Saturday, 2 April 2022

Salam Ramadhan 1443H

Selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa. 
Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih sinar bahagia. 
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat Ilahi & diberkati oleh-Nya. 
Amiinn.... 



Monday, 22 November 2021

Mnemonik Langkah-langkah Penyediaan Garam

Salam & selamat sejahtera semua. 

Di sini saya kongsikan poster bagi mnemonik atau cara mengingat langkah-langkah yang terlibat dalam penyediaan garam. (Kimia Ting. 4 Bab 6)

Fokus utama di sini adalah bagi mengingat kata kunci - kata kunci penting bagi setiap prosedur yang terlibat. Jadi, ayat dalam poster ini ditulis secara agak ringkas. 

Perlu diingat, sekiranya calon ingin menulis ayat prosedur dalam peperiksaan, setiap ayat mestilah ditulis dengan lengkap termasuklah kuantiti bahan, isipadu dan juga kepekatan yang digunakan. 




Sunday, 26 September 2021

Promosi Maktab Tentera Diraja Secara FB Live

Berita baik buat semua murid lepasan Tingkatan 3 yang berminat untuk menyambung pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Unit Promosi MTD akan mengadakan Program Bual Bicara santai untuk anda mengenali Maktab Tentera Diraja dengan lebih lanjut lagi. 

Program ini akan dijalankan pada hari Jumaat, 01 Oktober 2021 jam 3.00 petang. Sesi secara langsung ini boleh diikuti melalui laman Facebook rasmi Maktab Tentera Diraja



Calon LELAKI SAHAJA ya 😎
Antara perkara yg akan kami kongsikan adalah: 
☆ syarat2 kemasukan ke MTD
☆ kemudahan2 di MTD
☆ pakej2 kelas akademik (aliran kelas) 
☆ kegiatan kokurikulum & sukan
☆ sesi soal jawab bersama ahli panel 
Set the date! 🤩

Wednesday, 14 April 2021

Flipped Classroom Eksperimen Redoks Tiub-U

Memandangkan sesi PdPc baru sahaja bersambung semula setelah beberapa kekangan, maka pendekatan berbeza diperlukan bagi memastikan setiap sukatan pelajaran dapat diteruskan secara "on track"

Murid-murid boleh digalakkan untuk belajar secara kendiri terlebih dahulu sebelum bersemuka dengan guru di dalam kelas. 

Tahun ini, saya memulakan PdPc Kimia dengan Bab 3 (Termokimia) terlebih dahulu pada awal tahun. Sekarang baru kami belajar Bab 1 iaitu Redoks. Terdapat 1 eksperimen Redoks yang menggunakan Tiub-U seperti yang terdapat dalam Buku Teks Kimia Ting. 5 muka surat 7. Mujur juga saya pernah buat video untuk eksperimen ini bersama dengan batch putera sebelum ini. 


Jadi murid-murid boleh lah menonton terlebih dahulu video ini sebelum perbincangan dalam kelas bersama guru ataupun sebelum eksperimen dalam makmal dijalankan. 

Terdapat 3 video Tiub-U yang berkaitan: 


2. Video eksperimen Tiub-U menggunakan larutan Kalium Dikromat(VI) berasid dan larutan Ferum(II) sulfat : 

3. Video eksperimen Tiub-U menggunakan larutan Kalium Manganat(VII) berasid dan larutan Kalium Iodida : 

**video yang ke-3 merupakan video yang menunjukkan set eksperimen yang sama seperti dalam Buku Teks Ting. 5 KSSM 

Welcome Back to School, batch SPM 2021!

Alhamdulillah, kini sudah masuk minggu kedua sejak semua sekolah dibuka semula seperti biasa. 

Setelah sekian lama murid-murid belajar secara dalam talian dari rumah masing-masing, kini semua murid boleh mengadap guru secara bersemuka. 

Dengan berakhirnya SPM 2020 pada hujung bulan Mac yang lalu, kini fokus guru-guru beralih pula ke murid-murid Tingkatan 5 tahun 2021 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini (tertakluk pada arahan pihak KPM). Kesian mereka sudah lama "terpinggir" hehe...... 

Cabaran besar dihadapi oleh batch SPM yang lepas iaitu batch SPM 2020 apabila pendemik Covid-19 melanda dunia di saat mereka ingin memulakan persiapan untuk menduduki peperiksaan utama negara pada hujung tahun. Pandemik yang belum berakhir menyebabkan peperiksaan SPM 2020 terpaksa ditangguhkan ke bulan Feb-Mac 2021 menjadikan mereka batch SPM pertama dalam sejarah negara yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun berikutnya. Pada masa itu, ada yang sudah pun berusia 18 tahun. 

Namun, sekurang-kurangnya mereka menjalani proses PdPc bersemuka sepenuhnya semasa di Tingkatan 4 dan diberikan tambahan masa untuk membuat persiapan bagi peperiksaan SPM yang ditangguhkan. Pada saat dan ketika murid-murid Ting. 4 2020 sudah menjadi Ting. 5 pada awal tahun 2021, namun fokus utama masih diberikan kepada murid-murid Ting. 5 2020 yang masih belum menamatkan persekolahan mereka dan belum menduduki peperiksaan SPM. 

Berbanding dengan batch SPM 2021, cabaran mereka adalah lebih besar. Mereka merupakan batch pertama yang belajar di Ting. 4 menggunakan sukatan mata pelajaran baharu, iaitu KSSM. Baru sahaja mula belajar, dah kena PdPr. Boleh dikatakan dalam 80% sukatan Ting. 4 dipelajari secara maya. Sekarang dah masuk bulan April 2021 baru lah boleh rasa PdPc bersemuka sepenuhnya. 

Semoga setiap cabaran yang telah dihadapi tidak mematahkan semangat semua murid dan guru untuk meneruskan perjuangan ke arah SPM 2021. Diharapkan semua murid menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan ini dan tidak lagi mensia-siakan masa yang ada. 

"You cannot go back and change the beginning, 

but you can start now and change the ending" 

                                                        ~C.S Lewis~


All the best to all Form 5 students 2021!!