Sunday, 28 May 2017

Sambutan Hari Guru 2017: Senada & Seirama

Hari Guru yang disambut pada 16 Mei saban tahun telah lebih seminggu berlalu. Namun, memandangkan pada waktu itu merupakan minggu peperiksaan penggal, maka sambutan peringkat sekolah hanya diadakan pada hari terakhir persekolahan penggal 1, iaitu pada hari Jumaat, 26 Mei 2017.


Sambutan pada tahun ini diadakan secara cukup ringkas dan sederhana, sementelahan pula berada di ambang bulan Ramadhan. Menyambung tradisi sambutan Hari Guru di dataran terbuka seperti pada tahun lepas, sambutan tahun ini diadakan di Dataran Ilmu (tapak perhimpunan). Rasionalnya adalah supaya sambutannya tidak terlalu formal dan lebih dirasai oleh seluruh warga sekolah.

Tema sambutan Hari Guru 2017 yang dipilih adalah: “Sehati Sejiwa Senada Seirama”, di mana semua guru memakai pakaian sedondon iaitu baju batik rasmi sekolah. Ia menjadi simbolik kepada semangat kesatuan, perpaduan dan kerjasama semua guru dalam suatu komuniti pendidikan.

Acara sambutan dimulakan dengan sesi fotografi di Dewan Sri Bawang. Kemudian, semua guru dan pelajar mengambil tempat di Dataran Ilmu. Doa pembuka majlis dipimpin oleh Cikgu Zaharudin yang segak memakai persalinan lengkap baju melayu lengkap bersampin. Seterusnya, Cikgu Hipnee (PK1) membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bagi Hari Guru 2017.



Aturcara diteruskan dengan ucapan daripada ayahanda Tuan Pengetua, En. Lau Siah Teck yang merakamkan penghargaan & terima kasih buat seluruh warga sekolah terutamanya barisan guru atas khidmat bakti yang dicurahkan tanpa jemu. 


Usai ucapan Tuan Pengetua, semua guru menuju ke pentas kecil untuk bacaan ikrar yang diketuai oleh Cikgu Azairudin serta nyanyian lagu Hari Guru. Lagu “Kami Guru Malaysia” sememangnya wajib didendangkan setiap kali sambutan Hari Guru sejak zaman berzaman. Cuma, di Sarawak kami ada sebuah lagi lagu wajib, iaitu “Pendidik Bumi Kenyalang”. 



Secara peribadi, lagu “Pendidik Bumi Kenyalang" lebih sentimental buat saya. Lagu ini terus melekat di jiwa saya sejak kali pertama mendendangkannya semasa Minggu Orientasi guru-guru baharu saat pertama kali menjejakkan kaki ke Sarawak pada awal tahun 2011.


Sesudah habis menyumbangkan suara, tibalah masanya pula untuk acara memotong kek Hari Guru yang cantik. Mujur juga tahun ni tempah kek dengan orang lain, jika tidak dapat lagi kek macam tahun lepas, haruuu…..




Seterusnya, acara penyampaian hadiah Hari Guru oleh barisan pengawas sekolah kepada semua guru, dimulakan dengan barisan pentadbir sekolah.

Pengetua, Mr. Lau Siah Teck 

PK1, Cikgu Hipnee 

PK HEM, Cikgu Jarit 

PKKK, Cikgu Patrick 

Hadiah saya disampaikan oleh 'Bunga Cantik' (Mei Hua) 

Kebiasaannya bagi kebanyakan acara mahupun majlis yang diadakan di sekolah ini, tidak sah jika tiada cabutan bertuah. Bagi tujuan ini, 10 hadiah disediakan oleh Tuan Pengetua untuk 10 orang guru yang bertuah. (p/s: saya memang dari dulu lagi tak pernah bertuah.haha....)


Tahniah diucapkan kepada 10 orang guru yang bertuah itu, antaranya Cikgu Azai, Cikgu Fatima, Cikgu Nur Atiqah, Cikgu Hii Lu Hua, Cikgu Martha dll. Even PK pun dapat…

Sesi persembahan dibahagikan kepada 3 slot: 2 slot untuk pelajar, manakala slot terakhir adalah persembahan khas guru. Slot persembahan dimulakan dengan deklamasi sajak oleh 3 orang jejaka cute dari kelas 1A yang malu-malu kucing. Lebih-lebih lagi apabila diusik oleh cikgu-cikgu mereka.hehe….

Dari kiri: Wessly, Ronny, Salvisberg 

Persembahan ke-2 oleh Masing & Cassidy Manggie yang mempertaruhkan suara maskulin mereka bagi mendendangkan lagu “Guru Ibarat Lilin”.



Para pelajar terus bersorak dengan kemunculan artis jemputan khas, ‘Aizat Amdan’ untuk persembahan kemuncak. Sebenarnya, bukan Aizat betul pun…. KB Sains Math kami, Cikgu Sembi yang menyampaikan lagu "Ku Terima Kau Apa Adanya" (Pocket Band) . Lagu tersebut ditujukan khas buat para pelajar terutamanya pelajar-pelajar ting. 5. (p/s: bukan selalu nampak Cikgu Sem pakai ‘smart’ macam ni).


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah berakhir di sini. Saya menyambungnya di kelas dengan anak-anak 3C. Tahun ni, kali pertama pegang kelas hujung. Belum pernah lagi belanja mereka. Selalu masuk kelas asyik geram dan marah sahaja. Haha…. Jadi, terfikir untuk gembirakan hati mereka sebelum berakhirnya penggal 1 & sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Disebabkan perancangan untuk jamuan ni dilakukan pada saat-saat terakhir (baca: last minute), maka apa yang dihidangkan cukup ringkas dan sekadar mampu. Cuma, mereka ni tak adalah ‘demand’ sangat, makan saja apa yang ada. Ini pun mereka sudah cukup excited.   



Wajah-wajah belakang tabir:


Do Re Mi Bawang Assan. haha.... 




dari meja MC 

Bersama 4 'orang kuat' smkba 


Video Persembahan Cikgu Sembi: 
(p/s: sorry for the low quality, it is from a camera phone)



Ku terima kekuranganmu 
Ku syukuri kelebihanmu 
Kerna ku memang sayang kamu..... 


No comments:

Post a Comment