Monday 26 February 2018

100 Hari di MTD : Apa Bezanya dengan Sekolah Biasa


Hari Sabtu, 24 Feb. 2018, maka genaplah 100 hari saya berkhidmat di Maktab Tentera Diraja, yang biasanya disebut sebagai MTD atau RMC (singkatan kepada Royal Military College). Dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat, banyak perkara yang telah dilalui dan banyak perbezaan besar yang sudah dirasai. Sedikit demi sedikit saya menyesuaikan diri dan menghadam segala macam budaya MTD.


Sebagai satu-satunya sekolah menengah yang berteraskan ketenteraan, sudah tentu begitu banyak bezanya dengan sekolah biasa. Walaupun semua pelajarnya tinggal di asrama, namun MTD tetap tidak sama dengan SBP mahupun MRSM. Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk membicarakan tentang MTD secara keseluruhannya. Apa yang bakal saya coretkan lebih kepada apa yang dilihat daripada kaca mata seorang guru biasa yang bertunjangkan PdPc sebagai fokus utama.

Apa itu MTD? 

Walaupun MTD telah ditubuhkan sejak tahun 1952, hakikatnya masih ramai yang belum menyedari akan kewujudan maktab ini. Antara soalan-soalan awal yang kerap ditanya pada saya apabila mereka mengetahui saya mengajar di MTD adalah:

1. MTD ni sekolah apa? Sekolah untuk tentera ke?
2. MTD ni sekolah untuk anak anggota tentera ke?
3. Kalau pakai cermin mata boleh ke masuk MTD?

MTD merupakan sebuah sekolah pelajar lelaki yang berteraskan disiplin ketenteraan. Sesiapa pun boleh masuk belajar di MTD, tak semestinya anak anggota tentera. Suatu ketika dulu, MTD mempunyai pelajar dari Ting. 2-5, tapi kini hanya peringkat menengah atas (T4 & T5) sahaja. Putera MTD dipilih daripada lepasan PT3 melalui beberapa sesi pemilihan & kriteria tersendiri. Pakai cermin mata tak termasuk halangan untuk memohon masuk MTD.

Cuma, proses pemilihan MTD agak ketat melibatkan siri temuduga serta latihan fizikal kerana hanya 200 yang terbaik sahaja akan dipilih sebagai putera baru ting. 4. Unit Promosi MTD sentiasa aktif mempromosikan MTD ke seluruh negara. Jadi, rajin-rajinlah buka laman sesawang MTD bagi mengetahui jadual promosi serta prosedur dan tarikh temuduga untuk kemasukan ke MTD.

Istilah – istilah Ketenteraan

Perkara pertama yang saya cuba kuasai sejak hari pertama bertugas di sini adalah membiasakan diri dengan istilah-istilah ketenteraan serta pangkat-pangkat anggota tentera, termasuklah pangkat boy. Banyak sungguh istilah yang membuatkan saya tercengang-cengang pada mulanya. Maka gigihlah saya mengkhatam majalah MTD yang bergelar “The Bugler” bagi tujuan tersebut, ditambah pula dengan pakcik ‘Google’. Mujur juga masa kecik-kecik dulu pernah baca majalah tentera, jadi tak adalah janggal sangat, cuma kena ulangkaji balik je. So, sekarang ni sudah ok sikit, takdelah blurr sangat.  


Istilah-istilah biasa yang digunakan antara guru dan pelajar di sini:
Guru (L): Tuan
Guru (P): Puan @ Ma’am
Pelajar : Putera @ Boy
Boy T5 : Putera Kanan (PK)

KEMENTAH

MTD merupakan satu-satunya sekolah menengah di negara ini yang terletak di bawah pengurusan Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Juga merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang memberi pendedahan terhadap disiplin ketenteraan dalam kalangan pelajarnya dan mendapat jolokan "The Malaya's Standhurst". Terdapat juga beberapa anggota tentera yang menjadi pegawai pendidikan. Walau apapun, tugas-tugas hakiki sebagai guru tidak jauh bezanya dengan guru-guru di sekolah lain.

Pentadbiran Maktab 

Pentadbiran di MTD diketuai oleh Komandan, dengan dibantu oleh Pengarah Pengajian (bagi bahagian akademik) dan Pengarah Latihan (bagi bahagian ketenteraan). Walaupun barisan guru berada di bawah bahagian akademik, namun bagi setiap program rasmi maktab, kita akan bekerja bersama pegawai dan staf dari bahagian-bahagian lain. Berkhidmat di sini banyak memberi pengalaman berharga untuk bekerjasama sebagai satu pasukan walaupun berbeza identiti, cawangan, jawatan mahupun pangkat.

Bersama Komandan MTD pada masa itu, Brigedier Jeneral (kini Mejar Jeneral Dato') Mohd Shahada Ismail (TUDM) semasa Perbarisan Tahunan 2017

Uniform Maktab

Boy di sini tidak memakai baju kemeja macam uniform sekolah biasa, tetapi memakai pakaian seragam tentera (no. 3) semasa menghadiri sesi pdpc.


