Hari Guru
yang disambut pada 16 Mei saban tahun telah lebih seminggu berlalu. Namun,
memandangkan pada waktu itu merupakan minggu peperiksaan penggal, maka sambutan
peringkat sekolah hanya diadakan pada hari terakhir persekolahan penggal 1,
iaitu pada hari Jumaat, 26 Mei 2017.
Sambutan
pada tahun ini diadakan secara cukup ringkas dan sederhana, sementelahan pula berada
di ambang bulan Ramadhan. Menyambung tradisi sambutan Hari Guru di dataran
terbuka seperti pada tahun lepas, sambutan tahun ini diadakan di Dataran Ilmu
(tapak perhimpunan). Rasionalnya adalah supaya sambutannya tidak terlalu formal
dan lebih dirasai oleh seluruh warga sekolah.
Tema sambutan
Hari Guru 2017 yang dipilih adalah: “Sehati Sejiwa Senada Seirama”, di mana
semua guru memakai pakaian sedondon iaitu baju batik rasmi sekolah. Ia menjadi
simbolik kepada semangat kesatuan, perpaduan dan kerjasama semua guru dalam
suatu komuniti pendidikan.
Acara
sambutan dimulakan dengan sesi fotografi di Dewan Sri Bawang. Kemudian, semua
guru dan pelajar mengambil tempat di Dataran Ilmu. Doa pembuka majlis dipimpin
oleh Cikgu Zaharudin yang segak memakai persalinan lengkap baju melayu lengkap bersampin.
Seterusnya, Cikgu Hipnee (PK1) membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia bagi Hari Guru 2017.
Aturcara
diteruskan dengan ucapan daripada ayahanda Tuan Pengetua, En. Lau Siah Teck
yang merakamkan penghargaan & terima kasih buat seluruh warga sekolah
terutamanya barisan guru atas khidmat bakti yang dicurahkan tanpa jemu.
Usai ucapan
Tuan Pengetua, semua guru menuju ke pentas kecil untuk bacaan ikrar yang
diketuai oleh Cikgu Azairudin serta nyanyian lagu Hari Guru. Lagu “Kami Guru
Malaysia” sememangnya wajib didendangkan setiap kali sambutan Hari Guru sejak
zaman berzaman. Cuma, di Sarawak kami ada sebuah lagi lagu wajib, iaitu “Pendidik
Bumi Kenyalang”.
Secara peribadi, lagu “Pendidik Bumi Kenyalang" lebih sentimental buat saya. Lagu ini terus melekat di jiwa saya sejak kali pertama
mendendangkannya semasa Minggu Orientasi guru-guru baharu saat pertama kali
menjejakkan kaki ke Sarawak pada awal tahun 2011.
Sesudah
habis menyumbangkan suara, tibalah masanya pula untuk acara memotong kek Hari
Guru yang cantik. Mujur juga tahun ni tempah kek dengan orang lain, jika tidak
dapat lagi kek macam tahun lepas, haruuu…..
Seterusnya,
acara penyampaian hadiah Hari Guru oleh barisan pengawas sekolah kepada semua
guru, dimulakan dengan barisan pentadbir sekolah.
Pengetua, Mr. Lau Siah Teck
PK1, Cikgu Hipnee
PK HEM, Cikgu Jarit
PKKK, Cikgu Patrick
Hadiah saya disampaikan oleh 'Bunga Cantik' (Mei Hua)
Kebiasaannya bagi kebanyakan acara mahupun majlis yang diadakan di sekolah ini, tidak sah jika tiada cabutan bertuah. Bagi tujuan ini, 10 hadiah disediakan oleh Tuan Pengetua untuk 10 orang guru yang bertuah. (p/s: saya memang dari dulu lagi tak pernah bertuah.haha....)
Tahniah
diucapkan kepada 10 orang guru yang bertuah itu, antaranya Cikgu Azai, Cikgu
Fatima, Cikgu Nur Atiqah, Cikgu Hii Lu Hua, Cikgu Martha dll. Even PK pun dapat…
Sesi
persembahan dibahagikan kepada 3 slot: 2 slot untuk pelajar, manakala slot
terakhir adalah persembahan khas guru. Slot persembahan dimulakan dengan
deklamasi sajak oleh 3 orang jejaka cute dari kelas 1A yang malu-malu kucing. Lebih-lebih
lagi apabila diusik oleh cikgu-cikgu mereka.hehe….
Dari kiri: Wessly, Ronny, Salvisberg
Persembahan
ke-2 oleh Masing & Cassidy Manggie yang mempertaruhkan suara maskulin
mereka bagi mendendangkan lagu “Guru Ibarat Lilin”.
Para pelajar
terus bersorak dengan kemunculan artis jemputan khas, ‘Aizat Amdan’ untuk
persembahan kemuncak. Sebenarnya, bukan Aizat betul pun…. KB Sains Math kami,
Cikgu Sembi yang menyampaikan lagu "Ku Terima Kau Apa Adanya" (Pocket Band) . Lagu tersebut
ditujukan khas buat para pelajar terutamanya pelajar-pelajar ting. 5. (p/s:
bukan selalu nampak Cikgu Sem pakai ‘smart’ macam ni).
Sambutan
Hari Guru peringkat sekolah berakhir di sini. Saya menyambungnya di kelas
dengan anak-anak 3C. Tahun ni, kali pertama pegang kelas hujung. Belum pernah
lagi belanja mereka. Selalu masuk kelas asyik geram dan marah sahaja. Haha…. Jadi,
terfikir untuk gembirakan hati mereka sebelum berakhirnya penggal 1 &
sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Disebabkan perancangan untuk jamuan ni
dilakukan pada saat-saat terakhir (baca: last
minute), maka apa yang dihidangkan cukup ringkas dan sekadar mampu. Cuma,
mereka ni tak adalah ‘demand’ sangat, makan saja apa yang ada. Ini pun mereka
sudah cukup excited.
Wajah-wajah
belakang tabir:
Do Re Mi Bawang Assan. haha....
dari meja MC
Bersama 4 'orang kuat' smkba
Video Persembahan Cikgu Sembi:
(p/s: sorry for the low quality, it is from a camera phone)
(p/s: sorry for the low quality, it is from a camera phone)
Ku terima kekuranganmu
Ku syukuri kelebihanmu
Kerna ku memang sayang kamu.....