Tekanan udara merupakan tajuk bagi Bab 6 Sains Tingkatan 2. PdP akan
menjadi lebih menarik jika guru dan pelajar membuat demo di samping dapat
meningkatkan kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep. Selain daripada aktiviti
yang terdapat dalam buku teks, sebenarnya banyak lagi demo yang boleh dilakukan
untuk menunjukkan tekanan udara.
Kebanyakan demo ini telah saya jalankan bersama pelajar-pelajar saya.
1. Kembang Setaman
Bahan
diperlukan: Belon
Cara: Tiup
belon sehingga kembang.
Mengapa belon boleh mengembang?
Mengapakah belon pecah selepas ditiup
sehingga mencapai tahap maksimum?
Penerangan:
Udara
terdiri daripada zarah-zarah yang sentiasa bergerak secara rawak dan berlanggar
antara satu sama lain. Perlanggaran antara zarah-zarah udara dengan kawasan
sekeliling akan menghasilkan tekanan. Apabila udara dimasukkan ke dalam belon,
zarah-zarah udara memberikan tekanan ke atas permukaan dalam belon seterusnya
menyebabkan belon mengembang. Apabila pengembangan belon mencapai tahap
maksimum, maka belon akan pecah disebabkan oleh tekanan yang dikenakan oleh
udara.
Soalan bonus
(yang ditanya oleh pelajar):
Mengapakah
belon pecah jika dibiarkan di tengah panas?
Jawapan:
Suhu yang
tinggi menyebabkan zarah-zarah udara bergerak lebih laju. Tekanan udara dalam
belon meningkat menyebabkan belon mengembang dan akhirnya pecah.
2. Anti Graviti
Bahan diperlukan:
Gelas / bikar, air, kadbod
*saya
gunakan mounting board yang dipotong
kepada 10cm x 10cm
*gunakan
gelas kaca @ gelas plastik yang keras
Cara:
-Masukkan
air ke dalam sebuah gelas ataupun bikar sehingga separuh penuh. Untuk nampak
lebih menarik, boleh letakkan pewarna. (saya
guna penunjuk universal / metil jingga).
-Tanya pada
pelajar mengapa air dalam gelas tidak tumpah / tidak terpancut keluar.
(
kemungkinan jawapan: disebabkan graviti )
-Tambahkan
air dalam gelas / bikar sehingga penuh.
-Tutup
permukaan gelas / bikar dengan menggunakan kadbod.
-Pegang
kadbod, terbalikkan gelas, tekankan kadbod sedikit, kemudian lepaskan tangan
daripada kadbod. Perhatikan apa yang berlaku.
Mengapakah kadbod tidak jatuh?
Mengapakah air tidak tumpah daripada gelas?
Penerangan:
Tekanan
udara bertindak ke semua arah dan sentiasa ingin mencapai keseimbangan. Udara
di dalam gelas dan di luar gelas adalah sama / seimbang. Sebab itulah air di
dalam gelas tidak bergerak.
Apabila
gelas diisi penuh dengan air dan ditutup dengan kadbod, tiada udara masuk ke
dalam gelas. Jadi, tekanan udara di luar gelas lebih tinggi daripada dalam
gelas. Apabila gelas diterbalikkan, udara di luar gelas mengenakan tekanan ke
atas kadbod menyebabkan kadbod tidak jatuh dan air tidak tertumpah keluar.
3. Kertasku Terbang (flying paper)
Bahan
diperlukan: kertas A4.
Cara:
-Pegang
hujung kertas A4 dan dekatkan pada bibir. Biarkan satu lagi hujung kertas
berada di bawah.
Mengapakah hujung kertas naik ke atas?
-Pegang 2
keping kertas A4 secara melintang di kiri dan kanan mulut.
-Hembuskan
udara di tengah.
Mengapakah kedua-dua kertas mendekati antara
satu sama lain?
