SMKBA yang
disayangi
Saat pertama
kali ku jejakkan kakiku di sini
Kedamaianmu
mencuit rasa
Ketenanganmu
menenangkan jiwa
Telah ku
pateri suatu janji
Akanku
berbakti selagi nafasku tidak terhenti
SMKBA yang
disayangi
Di sini kasihku
telah tertumpah
Di sini
baktiku curah
Di sini
memori terukir indah
Tuan
Pengetua yang ku sanjungi
Terima kasih
untuk segala jasa dan budi
Maaf andai
baktiku tidak mencukupi
Ku hargai
segala perkongsian dan sokongan
Takkan ku
lupa segala bimbingan dan dorongan
Ku doakan
agar dikau kan terus tabah mengharungi
Menjadi
pemimpin yang lebih disegani
Dan membawa
SMKBA ke mercu yang lebih tinggi
Rakan-rakan
seperjuangan yang ku hormati
Ku sedar
diriku tidak sempurna
Tiadalah
pula banyak berjasa
Andai pernah
hatimu terluka
Ampun dan
maaf hanya dapat ku pinta
Moga luruh
segala duka dan lara
Rakan-rakan
seperjuanganku
Tidakku
pinta diriku dipuji
Cukuplah
sekadar aku tidak dikeji
Tidakku
harap diriku dipuja
Cukuplah
sekadar aku tidak dihina
Tidakku
damba diriku disanjungi
Cukuplah
sekadar aku tidak dibenci
Anak-anak
didikku yang ku kasihi
Terima kasih
untuk semua memori
Maaf andai
ada lakuku yang tidak kau senangi
Pada setiap
tutur kata dan gerak geri
Andai pernah
dirimu kumarahi
Percayalah,
tidak pernah dirimu kubenci
Kerana
kasihku padamu terlalu tinggi
Ku mahu
dirimu menjadi insan yang berbudi pekerti
Anak-anak
didikku yang ku kasihi
Ku halalkan
segala ilmu yang ku beri
Hakikatnya
ilmu itu bukan milik diri ini
Tetapi dipinjamkan
oleh Ilahi untuk dikongsi
Semoga ianya
menjadi bekalan buatmu di kemudian hari
Bangkitlah
berbakti, usah lena lagi
Tingkatkan
disiplinmu dan tinggalkan kemanjaanmu
Negara dan
bangsamu memerlukanmu
Ingatlah
Hanya ilmu
yang mampu meninggikan darjatmu
Dan mengubah
masa depanmu
SMKBA yang
ku sayangi
Sejak hari
pertama berita itu menyapa diri
Biarpun
senyum terukir di bibir
Biarpun rasa
syukur menyelimuti diri
Namun jujur
ku tuturkan dari hati
Tiada sehari
yang berlalu tanpa air mataku gugur ke bumi
Sesungguhnya
berat untukku turuti
Belumku
bersedia untuk pergi
Namun telah
tertulis sejak azali
Jodoh kita
hanya sampai di sini
Tidak perlu
kau ingati diri ini
Izinkanku
pergi….usahlah kau tangisi
SMKBA yang
ku sayangi
Tuan
Pengetua yang ku sanjungi
Rakan-rakan
seperjuangan yang ku hormati
Dan
anak-anak didikku yang ku kasihi
Buat
terakhir kali
Terima kasih
daun keladi
Akanku bawa
bersama segala memori
Semoga
takdir menemukan kita kembali
Jika tidak
di sini, di syurga abadi.Sayonara..... SMK Bawang Assan.
Yang hujung kiri tu pun pindah
ReplyDeleteyup. so, now panitia sains tinggal 3 org je
Delete