Soalan ujian
pengesahan gas merupakan salah satu soalan yang biasa ditanya dalam Kertas 2
Kimia. Biasanya soalan ini memperuntukkan 3 markah ataupun 2 markah. Ramai pelajar
yang tidak dapat markah penuh untuk soalan seperti ini bukan kerana mereka
tidak dapat menjawab atau tidak tahu. Jawapan
sudah betul, cuma tidak lengkap.
Kesilapan Umum
Berikut merupakan
antara contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar:
1. Ujian pengesahan
gas karbon dioksida
Jawapan pelajar:
- guna air kapur (X)
- air kapur menjadi keruh (Ö)
2. Ujian pengesahan
gas hidrogen
Jawapan pelajar:
- guna kayu uji bernyala (X)
- bunyi ‘pop’ terhasil (Ö)
Berdasarkan dua
contoh jawapan di atas, pelajar hanya dapat 1 markah sahaja untuk pemerhatian.
Soalan bukan
tanya perlu guna apa, tetapi perlu diterangkan bagaimana ujian tersebut
dijalankan.
3. Ujian pengesahan
gas klorin
Jawapan pelajar:
- guna kertas litmus biru (X)
- bertukar merah (X)
Dalam jawapan
bagi soalan no. 3, ada tiga kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.
i)
Tidak menyatakan bagaimana ujian tersebut
dijalankan
ii)
Tiada perkataan ‘lembap’, sepatutnya: kertas
litmus biru lembap
iii)
Point kedua tidak lengkap, apa yang bertukar
merah?
Tips Menjawab Soalan Ujian Pengesahan Gas
Bagi mendapatkan
3 markah penuh untuk soalan ujian pengesahan gas, 3 perkara berikut perlu
disertakan dalam jawapan:
1. Prosedur /
Kaedah (Procedure)
2. Pemerhatian (Observation)
3. Kesimpulan (Conclusion)
Secara ringkasnya,
ingat POC (procedure, observation, conclusion)
Ujian Pengesahan Gas
Jenis
Gas
|
Sifat
Fizik
|
Ujian
Pengesahan Gas
|
||
Prosedur (Procedure)
|
Pemerhatian (Observation)
|
Kesimpulan (Conclusion)
|
||
Oksigen
|
Tidak berwarna
|
Masukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji yang mengandungi gas
oksigen
|
Kayu uji berbara menyala
|
Menunjukkan kehadiran oksigen
|
Karbon dioksida
|
Tidak berwarna
|
Lalukan gas karbon dioksida ke dalam air kapur
|
Air kapur menjadi keruh
|
Menunjukkan kehadiran gas karbon dioksida
|
Hidrogen
|
Tidak berwarna
|
Letakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji yang mengandungi gas
hidrogen
|
Bunyi ‘pop’ terhasil
|
Hidrogen hadir
|
Gas Ammonia
|
-Tidak berwarna
-Berbau sengit
|
Masukkan kertas litmus merah lembap ke dalam tabung uji yang
mengandungi gas ammonia
|
Warna kertas litmus merah lembap menjadi biru
|
Gas ammonia disahkan hadir
|
Sulfur dioksida
|
-Tidak berwarna
-Berbau sengit & menyesakkan nafas
|
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang
mengandungi gas sulfur dioksida
|
Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah
|
Gas sulfur dioksida disahkan hadir
|
Lalukan gas sulfur dioksida ke dalam larutan kalium manganat(VII)
berasid
|
Warna ungu larutan KMnO4 berasid dinyahwarnakan
|
|||
Lalukan gas sulfur dioksida ke dalam larutan kalium dikromat(VI)
berasid
|
Warna larutan kalium dikromat(VI) berasid berubah daripada jingga
kepada hijau.
