Pengenalan
Ketumpatan
didefinisikan sebagai nilai jisim per isipadu sesuatu bahan
Unit bagi ketumpatan : g/cm3
Oleh itu,
ketumpatan dipengaruhi oleh 2 faktor, iaitu:
i) Jisim
bahan
ii) Isipadu
bahan
Aktiviti 1: Terapung
/ Tenggelam
Aktiviti ini
selalunya dijadikan sebagai set induksi.
Dijalankan secara
berkumpulan dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan (inquiry-discovery
learning)
Langkah-langkah:
1. Berikan
beberapa objek / bahan kepada setiap kumpulan
Contohnya: tin
minuman, botol air mineral, buah-buahan (epal/oren/dll), plastisin, polisterin,
bongkah kayu, bebola besi, alat tulis dsb.
2. Masukkan
objek ke dalam air
3. Rekodkan
objek mana yang tenggelam & objek yang timbul
4. Minta
pelajar berikan sebab
5. Selepas
pelajar memberikan maklum balas, guru bincangkan konsep ketumpatan
6. Kemudian,
minta pelajar buat perbincangan dalam kumpulan untuk fikirkan cara bagaimana
mahu tenggelamkan objek yang timbul / apungkan objek yang tenggelam.
Contoh:
bagaimana nak tenggelamkan buah oren / polisterin & bagaimana nak apungkan
plastisin
sumber rujukan: Nilam Publication sdn. bhd.
7. Untuk
pendekatan KBAT, minta pelajar sendiri bina hubungan antara ketumpatan dengan
jisim & isipadu
Aktiviti 2:
Lebih Tumpat / Kurang Tumpat
Aktiviti ini
dijalankan untuk menunjukkan kedudukan objek / bahan yang lebih tumpat dan
objek / bahan yang kurang tumpat
Langkah-langkah:
1. Sediakan
1 gelas air dan 1 gelas berisi minyak
2. Letak
kadbod atas gelas berisi air & telangkupkan ke atas gelas yang berisi
minyak
3. Tarik sedikit
kadbod untuk membenarkan aliran air & minyak
4.
Pemerhatian: air akan turun ke bawah & minyak akan naik ke atas.
Penerangan:
Air &
minyak tidak akan bercampur kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza. Bahan yang
lebih tumpat akan sentiasa berada di bawah, manakala bahan yang kurang tumpat
akan sentiasa berada di atas.
Aktiviti 3: Faktor-faktor
Ketumpatan
Aktiviti ini
dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim & isipadu mempengaruhi
ketumpatan sesuatu bahan
Langkah-langkah:
1. Sediakan
2 bikar berisi air.
2. Masukkan
telur ke dalam bikar pertama. (pemerhatian: telur tenggelam)
3. Larutkan
garam ke dalam bikar kedua. Masukkan telur ke dalam air garam (pemerhatian:
telur terapung)
4. Tambahkan
air ke dalam bikar yang berisi air garam tadi. (pemerhatian: telur yang
terapung akan tenggelam perlahan-lahan)
Penerangan:
1. Telur
lebih tumpat daripada air. Jadi, telur akan tenggelam dalam air biasa.
2. Apabila
garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan ketumpatan air garam
lebih tinggi daripada air biasa. Jadi, telur terapung di atas air garam.
3. Apabila
air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah menjadikan ketumpatan
air berkurang. Jadi, telur akan kembali tenggelam.
**hanya
ketumpatan air yang berubah, ketumpatan telur tidak berubah**
Kesimpulan:
Apabila jisim
bertambah, ketumpatan akan bertambah
Apabila isipadu
bertambah, ketumpatan akan berkurang
very good teacher
ReplyDeleteCikgu saya nak ketumpatan hasilkan 3 bahan dalan ketumpatan itu
ReplyDeleteMaaf, saya kurang jelas dgn soalan ini.
DeleteCgu macam mane nk apungkan bekas polisterin yang mengandungi 10 biji guli?
