan gagal dalam English Proficiency Test.
YB Dato’ Sri
Wong Soon Koh turut membuat kejutan dengan pemberian cek berjumlah RM5,000
masing-masing kepada SMKBA dan SKBA bagi tujuan penambahbaikan sekolah. Selain
daripada itu, selaku ADUN Bawang Assan, Dato’ Sri turut peka terhadap keperluan
prasarana di sekolah serta masyarakat setempat. Dengan itu, beliau berjanji
untuk melaksanakan projek membaiki dan menaiktaraf jalan masuk ke SK dan SMK BA
pada hujung tahun ini. Beliau juga akan membina bumbung di padang sekolah demi
keselesaan pelajar menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
Ucapan
perasmian oleh YB Dato’ Sri diakhiri dengan pukulan gong sebanyak tiga kali
serta penyerahan cek berjumlah RM5,000 kepada YDP PIBG.
Slot kedua
majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid
Tahun 6 SKBA, sijil pencapaian akademik terbaik setiap tingkatan, sijil
pencapaian akademik terbaik dalam setiap mata pelajaran bagi setiap tingkatan,
dan anugerah pencapaian akademik cemerlang dalam PT3 & SPM 2014.
Senarai
penerima anugerah cemerlang PT3 2014:
1. Mohd Hapis
bin Yacub
2. Michelle
Menti ak Embark
Senarai
penerima anugerah cemerlang SPM 2014:
1. Yong Ing
Kiet (aliran Sains)
2. Yii Siew
Hong (aliran Sains)
3. Nurhidayah
bt Abdullah (aliran Sains)
4. Nomie ak
Unting (aliran Sastera)
Majlis
kemudiannya berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada tayangan montaj
yang menonjolkan pencapaian SMKBA dalam bidang akademik, HEM dan ko-kurikulum
sepanjang tahun 2015.
Majlis tiba
di kemuncak dengan slot ketiga penyampaian sijil dan hadiah, iaitu penyampaian
anugerah cemerlang pelajar 2015 & anugerah khas Pengetua untuk staf SMKBA.
Anugerah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Wong Soon Koh, manakala biodata penerima
anugerah cemerlang pelajar disampaikan oleh PKKK, Cikgu Patrick Gerijeh; KB
Votek, Cikgu Esmandi; PK HEM, Cikgu Jarit; dan PK1, Cikgu Jeffery. Ala-ala
majlis anugerah bintang popular gitu……
Senarai
penerima Anugerah Khas Pelajar Cemerlang:
Olahragawan
2015: Norly ak Paus
Pelajar
Terbaik KK 2015: Mohd Hapis bin Yacub
Tokoh Asrama
(L): Jacksen Melina ak Edward Roky
Tokoh Asrama
(P): Phelimina Insuna ak Emang
Tokoh
Kepimpinan (L): Jeffery Limbi ak Empaga
Tokoh
Kepimpinan (P): Christina ak Simeon
Pelajar
Harapan SPM 2015: Vanessa ak Kata
Anugerah
Pelajar Contoh 2015 (Pelajar Terbaik Keseluruhan): Christina ak Simeon
Senarai
penerima anugerah khas Pengetua:
1. PK1, En.
Jeffery ak Stephen Mikai
2. PK HEM, En.
Jarit ak Jugah
3. PKKK, En.
Patrick Gerijeh ak Dominic Belansai
4. KB Bahasa,
En. Damasus ak Julian Vincent Tellor
5. KB Votek,
En. Mohamad Esmandi bin Hapni
6. Ketua Warden
asrama, En. Willy ak Entan
7. KP Kem.
Hidup, En. Daniel Simon
8. Guru
Bestari, En. Su Hiap Soon
9. KP BM, En.
Giyong bin Nor Muhamad
10. Cik
Rosmaliana bt Mohamad
11. Penyelia
asrama, Pn. Noria ak Sibat
12. Juruteknik
Komputer, En. Jon Meni ak Sapu
Setelah
selesai upacara penyampaian sijil dan hadiah, Pengetua Lau menyampaikan
cenderamata kepada YB Wong Soon Koh berupa gambar kenangan semasa beliau
menghadiri MK di SMKBA pada kali ini.
Tirai majlis
dilabuhkan dengan persembahan tarian ngajat oleh murid-murid SKBA.
TAHNIAH
& SYABAS diucapkan kepada seluruh warga SMKBA yang telah merealisasikan Majlis
Kecemerlangan 2015 dengan jayanya.
Sekalung
penghargaan & jutaan terima kasih diucapkan kepada:
Penaung
utama, Pengetua Lau Siah Teck
Guru Besar
SKBA, En. Ambau ak Lawieh
Barisan AJK
Protokol, iaitu barisan Pen. Kanan
Penyelaras,
Cikgu Damasus
Pen.
Penyelaras, Cikgu Sembi
Setiausaha,
Cikgu Nurul
Pengemudi
majlis, Cikgu Rosmaliana (SMKBA) & Cikgu Mohd Izham (SKBA)
Guru-guru
persembahan, Cikgu Doris & Cikgu Atiqah
AJK Sambutan
& Keselamatan, Cikgu Madya bersama Lembaga Pengawas & Kadet Polis
Penyediaan
montaj, Cikgu Norhidayah
Penyediaan sijil,
hadiah, rosette & cenderamata: Cikgu Yii & rakan-rakan
Barisan AJK
majlis
Semua guru
& staf SMKBA
Guru-guru SK
Bawang Assan
...........dan semua
pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
p/s: saya gembira tahun ini sebab tak perlu lagi jadi MC, jadi boleh berjalan-jalan ke sana sini bersama kamera merah saya. kalau jadi MC kena duduk statik je. hehe..........