Cuma pada hari Jumaat mereka akan memakai persalinan baju melayu (kecuali bagi non-muslim & duty boy akan tetap memakai uniform no. 3) 



Keperluan Putera 

Boleh dikatakan hampir semua keperluan putera di sini dibekalkan oleh maktab, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Pakaian seragam, baju loreng, baju PJ, kasut, beg sekolah, alat tulis....tak larat nak senaraikan semua. Pendek kata tak perlu beli sehelai kertas pun. Cuma perlu bawa barang-barang keperluan peribadi je.

Kompeni & Skuad 

Jika di sekolah berasrama penuh yang lain, misalnya MRSM, kita ada sistem homeroom dan mentor-mentee, di mana guru homeroom ibaratnya seperti ibu/bapa angkat kepada pelajar-pelajar. Di sini tiada sistem homeroom, tetapi semua putera MTD dibahagikan kepada 8 kompeni di mana setiap kompeni terdiri daripada putera Ting. 4 dan Ting. 5. Setiap kompeni dibahagikan pula kepada 2 skuad, iaitu Skuad Ting. 4 dan Skuad Ting. 5.

Setiap kompeni diketuai oleh seorang Ketua Kompeni atau OC yang merupakan pegawai tentera. OC dibantu oleh 2 orang guru skuad Ting. 4 dan 2 orang guru skuad Ting. 5. Antara peranan OC dan guru skuad adalah menjaga kebajikan putera dalam kompeni / skuad masing-masing termasuklah mengambil berat akan hal pembelajaran & kesihatan putera.

Ketua putera bagi setiap kompeni digelar SUO (Senior Under Officer) atau PRK (Pegawai Rendah Kanan) dengan dibantu oleh 3 orang JUO (Junior Under Officer) atau PRM (Pegawai Rendah Muda) bagi setiap kompeni serta 4 orang Putera Sarjan.

Upacara pemakaian pangkat putera yang disempurnakan oleh Komandan MTD 

Senarai Kompeni di MTD: Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel)

[ Nota kaki: SUO ni lah pangkat hero dalam drama Budak Boys kat TV3 tu. Tengok, gigih tak aku hafal semua benda ni. Korang kalau rasa pening baca ni, jangan risau. Aku dulu masa mula-mula masuk MTD pun pening jugak hahaha...... Tapi sebab tahun ni dilantik sebagai guru skuad Ting. 4 Kompeni B, maka gigihlah aku hadam semua cepat-cepat =D ]

Bersama rakan-rakan Guru Skuad (pakaian baju korporat biru), 
JUO kompeni Alpha (paling kanan), JUO kompeni Bravo (kiri), 
Pegawai Pendidikan Tentera, Mejar Khairul, merangkap Ketua Kompeni Bravo. 
Semasa hari pendaftaran putera baru Ting. 4 2018. 

PdPc & Kelas

Di sini, kebanyakan guru hanya perlu mengajar satu jenis mata pelajaran sahaja, biasanya subjek major mereka. Cuma, ada beberapa orang sahaja yang mengajar 2 jenis subjek. Jadi, setiap guru mempunyai fokus yang lebih pada subjek masing-masing. Jika di sekolah biasa, boleh dikatakan purata seorang guru mengajar 2-3 subjek setiap seorang.
(p/s: masa mula-mula posting dulu, 7 jenis subjek saya ajar. perghh……).

Jadual kelas di MTD lebih kurang sama sahaja dengan sekolah-sekolah lain, iaitu dari pagi sehingga jam 2.00 petang. Kemudian ada kelas tambahan petang dan prep malam. Mata pelajaran yang diambil juga sama, memandangkan kami mengikuti sukatan pelajaran oleh KPM. 



Aliran Pembelajaran 

Mulai tahun 2021, aliran pembelejaran di MTD adalah mengikut pakej KSSM, tidak jauh beza dengan yang dicadangkan oleh KPM.  Selain daripada mata pelajaran elektif Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan), mata pelajaran elektif lain yang ditawarkan untuk pakej STEM adalah Prinsip Perakaunan / Perniagaan, Sains Komputer dan terdapat juga pakej Sains Sosial. 

Masuk MTD tak semestinya lepas tu kena jadi anggota tentera ataupun kena masuk UPNM. Lepasan SPM dari MTD masih boleh memilih institusi pengajian lain untuk sambung belajar dalam apa jua bidang.


Disiplin Boy

Semua boy di sini memang dilatih dengan disiplin ketenteraan yang tinggi. Nak kata langsung tak ada masalah disiplin tu tidak juga, tapi sangat-sangat kurang jika dibandingkan dengan sekolah lain, apatah lagi sekolah di bandar besar KL. Mereka dididik untuk sangat menghormati guru walau di mana sahaja mereka berada. Nakal tu memang ada, tapi masih boleh dikawal. Kalau tak nakal, bukan budak laki lah namanya kan…. Mujur juga dulu pernah ada pengalaman mengajar sekejap di St. John’s Institution (another all boys’ school in KL). Rasanya students SJI dulu lagi nakal hehe…. Lepas tu posting ke sekolah yang ramai girls, and now back to all boys. Sangat berbeza bila mengajar boys jika dibandingkan dengan girls, tapi seronok tu tetap ada. Kalau dah namanya guru, kenalah hadap kerenah students macam mana sekalipun.