Penerangan:
Apabila
udara dihembus, satu kawasan bertekanan rendah terbentuk di bahagian atas
kertas. Tekanan udara yang lebih tinggi di bahagian bawah akan menolak hujung
kertas naik ke atas.
Begitu juga
apabila menggunakan dua keping kertas. Apabila udara dihembus di bahagian
tengah, kawasan bertekanan rendah terbentuk. Udara di bahagian luar kertas
mempunyai tekanan yang lebih tinggi dan menolak kertas ke arah satu sama lain.
4. Sehati Sejiwa (kissing balloon)
Bahan
diperlukan: 2 biji belon
Cara:
-Tiup
kedua-dua belon sehingga kembang.
-Pegang
belon menggunakan tangan kanan & kiri dan letakkan berdekatan mulut.
-Hembus
udara di tengah belon.
Mengapakah belon bersentuhan, tetapi tidak
berjauhan?
Penerangan:
Apabila
udara dihembus di bahagian tengah, kawasan bertekanan rendah terbentuk. Udara
di bahagian kiri dan kanan belon mempunyai tekanan yang lebih tinggi dan
menolak belon ke arah satu sama lain.
5. Belon Ajaib (balloon in a bottle)
Bahan diperlukan:
Belon, botol air mineral, penyedut minuman.
Cara:
-Buka
penutup botol air mineral. Buatkan satu lubang di bahagian bawah botol. (bukan
di dasar)
-Masukkan
belon ke dalam botol dan lekatkan mulut belon di mulut botol.
-Sedut udara
dalam botol melalui lubang yang dibuat tadi dengan menggunakan penyedut
minuman.
-Tutup
lubang udara menggunakan ibu jari
-Buka lubang
udara. Apakah yang berlaku seterusnya?
Bagaimanakah belon boleh mengembang walaupun
tidak ditiup?
Mengapakah belon tidak mengempis walaupun
udara tidak lagi disedut keluar?
Penerangan:
Apabila
udara disedut keluar daripada botol, tekanan udara dalam botol menjadi rendah.
Tekanan udara yang lebih tinggi di luar botol akan menolak udara di luar masuk
ke dalam botol. Udara tersebut masuk ke dalam belon menyebabkan belon
mengembang.
Walaupun
kita sudah tidak menyedut udara keluar daripada botol, belon di dalam botol
tidak mengempis kerana lubang udara ditutup. Jadi, tiada udara masuk ke dalam
botol.
Tekanan udara dalam botol & di luar botol mencapai keseimbangan.
Apabila
lubang udara dibuka, udara dari luar masuk ke dalam botol dan mengenakan
tekanan ke atas belon. Maka, udara dari belon akan keluar dari atas menyebabkan
belon mengempis.
6. Air Pegun (static water)
Bahan
diperlukan: Botol air mineral, air, pin
Cara:
-Isikan air
ke dalam botol air mineral sehingga penuh. Masukkan pewarna untuk lebih
menarik. Tutup botol tersebut.
-Cucukkan
botol air mineral menggunakan pin.
-Tanya pada
pelajar apakah yang akan berlaku jika pin tersebut ditarik.
-Tarik pin,
biarkan lubang tersebut terbuka.
-Picit
sedikit botol air tersebut.
-Buka penutup
botol, kemudian tutup semula.
Mengapakah air daripada botol tidak keluar walaupun terdapat lubang?
Penerangan:
Walaupun terdapat lubang pada botol, air tidak terpancut keluar kerana tekanan udara di dalam dan di luar botol adalah sama, kecuali apabila botol dipicit. Setelah dipicit, tekanan dikenakan ke atas botol menyebabkan air terpancur keluar.
Apabila penutup botol dibuka, udara dari luar masuk ke dalam botol meningkatkan tekanan udara dan menyebabkan air terpancut keluar daripada botol.
Apabila botol
ditutup semula, tiada udara masuk, tekanan udara di luar dan di dalam botol
kembali seimbang. Jadi, air tidak terpancut keluar.
