Bermula pada hari kedua, kami memulakan aktiviti di Taman Negara Mulu. Di sana, kita akan diberikan satu 'tagging' untuk membolehkan kita masuk ke Taman Negara Mulu, di mana 'tagging' ini tidak boleh ditanggalkan sehinggalah hari terakhir kita menjalankan aktiviti dalam Taman Negara.
Aktiviti yang kami jalankan pada hari kedua adalah:
1. Botany Walk
2. Melawat Gua Rusa
3. Melawat Gua Lang
4. Melihat "Bat Exodus"
Botany Walk
Usai sarapan di tempat penginapan, kami terus menuju ke Taman Negara Mulu. Terlebih dahulu kami dibawa masuk ke sebuah galeri ala-ala musium yang memperlihatkan sejarah Mulu selain bentuk muka bumi di Mulu serta Sarawak secara amnya.
Pintu masuk galeri
Seterusnya, kami memulakan perjalanan untuk menikmati flora dan fauna hutan hujan tropika yang ada di Taman Negara Mulu melalui Mulu Botanical Heritage Trail. Kami hanya perlu berjalan melalui laluan yang telah disediakan sejauh 1.5 km. Dalam masa 45 minit, kami sudah berpatah balik dan tiba semula di tempat permulaan Botany Walk.
Memulakan perjalanan
Secara jujurnya, saya tidak merasakan kami mendapat faedah yang banyak melalui aktiviti Botany Walk ini, selain mengeluarkan peluh dan mengambil foto setiap 100m. hahaha.... Hanya rasa seperti bersiar-siar di taman rekreasi tanpa sebarang penerangan daripada Tour Guide. Berbeza dengan pengalaman saya semasa ke Taman Botani Putrajaya, di mana Tour Guide akan menerangkan setiap spesies flora yang ada.
Botany Walk : fun, but not meaningful.
My rate for this activity : 2/10
Gua Rusa
Kami ke Gua Rusa selepas makan tengah hari. Antara keperluan yang perlu dibawa sebelum masuk ke dalam gua adalah lampu suluh, baju hujan (just in case klu hujan masa dalam perjalanan, tapi kitorang tak guna pun) & penutup hidung (jika anda adalah spesies yang tak boleh tahan bau guano, iaitu tahi kelawar. hehe....) serta pakaian yang sesuai bersama kasut sukan.
Gua ini dinamakan Gua Rusa kerana suatu ketika dahulu, kawanan rusa selalu datang ke gua ini. Ia mempunyai laluan gua yang terbesar di dunia dengan keluasan 174m lebar x 122m tinggi dan sejauh lebih 2km panjang.
Gua Rusa merupakan gua pertama yang saya jejaki selama saya hidup, yang akhirnya berjaya membuka mata dan minda saya serta merubah 100% mindset saya terhadap gua. Sejujurnya, saya tidak pernah merasakan bahawa gua adalah suatu tempat yang menarik untuk dilawati dan tak mungkin saya merancang untuk pergi sendiri.
Namun rupa-rupanya gua merupakan suatu tempat yang begitu menakjubkan untuk dihayati. Terlalu banyak struktur hebat ciptaan Tuhan yang akan mengingatkan akan kekerdilan diri, apatah lagi apabila berada dalam sebuah tempat yang begitu luas dan gelap.
Struktur gua yang membentuk wajah Abraham Lincoln, bekas Presiden Amerika
Laluan dalam gua, untuk pakej lawatan biasa. Jika ambil pakej Advanced Caving, mereka akan guna laluan semulajadi dalam gua yang lebih mencabar
Garden of Eden: suatu kawasan dalam gua yang menerima cahaya matahari, menyebabkan terbentuknya suatu kawasan hutan hijau.
Bila terperap dalam tempat gelap gelita, bila nampak cahaya & hijau, rasa macam nampak 'syurga dunia' hehe.....
My rate for Deer Cave : 10/10
Gua Lang
Gua Lang terletak berdekatan dengan Gua Rusa. Ianya gua yang paling kecil dalam senarai 4 gua yang kami lawati. Namun, ia tetap tidak kalah dengan struktur stalaktit dan stalagmit yang mengagumkan serta pembentukan struktur seperti obor-obor (jellyfish formation).
Rupa-rupanya salah seorang Tour Guide kami merupakan cucu kepada orang yang menjumpai Gua Lang ini.
My rate for Lang's Cave : 8/10
Bat Exodus
Setelah selesai lawatan di Gua Rusa dan Gua Lang, kami menuju ke Bat Observatory Area, suatu tempat khas di mana kami akan melihat penerbangan kelawar yang keluar dari gua. Rasa macam agak kelakar pada mulanya, namun ia memang suatu pengalaman yang mengasyikkan, sehingga tidak sedar waktu yang berlalu.
Ruang rehat yang disediakan di situ sementara menunggu kelawar mula keluar
Bat Observatory Area yang dibina khas untuk tujuan menyandar 45 darjah bagi memudahkan kita mendongak ke atas
Difahamkan mengikut kajian terkini, jumlah kelawar yang terbang dalam satu kumpulan boleh mencecah sehingga 6 angka. Mereka terbang secara berkumpulan, bermula dengan terbang naik secara 'spiral' semasa keluar dari pintu gua menuju ke atas, kemudian membentuk pula pelbagai formasi yang lain.
Biasanya, geng kelawar akan mula keluar bermula jam 5 petang ke atas untuk mencari makanan dan pulang sebelum subuh. Sebab itulah, Mulu Airport menutup operasinya seawal jam 4.00 petang, tiada lagi penerbangan selepas waktu tersebut kerana ingin mengelakkan risiko pesawat dilanggar kelawar.
My rate for Bat Exodus : 10/10
p/s: Second day getting better. Expectation for next activities getting higher.