Hari ini
merupakan Hari Sukan Negara bagi tahun 2015. Sambutannya diadakan serentak di
seluruh negara melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuklah
semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program anjuran Kementerian
Belia & Sukan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 24
Mac 2015 dan bakal menjadi acara tahunan pada setiap hari Sabtu minggu kedua
bulan Oktober. Ianya selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan yang dilancarkan sejak
tahun 2011.
Memandangkan
sejak seminggu lepas negeri Sarawak tidak lagi diselubungi masalah jerebu
tebal, maka acara sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Sambutan HSN di SMK Bawang Assan telah dirasmikan oleh Tuan
Pengetua yang baharu, iaitu En. Lau Siah Teck dan turut disertai oleh YDP PIBG,
En. Embark ak Tani.
Antara acara yang telah dilaksanakan di sekolah saya
adalah:
Jalan Ria
Acara ini
adalah sebagai ‘warm-up’ di mana
semua warga sekolah perlu berjalan kaki sebanyak 1,000 langkah. Ia dimulakan
oleh pelajar-pelajar menengah atas, diikuti para pelajar menengah bawah dan
seterusnya diakhiri oleh YDP PIBG, Tuan Pengetua dan para guru.
(errr……..tapi
sebenarnya kami tak cukup pun 1,000 langkah. Hehehe……)
Aktiviti
berjalan kaki ini sebenarnya merupakan suatu senaman yang sangat bagus untuk
kesihatan. Dalam satu kajian, pengkaji mendapati berjalan kaki selama 150 minit
seminggu dapat menambah jangka hayat seseorang selama 3.4 tahun. Ia juga boleh
mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, osteoporosis dan strok serta
dapat mengawal tekanan darah dan mengurangkan stress.
Senamrobik
Sejurus
selesai acara jalan ria, semua guru dan pelajar berkumpul di padang sekolah
untuk acara senamrobik. Instructornya
adalah Cikgu Doris dan dibantu oleh beberapa orang pelajar Tingkatan 4.
Habis keluar
segala macam lagu: ada lagu bahasa Inggeris, lagu melayu, lagu Hindustan. Lagu
P. Ramlee pun ada. Memang betul-betul 1
Malaysia. Bukan setakat senamrobik, siap ada tai-chi lagi. Acara ini diakhiri
dengan tarian poco-poco yang dah jadi macam acara wajib kat sekolah ni.
Sukaneka
Seterusnya,
para guru dan pelajar mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Antara acara
yang dijalankan adalah ‘Bola Beracun’, di mana ia dibahagikan kepada kategori
lelaki & perempuan.
Tahniah dan terima
kasih diucapkan kepada semua pelajar, guru dan staf yang telah berjaya
melibatkan diri dalam acara sambutan HSN 2015 pagi tadi. Terima kasih pada
semua AJK yang terlibat terutama yang telah membuat persiapan sejak sehari dua
lepas.
Majulah Sukan
untuk Negara..!
No comments:
Post a Comment