Pengenalan
Sudah menjadi kelaziman, hampir setiap tahun para putera MTD akan menyertai Kem Kepimpinan Putera Ting. 5 & Kem Jati Diri Ting. 4 semasa cuti sekolah. Kebiasaannya, kem ini diadakan semasa cuti penggal 1, namun memandangkan tahun ini kita akan menyambut bulan Ramadan pada masa itu, maka kem ini diawalkan ke cuti pertengahan penggal pertama.
Kem pada tahun ini melibatkan Outward Bound School (OBS), Pelayaran Tunas Samudera, ekspedisi mendaki Gunung Tahan, Taman Negara Bako, Taman Negara Mulu serta lawatan ke kolej-kolej tentea (ATD Port Dickson, KDSI Lumut & KTU Alor Setar) bagi putera Ting. 5. Pemilihan putera ke tempat-tempat ekspedisi adalah berdasarkan pangkat serta prestasi mereka dalam akademik, latihan ketenteraan dan juga sukan & ko-kurikulum. Manakala semua putera Ting. 4 terlibat dengan kem jati diri di Benta, Pahang.
Pada mulanya, saya ingin menyertai ekspedisi ke Taman Negara Bako (kononnya sebab nak mengelak dari Mulu kerana Mulu agak mencabar), namun sudah tertulis rezeki saya untuk bersama Putera-putera Terbaik Sukan untuk ke Mulu. Maka, redha sajalah........
Ekspedisi ke Mulu pada kali ini berlangsung selama 5 hari, iaitu pada 17-21 Mac 2018 dengan disertai oleh 26 orang putera bersama 2 orang guru, 1 KSM, 2 orang staf, 1 orang staf perubatan & seorang pegawai tentera yang bertindak sebagai Ketua Ekspedisi.
Perjalanan Bermula
Seawal jam 6.15 pagi, kami semua bertolak dari maktab menuju ke Pangkalan Udara TUDM di Subang. Kami tidak menggunakan pesawat komersial, sebaliknya menaiki pesawat tentera. Kami dikira sangat bertuah kerana berpeluang untuk merasai terbang bersama pesawat Airbus 400M, yang baru dibeli oleh TUDM pada tahun 2016. Disebabkan ini adalah merupakan pesawat tentera, maka susunan tempat duduknya juga berbeza daripada pesawat biasa.
Pesawat A400M
Dalam perjalanan, kami diberi peluang untuk naik ke ruang kokpit pesawat, cuma gambar-gambar dalam ruang kokpit are private and confidential.
Taklimat oleh Juruterbang penerbangan yang akan membawa kami
Bacaan doa sebelum menaiki pesawat yang diketuai oleh Putera Sarjan Aiman Haqim
Kami mendarat di Pangkalan Udara Kuching di mana di sini 3 kumpulan ekspedisi (Tunas Samudera, Bako & Mulu) akan meneruskan perjalanan masing-masing secara berasingan.
Dari Kuching, kami menuju ke Mulu dengan pesawat yang lebih kecil, iaitu CN235. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan kami selamat tiba di Mulu pada jam 1345H.
Pesawat CN235
Ketua ekspedisi Mulu, Mejar Khairil Hakimin (2 dari kanan)
Seterusnya, kami terus menuju ke tempat penginapan kami sepanjang ekspedisi ini, iaitu di Benarat Lodge. Di sini, mereka menggunakan panel solar serta generator bagi membekalkan air & elektrik. Generator ditutup pada jam 6.30 pagi. Sapa bangun lambat, lambatlah dapat mandi jawabnya. Waktu petang tengah panas pun tetiba generator boleh ditutup. Sabar je lahh......
Tempat makan, Sg. Pala Restaurant
Tempat penginapan putera
Tempat penginapan guru & staf
Aktiviti Hari Pertama
Aktiviti pertama di Mulu terus bermula pada petang tersebut, di mana kami dibawa ke puncak Pala Hill oleh Mr Nil. Kami cuma berjalan kaki dari tempat penginapan, kemudian menelusuri belukar sehinggalah tiba di puncak bukit. Semasa di sana kami mendengar cerita tentang asal usul nama Pala Hill serta asal usul nama Mulu.
A walk in the evening
Mendengar penerangan oleh Mr Nil
Suatu ketika dahulu, ada 2 puak yang berperang di situ. Pihak yang kalah dipancung kepalanya dan digantung di bukit tersebut, Dari situlah, bukit itu dinamakan sebagai Pala Hill.
Aktiviti riadah ringan di Pala Hill
Manakala, nama Mulu pula berasal dari Kg. Orang Ulu. Apabila orang barat datang, mereka melihat di sini banyak gunung, jadi mereka menggabungkan nama "mountain" dengan "ulu", maka terhasillah nama Mulu.
There's also a local joke where MULU is said to be an acronym for Miss U Love U. hehe....
Gambar & cerita belakang tabir:
Mej. Khairil tengah pening kepala sebab line telefon tak ada. haha....
We were quite shocked to realize that there's no internet line in Mulu. Line telefon pun tengah-tengah malam buta baru ada, itupun kalau nasib baik. SMS & call je boleh, whatsapp langsung tak dapat (kecuali En. Saiful je yang dapat). Kalau dapat pun, whatsapp boleh masuk je lepas 2,3 hari, tapi tak boleh send.
5 hari di Mulu, 5 hari kami terputus hubungan dengan dunia luar. Memang nak suruh kita betul-betul menikmati keindahan alam je kat Mulu ni, tanpa gangguan lain.
My rate for the first activity : 6/10