Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk
beku. Aktiviti kali ini menunjukkan aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam
masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk. Caranya adalah
dengan menyejukkannya di antara ketulan ais yang direndahkan takat bekunya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 2 kotak susu segar (perisa terpulang pada individu)
2. ¼ tin susu pekat manis (nak guna gula pun boleh)
3. Plastik aiskrim
4. Ais secukupnya
5. Garam kasar
Cara-caranya:
1. Campurkan susu segar dan susu pekat.
2. Masukkan campuran aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan ikat dengan
ketat
3. Letakkan ais dalam besen @ tong ais
4. Taburkan garam kasar ke dalam ais (untuk merendahkan takat beku)
5. Masukkan aiskrim ke dalam besen / tong ais, kemudian tutup
6. Goyangkan besen / tong ais sehingga aiskrim beku (antara 20-30
minit)
Tips:
*Saiz aiskrim yang lebih kecil menjadikannya lebih cepat membeku
*Tekstur aiskrim ini adalah lembut (kerana menggunakan susu). Jadi, ia tidak akan mengeras
seperti ais batu.
Konsep:
> Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, jirim terdiri daripada 3
keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
> Air tulen akan membeku pada takat bekunya, iaitu 0oC.
> Kehadiran bendasing (garam) akan merendahkan takat beku ais, iaitu
antara -1 oC sehingga -6 oC
> Jadi, pada suhu 0oC, ais akan mencair kerana ia belum mencapai takat bekunya
> Semasa proses peleburan ini, ais / air menyerap haba daripada persekitaran (dalam kes ini, aiskrim kita). Aiskrim yang kehilangan tenaga haba pula akan membeku.
> Suhu ais yang mencair ini adalah lebih rendah daripada suhu ais biasa.

> Suhu ais yang lebih rendah akan dapat membekukan cecair lain
(aiskrim) dengan lebih mudah
(p/s: penerangan konsep adalah bergantung kepada m/p yang diajar, tahun / tingkatan yg diajar & tahap penerimaan murid. penerangan bagi m/p Kimia dan Fizik mungkin sedikit berbeza)
(p/s: penerangan konsep adalah bergantung kepada m/p yang diajar, tahun / tingkatan yg diajar & tahap penerimaan murid. penerangan bagi m/p Kimia dan Fizik mungkin sedikit berbeza)
Bacaan Lanjut:
https://stuffexplained.wordpress.com/2012/08/06/adding_salt_to_ice_in_a_cooler/
https://www.inverse.com/article/10544-if-salt-melts-snow-and-ice-why-is-it-essential-in-making-ice-cream
# Muat turun nota ini
p/s: best rasa aiskrim ni sebab teksturnya lembut kerana menggunakan susu. tak perlu pun blend sepertimana kebanyakan resepi aiskrim lain.