7. Emm….nyamannya…
(nyaman = sedap dalam bahasa iban)
Bahan
diperlukan: Botol air / gelas minuman / bikar, air minuman, penyedut minuman,
gunting
Cara:
-Dengan menggunakan gunting, buatkan satu
lubang kecil pada penyedut minuman. (pastikan lubang berada di atas paras air
dalam gelas)
-Minta
pelajar untuk cuba minum air dalam gelas dengan menggunakan penyedut minuman
tersebut.
gambar diedit daripada Google Image
Mengapakah air tidak dapat diminum
menggunakan penyedut minuman yang berlubang?
Bagaimanakah cara yang perlu dilakukan
supaya air dapat disedut masuk?
Penerangan:
Walaupun
udara dalam penyedut minuman disedut keluar, udara dari luar akan masuk melalui
lubang yang dibuat tadi. Tekanan udara seimbang di luar dan dalam penyedut
minuman.
Untuk minum
menggunakan penyedut minuman tersebut, tutup lubang menggunakan jari.
Udara dari
dalam penyedut minuman disedut keluar. Tekanan udara dalam penyedut minuman
menjadi rendah. Tekanan udara di luar yang lebih tinggi akan menolak air masuk
ke dalam penyedut minuman.
8. Air pancut (water fountain)
Bahan
diperlukan:
Botol /
kelalang kon (atau mana-mana
radas makmal yang sesuai), air berwarna, penyedut minuman
Tips:
*gunakan botol / radas yang mempunyai
bukaan atas yang kecil supaya mudah ditutup
*gunakan penyedut minuman yang agak
pendek.
Cara:
-Masukkan
air berwarna ke dalam botol / kelalang kon.
-Masukkan
penyedut minuman. Tutup mulut botol / kelalang kon menggunakan gabus atau
plastisin. Pastikan tiada sebarang ruang udara di sekeliling penyedut minuman.
-Hembuskan
udara ke dalam penyedut minuman selama beberapa saat. (jika penyedut minuman
panjang, perlu hembus dengan lebih kuat & lama)
-Dengan
pantas, alihkan mulut daripada penyedut minuman dan perhatikan apa yang
berlaku.
Bagaimanakah air boleh terpancut ke atas?
Penerangan:
Apabila
udara dalam penyedut minuman dihembus keluar ke bawah, tekanan udara dalam
penyedut minuman menjadi rendah. Tekanan udara dalam botol / kelalang kon yang
lebih tinggi akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman dan keluar ke
atas.
9. Cepat Minum!
(Pertandingan
minum air menggunakan 2 straw)
Bahan diperlukan:
Gelas / bikar, air minuman, 2 batang penyedut minuman
Cara:
-Masukkan
air minuman ke dalam gelas.
-Masukkan
sebatang penyedut minuman ke dalam air.
-Letakkan
sebatang lagi penyedut minuman di sebelah penyedut minuman pertama di mana
hujungnya diletakkan di bahagian luar.
-Minum
dengan menggunakan 2 penyedut minuman tersebut.
-Berikan
ganjaran kepada pelajar yang paling cepat dapat menghabiskan air dalam
gelas.
Mengapakah air tidak dapat masuk ke dalam
penyedut minuman?
Bagaimanakah caranya untuk minum menggunakan
2 penyedut minuman itu?
Penerangan:
Walaupun
udara dalam penyedut minuman pertama disedut keluar, udara dari luar akan masuk
melalui penyedut minuman yang kedua. Tekanan udara menjadi seimbang.
Untuk minum
menggunakan penyedut minuman tersebut, tutup hujung bawah penyedut minuman
kedua menggunakan jari ataupun tutup hujung atas (dalam mulut) menggunakan
lidah.
Udara dari
dalam penyedut minuman disedut keluar. Tekanan udara dalam penyedut minuman
menjadi rendah. Tekanan udara di luar yang lebih tinggi akan menolak air masuk
ke dalam penyedut minuman.
