Sunday 15 July 2018

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera Diraja

KEMASKINI: 

Permohonan kemasukan ke MTD bagi sesi 2019/2020 telah pun ditutup baru-baru ini. 

Sistem Semakan Online bagi Pengambilan Putera MTD Tahun 2019 kini telah dibuka sepenuhnya. 
Tuan / Puan / calon dari seluruh negara boleh menyemak keputusan kemasukan melalui pautan berikut: 



*********************************************************************************

Berita baik buat pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja (MTD), juga kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak ke sini, permohonan kemasukan ke MTD bagi sesi 2019/2020 kini telah dibuka. 



Permohonan adalah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut: 


Pemohon perlulah mendaftar akaun di pautan tersebut terlebih dahulu sebelum mendaftar permohonan kemasukan. 

Berikut merupakan antara syarat-syarat bagi permohonan masuk ke MTD: 

1) Calon yang menduduki PT3 pada tahun 2018.
2) Calon LELAKI sahaja.
3) Calon yang mendapat 7A diberi keutamaan.
4) Tinggi minimum: 152 cm, berat minimum 40.5 kg
5) BMI antara 18-27 
6) Ukuran dada 74 cm (biasa), 79 cm (tarik nafas) 
7) Sihat fizikal & mempunyai penglihatan yang baik.
    * boleh memakai cermin mata 


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus berhubung dengan pihak yang berkenaan:

Unit Pengambilan & Promosi 
Jabatan Pendidikan Tentera, 
Maktab Tentera Diraja.

Tel : 03-89465562/5565 (Isnin-Jumaat 8.15am-5.00pm)


** Untuk gambaran kasar proses pembelajaran & lifestyle di MTD, boleh baca pengalaman saya melalui pautan dalam blog ini (klik page MTD di bahagian atas).

Pautan luar tentang MTD:

Portal Rasmi MTD 

FB rasmi : Maktab Tentera Diraja 

Bagi mengetahui aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun di MTD, boleh layari laman berikut:
YouTube IMC MTD 

Friday 13 July 2018

Bahan Tambah Dalam Detergen

Terdapat pelbagai bahan yang ditambah ke dalam detergen bagi tujuan untuk meningkatkan keberkesanan pencuciannya. Terdapat juga bahan yang ditambah bagi tujuan-tujuan yang tertentu. 

Berikut merupakan antara bahan tambah dalam detergen beserta fungsinya: 

1. Enzim Biologi 
    Fungsi : Meningkatkan keberkesanan cucian dengan menguraikan kesan makanan dan kesan darah 
    Contoh : lipase, protease 

2. Agen Pemutih 
    Fungsi : Agen peluntur yang menyingkirkan warna kotoran & menjadikan pakaian lebih berseri
    Contoh : Natrium perborat, natrium hipoklorit 

3. Bahan Berpendarflour 
    Fungsi : Menyerap sinar UV dari matahari dan memancarkan cahaya biru supaya pakaian putih                        kelihatan lebih putih 

4. Pewangi (perfume
    Fungsi : mewangikan pakaian 

5. Agen Penstabil 
    Fungsi : Mengelakkan pembentukan terlalu banyak buih 
    Contoh : Etanolamida 

6. Pelembut air 
    Fungsi : Melembutkan air dengan memendakkan ion kalsium dan ion magnesium 

7. Agen antienapan 
    Fungsi : Menghalang kotoran melekat semula kepada pakaian 

8. Agen Pengering 
    Fungsi : Menjadikan detergen lebih mudah mengalir 


*Sumber: Buku Teks Kimia Ting. 5 (zon Sarawak). 

    

Aktiviti Mengkaji Keberkesanan Sabun dan Detergen


Aktiviti ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan sabun dan detergen dalam air lembut dan air liat.

Bahan-bahan & radas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan : Sabun, detergen, kain putih 10cm x 10cm, gris, air, larutan kalsium sulfat 1.0 moldm-3.
Radas : Bikar, silinder penyukat, rod kaca

kemain seronok lagi sebab boleh main marjerin hehe... 
~ marjerin ni digunakan untuk meletakkan kesan kotoran berminyak pada kain ~ 

Prosedur:

1. Sukat 100 cm3 air paip dan tuang ke dalam sebuah bikar (bikar A).
2. Sukat 100 cm3 larutan kalsium sulfat 1.0 moldm-3 dan tuang ke dalam sebuah bikar yang lain (bikar B).
3. Sukat 10 cm3 cecair sabun dan tuang ke dalam bikar bikar A dan bikar B.


4. Masukkan 2 helai kain putih yang mengandungi kotoran gris ke dalam 2 buah bikar yang telah disediakan.
5. Rendamkan kain dalam larutan sabun dan detergen dan kacau dengan menggunakan rod kaca.


6. Bilas kain dengan air bersih.
7. Perhatikan kesan pembersihan sabun ke atas kedua-dua kain.
8. Ulang langkah 1-7 dengan menggantikan cecair sabun kepada cecair detergen.


Pemerhatian:

Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dalam air liat dengan menggunakan sabun (kanan) dan detergen (kiri). 

Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dalam air lembut dengan menggunakan sabun (kanan) dan detergen (kiri). 

Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dengan menggunakan sabun dalam air liat. 

Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dengan menggunakan detergen dalam air liat. 

Agen Pencuci
Keberkesanan
Pembentukan kekat
Air lembut
Air liat
Air lembut
Air liat
Sabun
Berkesan:
kotoran gris hilang sepenuhnya

Kurang berkesan: kesan kotoran bergris masih ada
Kekat tidak terbentuk
Kekat terbentuk
Detergen
Berkesan: kotoran gris hilang sepenuhnya

Berkesan: kotoran gris hilang sepenuhnya
Kekat tidak terbentuk
Kekat tidak terbentuk

Kesimpulan:
Sabun berkesan dalam air lembut, tetapi tidak berkesan dalam air liat.
Manakala detergen berkesan dalam air lembut dan air liat.

Catatan:
* Untuk sabun, boleh gunakan cecair sabun pencuci tangan / sabun pencuci pinggan
* Pada mulanya, saya menjalankan eksperimen dengan menggunakan cecair “Lifebuoy” sebagai sabun, tetapi didapati “Lifebuoy” berkesan menanggalkan kotoran dalam air lembut dan air liat.
* Untuk meletakkan kesan kotoran berminyak pada kain, boleh gunakan marjerin. Ianya lebih mudah berbanding gris hitam & kesannya mudah untuk dilihat.
* Larutan kalsium sulfat boleh digantikan dengan larutan magnesium sulfat.