Selari dengan perkembangan dunia pendidikan yang menuju ke arah pembudayaan KBAT, awal tahun 2017 kami mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam PdPc bagi abad ke-21 peringkat Panitia Sains. Saya diminta oleh Ketua Panitia untuk menjadi penceramah bagi sesi LDP ini.
Sesi LDP dijalankan secara santai. Sementelahan pula anggota panitia kami tidak ramai, cuma 5 orang sahaja.
Kaedah PdPc abad ke-21 yang dibincangkan adalah kaedah-kaedah yang telah saya sendiri aplikasikan serta yang dirasakan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar kami.
Antara strategi PdPc abad ke-21 yang kami kongsikan adalah:
1. Round Robin
2. Rally Robin
3. Rally Coach
4. Think Pair Share
5. Team Pair Solo
6. Jigsaw
7. Give One, Get One
8. Carousel Brainstorm
9. Gallery Walk
10. 2 Stay, 2 Stray
11. Hot Seat
Turut dikongsikan adalah teknik-teknik kawalan kelas seperti Quiet Signal, Kad Traffic Light & Give Me Five. Saya sendiri sering menggunakan teknik Quiet Signal. Memang berkesan! (at least untuk pelajar saya lah...)
Penjelasan bagi setiap teknik & strategi di atas boleh dirujuk dalam slaid power point yang boleh dimuat turun di bawah:
Semoga Bermanfaat!