10. Semburan kabus (straw atomizer)
Bahan
diperlukan: Bikar, air berwarna, penyedut minuman
Cara:
-Masukkan
air ke dalam bikar
-Guntingkan
penyedut minuman di bahagian tengah sehingga hampir putus. Bengkokkan penyedut
minuman sebanyak 90o.
-Masukkan
penyedut minuman ke dalam air.
-Hembuskan
udara ke dalam penyedut minuman yang berada di bahagian atas.
Bagaimanakah titisan cecair yang keluar
terhasil?
Penerangan:
Apabila
udara di bahagian atas dihembus dengan laju, kawasan bertekanan rendah
terbentuk. Tekanan udara yang lebih tinggi dalam bikar menolak air masuk ke
dalam penyedut minuman dan keluar ke atas. Cecair yang keluar di bahagian atas
dipecahkan kepada titisan-titisan cecair yang kecil oleh udara yang laju.
Catatan:
*rujukan
buku teks Sains ting. 2 (m/s 172) dan video di YouTube menunjukkan aktiviti ini
menggunakan 2 batang penyedut minuman.
*akan
tetapi, pelajar gagal melakukannya walaupun mencuba banyak kali
*jadi, kami
menggunakan 1 batang penyedut minuman sahaja yang digunting di tengah tanpa
putus.
*demo ini
lebih mudah dilakukan menggunakan penyedut minuman yang lebih pendek.
*penyedut
minuman di bahagian atas perlu dihembus dengan kelajuan udara yang tinggi bagi
memastikan tekanan udara di bahagian atas betul-betul rendah.
*pertama
kali mencubanya dengan pelajar ting.2 tidak berjaya. Kali kedua mencuba, hanya
pelajar lelaki yang berjaya. Pelajar ting.4 dapat melakukannya dengan lebih
mudah.
Lihat videonya DI SINI
11. Alamak, pembarisku patah!
Bahan
diperlukan: Pembaris kayu, kertas surat khabar (besar)
Cara:
-Hamparkan
sekeping kertas suratkhabar di atas meja / sebarang permukaan rata.
-Letakkan
sebahagian pembaris kayu di bawah kertas suratkhabar, sebahagian lagi
‘tergantung’ di tepi meja.
-Gosok
kertas suratkhabar bagi mengeluarkan semua udara yang berada di bawahnya.
Mengapakah pembaris kayu patah?
Penerangan:
Setelah
semua udara dikeluarkan dari bawah kertas suratkhabar, tekanan udara yang
tinggi di atas menekan kertas suratkhabar tersebut serta pembaris yang berada
di bawahnya. Disebabkan satu hujung pembaris ‘ditekan’ oleh udara, apabila
hujung yang satu lagi ditekan, maka pembaris tersebut akan patah.
12. Tikar atmosfera (atmospheric mat)
Bahan
diperlukan: Tikar atmosfera, bangku kayu
Cara:
-Letakkan
& ‘gosokkan’ tikar atmosfera di atas bangku kayu (permukaan rata)
Bagaimanakah bangku kayu boleh diangkat oleh
tikar atmosfera yang kecil?
Penerangan:
Semasa tikar
atmosfera digosok, semua udara dikeluarkan dari bawah tikar atmosfera. Tekanan
udara yang tinggi di atas menekan tikar atmosfera tersebut ke atas permukaan
bangku kayu. Apabila tikar atmosfera tersebut diangkat, bangku kayu akan
terangkat bersama.
13. Marshmallow
mengembang
Bahan
diperlukan: Marshmallow, pam vakum.
Cara:
-Masukkan
seketul marshmallow ke dalam sebuah
bekas yang disambung kepada pam vakum.
-Hidupkan
suis pam vakum
Mengapakah marshmallow mengembang?
Penerangan:
Apabila pam
vakum dihidupkan, semua udara dikeluarkan dari dalam bekas. Tekanan udara dalam
bekas berkurang. Udara yang terkandung dalam marshmallow mempunyai tekanan yang lebih tinggi. Tekanan udara yang
tinggi dalam marshmallow menolak
permukaan marshmallow menyebabkannya
mengembang.
