Memandangkan sesi PdPc baru sahaja bersambung semula setelah beberapa kekangan, maka pendekatan berbeza diperlukan bagi memastikan setiap sukatan pelajaran dapat diteruskan secara "on track".
Murid-murid boleh digalakkan untuk belajar secara kendiri terlebih dahulu sebelum bersemuka dengan guru di dalam kelas.
Tahun ini, saya memulakan PdPc Kimia dengan Bab 3 (Termokimia) terlebih dahulu pada awal tahun. Sekarang baru kami belajar Bab 1 iaitu Redoks. Terdapat 1 eksperimen Redoks yang menggunakan Tiub-U seperti yang terdapat dalam Buku Teks Kimia Ting. 5 muka surat 7. Mujur juga saya pernah buat video untuk eksperimen ini bersama dengan batch putera sebelum ini.
Jadi murid-murid boleh lah menonton terlebih dahulu video ini sebelum perbincangan dalam kelas bersama guru ataupun sebelum eksperimen dalam makmal dijalankan.
Terdapat 3 video Tiub-U yang berkaitan:
1. Video penerangan guru : https://www.youtube.com/watch?v=5NfyRIum4tQ
2. Video eksperimen Tiub-U menggunakan larutan Kalium Dikromat(VI) berasid dan larutan Ferum(II) sulfat :
3. Video eksperimen Tiub-U menggunakan larutan Kalium Manganat(VII) berasid dan larutan Kalium Iodida :
**video yang ke-3 merupakan video yang menunjukkan set eksperimen yang sama seperti dalam Buku Teks Ting. 5 KSSM
No comments:
Post a Comment