ReplyDeleteTambahkan ketumpatan air, cth : tambahkan garam @ gula le dlm air
DeleteTambahkan ketumpatan air, cth : tambahkan garam @ gula le dlm air
Deleteerm cikgu,andai kata la ada soalan tentang perbezaan ketumpatan bahan dengan cecair yang berlainan. contoh bahan yg sama, tetapi cecair berlainan,lepastu ditanya apakah hubungan antara bahan tersebut?
ReplyDeleteMacam mana nak bina hubungan antara bahan yg sama?
DeleteCikgu....mcm manakala nak kita ketumpatan sepatutnya objek contoh minyak tu berapa dia 50g dan isipadu air dia 90cm???
ReplyDeleteTekanan = ketumpatan x gravity (g) x ketinggian (h)
ReplyDeleteBerpakah tekanan bagi sebuah silinder berisi minyak dimana ukuran dimeter silnder tersebut adalah 5 meter Dan ketinggian silider 10 meter.
Tq
ReplyDeleteMacam mane nk cipta minuman dan makanan menggunakan konsep ketumpatan
ReplyDeleteHai cikgu. Apakah jenis makanana yg menggunakan konsep ketumpatan selain puding
ReplyDeleteHai cikgu , mcm mana kalau soalannya .. "sebiji oren tenggelam di dalam air , bagaimanakah ini boleh berlaku ? "
ReplyDeletemungkin telah dibuang kulit oren tersebut
DeleteCikgu,ape Yg akan berlaku kepada bekas polistirena jika bekas polistirena dimasukkan ke dalam bekas air yg diisi dgn larutan garam?
ReplyDeleteBekas itu akan terapung
DeleteCikgu ape yg akan berlaku Kalau bekas itu dimasukkan ke dalam bekas larutan garam
ReplyDeleteBekas akan terapung
DeleteCikgu , saya sudah letak telur kedalam air yang mengandungi garam yang telah larut tetapi telur tu tidak terapung .
ReplyDeletekenapa ?
Mungkin garam yang dimasukkan tidak cukup banyak untuk mengatasi ketumpatan telur
DeleteCikgu saya nak tanya bagaimanakah air boleh menjadi lebih tumpat
ReplyDeletejika ada bahan lain dalam air. contohnya air itu dimasukkan garam / gula.
DeleteHAI cikgu..kenapa bekas polisterina terapung dlm air?
ReplyDeletekerana bekas polisterina kurang tumpat daripada air
DeleteCikgu selain gula dan garam, apa benda lagi yang boleh digunakan dalam experimen ini?
ReplyDeleteGula & garam paling senang utk eksperimen faktor jisim mempengaruhi ketumpatan air. Ini kerana gula & garam mudah larut dalam air. Selain itu boleh cuba bahan2 lain yg juga senang larut dalam air, misalnya kordial seperti sunquick dsb.
DeleteAlhamdulillah terima kasih cikgu
ReplyDeleteBaru saya faham.😊
Cikgu bagaimana murid itu boleh mengapungkan bekas polisterin yang mengandungi 10 biji guli
ReplyDeleteBekas polisterin mengandungi banyak ruang udara. Bekas polisterin kurang tumpat daripada air dan tetap terapung walaupun dimasukkan 10 biji guli
DeleteKlu campur susu dlm air, adakah air menjadi lebih tumpat?
ReplyDeleteBukan air yang menjadi lebih tumpat, campuran tersebut yang menjadi lebih tumpat, kerana jisim cecair telah bertambah
Deletecikgu , adakah susu pekat dan pasir boleh menjadikan air lebih tumpat ?
ReplyDeletesusu pekat ya, tapi pasir tidak. Sebab pasir tak boleh bercampur dengan air
DeleteCikgu,boleh ke tambah gula/garam dalam air supaya plastisin terapung?
ReplyDeletePlastisin perlu diubah bentuk supaya boleh terapung
Deletecikgu minta maaf bertanya. Bukankah kalau kita tambah air pada air garam akan menjadikan jisimnya juga bertambah?
ReplyDeleteKita ambil kira jisim garam sahaja. Jadi bila tambah air, isipadu air bertambah, tapi jisim garam tetap sama.
Delete