Lihat videonya DI SINI
14. Belon udara panas.
Bahan
diperlukan: Belon, besen berisi air panas, botol kaca / kelalang kon
Cara:
-Masukkan
botol kaca / kelalang kon dalam sebuah besen berisi air panas.
Bagaimanakah belon boleh mengembang?
Penerangan:
Air panas
meningkatkan suhu udara dalam kelalang kon. Zarah-zarah udara bergerak dengan
lebih laju dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Udara dari dalam
kelalang kon akan keluar dan masuk ke dalam belon. Udara panas yang bertekanan
tinggi akan menolak dinding belon menyebabkan belon mengembang.
15. Kemekkan tin (crushing can)
Bahan
diperlukan: Tin aluminum, penunu Bunsen, besen, ais
Cara:
-Masukkan
sedikit air ke dalam tin aluminium.
-Panaskan
tin aluminium sehingga air mendidih dan bertukar menjadi wap.
-Tin yang
panas dimasukkan ke dalam besen yang berisi ais.
Mengapakah tin menjadi kemek selepas
direndam dalam ais?
Penerangan:
Semasa
pemanasan, udara dalam tin mengembang. Zarah-zarah udara bergerak dengan lebih
laju dan meningkatkan tekanan udara dalam tin. Apabila tin direndam dalam ais,
udara dalam tin mengecut (compressed),
zarah-zarah bergerak mendekati satu sama lain. Tekanan udara dalam tin menjadi
rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menekan permukaan luar tin
menyebabkan tin menjadi kemek.
16. Telur jatuh lubang.
Bahan
diperlukan: Botol kaca / kelalang kon, telur rebus, kertas kecil, mancis.
Bagaimanakah cara untuk memasukkan telur ke
dalam botol?
Cara:
-Kupas kulit
telur. Pastikan mulut botol kaca / kelalang kon lebih kecil daripada saiz
telur.
-Bakar
sekeping kertas kecil dan masukkan ke dalam botol.
Bagaimanakah telur boleh jatuh ke bawah
walaupun saiznya lebih besar daripada mulut botol?
Penerangan:
Semasa
kertas terbakar, udara dalam botol mengembang. Zarah-zarah udara bergerak
menjauhi antara satu sama lain. Udara dari dalam botol keluar dengan laju
menyebabkan telur bergetar. Setelah api padam, suhu dalam botol menurun,
zarah-zarah udara mengecut (compressed).
Tekanan udara dalam botol menjadi rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di
luar menekan telur untuk masuk ke dalam botol.
17. Belon jatuh gaung
Bahan
diperlukan: Belon, botol kaca / kelalang kon, kertas kecil, mancis, penyedut minuman.
Cara:
-Isikan air
ke dalam belon (saiz besar sedikit daripada mulut kelalang kon). Jangan terlalu
besar.
-Nyalakan
sekeping kertas dan masukkan ke dalam kelalang kon.
-Letakkan
belon berisi air di atas kelalang kon.
Bagaimanakah belon boleh jatuh ke dalam
kelalang kon?
Penerangan:
(sama
seperti demo #16)
Semasa
kertas terbakar, udara dalam kelalang kon mengembang. Zarah-zarah udara
bergerak menjauhi antara satu sama lain. Udara dari dalam kelalang kon keluar
dengan laju menyebabkan belon bergetar. Setelah api padam, suhu dalam kelalang
kon menurun, zarah-zarah udara mengecut (compressed).
Tekanan udara dalam kelalang kon berkurang. Tekanan udara yang lebih tinggi di
luar menekan belon untuk masuk ke dalam botol.
Bagaimanakah caranya untuk mengeluarkan
kembali belon tersebut?