|
|||
Gas Klorin
|
-Berwarna kuning kehijauan
-Berbau sengit
|
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang
mengandungi gas klorin
|
Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah, kemudian dilunturkan
|
Gas klorin disahkan hadir
|
Nitrogen dioksida
|
-Berwarna perang
-Berbau sengit
|
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi
gas nitrogen dioksida
|
Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah
|
Menunjukkan kehadiran gas nitrogen dioksida
|
Larutkan gas nitrogen dioksida dalam air
|
Larutan tidak berwarna terhasil
|
*Tambahan:
Ujian pengesahan bagi gas hidrogen klorida, HCl
Prosedur:
1. Celupkan sebatang rod kaca dengan larutan ammonia pekat
2. Dekatkan rod kaca ke mulut tabung uji yang mengandungi gas hidrogen klorida
Pemerhatian:
Pepejal putih terbentuk
Inferens :
Pepejal putih yang terbentuk adalah ammonium klorida
Kesimpulan :
Gas hidrogen klorida disahkan hadir
*Muat turun nota ini DI SINI
Menarik. Zaman sekolah dulu suka sangat kalau buat ujikaji ni. 😀
ReplyDeleteAslam cikgu apakah Nama ujian tersebut
ReplyDeletePengesahan kehadiran oksigen dan hidrogen
DeleteAslam cikgu apakah Nama ujian tersebut
ReplyDeleteThanks for sharing, this is so beneficial cikgu :)
ReplyDeleteunderstood
ReplyDeleteSebab apa gas ammonia tidak menukarkan kertas litmus kering
ReplyDeleteGas ammonia memerlukan air untuk menunjukkan sifat alkalinya. jadi, kertas litmus perlu lembap, air tersebut akan menyebabkan gas ammonia mengion dan menghasilkan ion hidroksida yang bersifat alkali.
Deletecikgu, kaedah mengumpul gas yang terbebas macam mana?kaedah apa?
Deletekaedah sesaran air (water displacement method)
DeleteErm esk dh nk exam sains pt3.. goodluck to me tomorrow but otak aku masih kosong sbb sebelum ni cg sains kelas aku tak mengajar dowh..so ape ii aku kene usaha utk cari ilmu..esk exan dowh aku baru nk cari semua ni huhukkk..aku harap lulus je la..aku dh syukur kalau lulu siaa
ReplyDeleteCara nk kenal gas oksigen dan karbon dioksida
ReplyDeletecg gas apa yang akan dibebaskan jika kalsium karbonat ditambah ke dalam larutan asid?
ReplyDeletegas karbon dioksida
DeleteCikgu kalau asid hidroklorik pula mcm mne?
ReplyDeleteUntuk mengesahkan kehadiran asid, kita uji dengan menggunakan logam reaktif seperti magnesium atau zink.
Delete1. Masukkan serbuk Magnesium atau serbuk zink ke dalam larutan asid hidroklorik dalam tabung uji.
2. Gas tidak berwarna yang terbebas diuji dengan meletakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji.
3. Bunyi 'pop' terhasil
Selain menggunakan kertas litmus.bagaimana cara menguji gas ammonia
ReplyDeletemengapakah kertas litmus perlulah dilembapkan sebelum menguji gas terbebas?
ReplyDeletekerana gas yg berasid hanya boleh menunjukkan sifat keasidannya dengan kehadiran air.
Deletekenapa kertas litmus perlu dilembabkan
ReplyDeleteuntuk menunjukkan sifat keasidan
Deleteassalammualaikum cg , pemerhatian kehadiran gas hidrogen klorida apa yer?
ReplyDeleteGas HCl tiada bau dan warna. Jadi kita hanya nmpak gas tidak berwarna yg terbebas. Jika nak sahkan gas itu adalah HCl, boleh guna kertas litmus biru yg lembap
Deletekertas litmus biru lembap akan bertukar menjadi merah
DeleteAssalamualaikum cikgu klau soalan tanya mcm ni (Berdasarkan pemerhatian tulis inferens yang sepadan bagi semua ujian gas yang dilakukan ). Nak jawab mcm mane ye?
ReplyDeleteW'salam. Biasanya kita tulis je nama gas yg berkaitan berdasarkan pemerhatian.
DeleteContoh:
Pemerhatian : air kapur menjadi keruh
Inferens : gas karbon dioksida hadir
hello nak tanya. kalau soalan tu tanya "cadangkan satu ujian untuk mengesahkan gas tersebut?" saya nak jawab macam mana eh? terus jawab ujian kayu berbara atau tulis prosedur sekali?
ReplyDeleteKena tulis prosedur sekali beserta pemerhatian & kesimpulan seperti nota di atas
Delete