Jika kita
cuba mengeluarkan belon tersebut, ia akan tersekat di mulut kelalang kon. Keadaan
ini menghalang udara luar daripada masuk ke dalam kelalang kon. Untuk
mengeluarkannya dengan mudah, kita perlu meningkatkan tekanan udara dalam
kelalang kon.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk
meningkatkan tekanan udara dalam kelalang kon?
Masukkan
sebatang penyedut minuman ke dalam kelalang kon. Walaupun belon tersekat di
mulut kelalang kon, udara dari luar akan masuk ke dalam melalui penyedut
minuman dan menolak belon keluar.
Catatan:
*sekiranya
api kertas telah terpadam tetapi belon masih belum jatuh ke bawah, ulang semula
eksperimen, gunakan kertas yang lebih besar sedikit.
*sebelum
itu, biarkan dulu kelalang kon tadi seketika bagi memastikan karbon dioksida yang
ada dalam kelalang kon keluar dan oksigen masuk ke dalam (bagi membantu pembakaran) ataupun guna saja kelalang kon yang lain.
Rumusan:
1. Tekanan
udara bertindak ke semua arah.
2. Tekanan udara
bertambah apabila suhu bertambah.
3. Tekanan
udara berkurang apabila isipadu bertambah.
*Rujuk DI SINI untuk Aplikasi Tekanan Udara
Bagaimanakah cara cikgu menjalankan semua aktiviti ini? Adakah hanya seorang pelajar melakukan aktiviti dan pelajar lain memerhati? Kemudian, cikgu buat penerangan. Atau cikgu buat stesen yang membolehkan pelajar mencuba semua aktiviti?
ReplyDeleteAkt. 1,3,4,11,14,16 sy demo di dpan sbb akt.smple / sbb nk jimat bahan esp. pembaris kayu. pilih plajar brbeza utk buat demo.
DeleteAkt. 12,13 x buat sbb x ada bahan, just tnjuk vdeo drpd youtube.
Akt. 2,5,6,7,8,9,10,15,17 plajar buat dlm group. sy brgerak dr 1 grup ke 1 grup utk explain. bahan2 sperti tin, botol air dsb. mnta plajar bwk sndiri.
Altogether mkan masa 4 waktu pdp utk habiskan smua xtvt.
Lastly, sruh mereka jwab soalan dr buku teks n handout sbg pngukuhan.
terima kasih cikgu! esok dah nak kena tunjuk salah satu eksperimen yang menggunakan tekanan udara! saya pilih yang kertas A4 tu! simple dan mudah! dapat juga pelajaran! sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih ya cikgu! :)
ReplyDeleteCikgu, saya kena buat pembentangan tekanan udara tentang botol air.. mengapa apabila penutup botol tertutup.. air tidak boleh mengalir keluar.. tapu mengapa apabila penutup dibuka ataupon terdapat lubang.. air itu boleh keluar? Hope cikgu bole bntu fatin:)
ReplyDeleteCikgu, saya kena buat pembentangan tekanan udara tentang botol air.. mengapa apabila penutup botol tertutup.. air tidak boleh mengalir keluar.. tapu mengapa apabila penutup dibuka ataupon terdapat lubang.. air itu boleh keluar? Hope cikgu bole bntu fatin:)
ReplyDeleteCikgu terangkan perubahan isi padu dan tekanan udara belon apabila ia bergerak lebih tinggi..tolong jawab terima kasih
ReplyDeletedi tempat tinggi tekanan udara rendah. tekanan udara yg lebih tinggi dalam belon menyebabkan belon mengembang dan boleh pecah. isipadu udara dalam belon tak berubah, isipadu belon yg bertambah disebabkan tekanan udara dalam belon
DeleteCikgu terangkan perubahan isi padu dan tekanan udara belon apabila ia bergerak lebih tinggi..tolong jawab terima kasih
ReplyDeleteCikgu terangkan perubahan isi padu dan tekanan udara belon apabila ia bergerak lebih tinggi..tolong jawab terima kasih
ReplyDeleteCikgu terangkan perubahan isi padu dan tekanan udara belon apabila ia bergerak lebih tinggi..tolong jawab terima kasih
ReplyDeletecikgu... kenapa kalau kita genggam telur tak pecah tapi kalu kita ketuk hujung mankuk ia pecah?
ReplyDeleteItu disebabkan oleh tekanan n daya yg dikenakan. Tekanan = daya / luas permukaan. Fizik ting. 4
DeleteItu disebabkan oleh tekanan n daya yg dikenakan. Tekanan = daya / luas permukaan. Fizik ting. 4
DeleteG
ReplyDeleteG
ReplyDeleteCikgu... tolong terangkan macam mana kuning telur boleh diasingkan dengan botol. Saya harap cikgu boleh bantu saya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethank you for this notes
ReplyDeleteCikgu ..saya nak tanya kenapa belon bila dicucuk dgn 1 paku ...dia meletup..tapi kalau banyak paku...x meletup....minta cikgu blh terangkan
ReplyDeleteLuas permukaan paku bertambah, tekanan berkurang
Deletecikgu sya nk tnya.. klau ada lubang kat botol, boleh ke telur tu disedut masuk..mintk penerangan cikgu
ReplyDeleteSalam Cikgu, sya nak tnya, mengapa tayar basikal sedikit Kempis apabila cuaca sejuk?
ReplyDeleteMengapa. Belon bergerak ke atas
ReplyDeleteSebab pakai gas helium laa
DeleteCikgu,saya nak tanya, kenapa bila kita nak letupkan belon yang dah ada udara kat dalam,(guna jarum peniti) kena tampal pita selofan dulu
ReplyDeleteSupaya belon tak meletup. Udara dari dalam belon akan keluar perlahan-lahan.
DeleteCikgu... Kenapa air tidak masuk ke dalam cawan apa bila cawan ditelangkupkan kedalam akuarium yang berisi air
ReplyDeleteKerana terdapat udara dalam cawan. Udara dalam cawan mengenakan tekanan ke atas air, menyebabkan air tidak dapat masuk ke dalam cawan.
Deletesalam cikgu nurul . saya nak bertanya . bagaimanakah cara sekiranya belon yg banyak diikat menjadi satu dan apabila seorang dduk di atas belon tu ianya tidak meletup . ada tips ke?
ReplyDeletesalam.. cikgu apa jadi kalau kelalang kon yg ade belon tu dipindahkan drpd air panas ke air sejuk....tlg jwb terima kasih
ReplyDeletebelon akan kempis, kerana udara dalam belon mengecut (contract)
DeleteExperiment 9.mengapa kertas itu mendekati antara satu Sama lain?
ReplyDeleteTekanan udara yang rendah di antara kepingan kertas, tekanan udara di luar lebih tinggi.
DeleteKenapa belon yg berisi gas helium bergerak ke atas..ada kaitan dengan tekanan ke??atau hanya kaitan dengan ketumpatan??
ReplyDeleteGas helium kurang tumpat daripada udara. Ini kerana jisimnya sangat ringan. Jika nak kaitkan dengan tekanan udara, dalam belon yang berisi gas helium, tekanan udara kurang.
DeleteCikgu, sy nak tanya. Kenapa bila air panas dimasukkan ke dalam botol air, botol air tu kemik.
ReplyDeleteBila masukkan air panas dalam botol plastik, udara dalam botol mengembang. Apabila penutup botol ditutup, udara dalam botol mula menyejuk menyebabkan botol plastik mengecut.
Deletecikgu, sy nk tanya. Kenapa bila botol kemik yang bertutup dimasukkan ke dalam besen yang ada air panas, lepas 5 saat keluar dari besen, botol tu mengembang eh?
ReplyDeleteSemasa direndam dalam air panas, suhu udara dalam tin meningkat, tekanan udara dalam tin juga meningkat. Tekanan udara dalam tin menolak permukaan tin yang kemek dari dalam.
Delete