Program Luar Akademik

MTD merupakan institusi pendidikan yang bukan berfokuskan pada akademik semata-mata. Visinya adalah untuk melahirkan bakal pemimpin negara yang seimbang dari segi akademik, ketenteraan serta kesukanan. Jadi boy di sini ada begitu banyak aktiviti luar akademik terutamanya latihan ketenteraan. Guru juga tidak terkecuali. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang aktiviti boy. Apa yang pasti, ada ekspedisi semasa cuti sekolah yang perlu turut disertai oleh guru. Ekspedisi boy MTD bukan macam lawatan sambil belajar sekolah lain ok. Ekspedisinya lebih bersifat fizikal dan mencabar. Antaranya, ekspedisi ke Taman Negara Bako, Taman Negara Mulu, Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan banyak lagi lah. Yang terdekat adalah semasa cuti pertengah penggal 1 yang akan datang pada bulan Mac ini, di mana saya merupakan salah seorang guru yang terpilih untuk salah satu ekspedisi yang paling jauh dan mencabar. Fuhhh…!!

Perbarisan Tahunan (POP)

Perbarisan Tahunan ataupun Passing Out Parade (POP) merupakan acara kemuncak sebelum seseorang boy MTD bergraduasi dari sini. Jika di sekolah biasa digelar Hari Graduasi atau Hari Penyampaian Sijil & Anugerah (or whatever it is), uniknya di MTD Majlis Penyampaian Hadiah dimulakan dengan acara perbarisan ketenteraan.



Cabaran & Pengalaman Serba Baru

Ini cuma sebahagian kecil daripada kehidupan yang dilalui di MTD. Masih terlalu banyak yang belum diceritakan. Apa yang pasti, berkhidmat di MTD menghadirkan 1,001 pengalaman yang amat bermakna. Belajar untuk bekerjasama antara dua kementerian yang berbeza. Apabila berbicara tentang cabaran, di mana-mana pun ada cabaran yang tersendiri, begitu juga di sini. Hanya mereka yang mempunyai hati dan jiwa yang kental sahaja yang mampu mengharungi.

Memetik kata-kata Tuan Komandan Brig. Jeneral Hj. Mohd Shahada sewaktu pertama kali saya melapor diri padanya, There is nothing perfect in this world, and that makes our life beautiful.”


Semoga kaki ini akan terus teguh berdiri untuk 100 hari lagi, malah mungkin 1,000 hari lagi di sini.
Insya-Allah.

# Serve to lead


Nota kaki
Pautan luar tentang MTD:

Portal Rasmi MTD 

FB rasmi : Maktab Tentera Diraja 

Bagi mengetahui aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun di MTD, boleh layari laman berikut:
YouTube IMC MTD 

Tak pun, korang layan jelah drama Budak Boys kat TV3. =D 


109 comments:

  1. terbaik ah maam..... -op 16/17-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx for reading this. Good luck for your future. Semoga mnjadi seorang pemimpin satu hari nnti.

      Delete
    2. Cikgu nurul, lepas belajar di mtd sehingga f5 habis spm blh terus masuk ke atm kee?

      Delete
    3. Boleh masuk ke atm terus ke lepas habis f5 di mtd

      Delete
    4. Tidak. Lepas habis spm, peluang terbuka sama ada untuk masuk bidang ketenteraan atau bidang lain. Jadi, lepasan mtd masih perlu memohon institusi ketenteraan yg berkaitan, contohnya seperti UPNM, ALAM, kolej2 tentera dll. Begitu juga dgn lepasan spm dari sekolah lain, boleh je mohon masuk atm walaupun bukan lepasan mtd.

      Delete
    5. Assalamualaikum cikgu Nurul , nak masuk MTD ni nak kena dpt Berapa A ye ?

      Delete
  2. Assalamualaikum cikgu Nurul. Boleh saya tahu.. bagaimana cikgu Nurul boleh mengajar Di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Rezeki yg tidak dijangka. Nak pindah KL, kebetulan ada kosong di MTD

      Delete
  3. Assalamualaikum Cikgu,kalau macam anak Pakcik nak mohon untuk jadi guru di MTD boleh ke Cikgu ? Apa kelayakan untuk memohon jawatan seorang guru di MTD ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Kena tunggu ada kekosongan encik.

      Delete
  4. Assalamualaikum Cikgu,kalau macam anak Pakcik nak mohon untuk jadi guru di MTD boleh ke Cikgu ? Apa kelayakan untuk memohon jawatan seorang guru di MTD ?

    ReplyDelete
  5. doakan saya cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran kesini

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...boleh tak saya nak tahu jadual harian RMC

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Scara umumnya, pada hari persekolahan (isnin-jumaat), smua pelajar mtd melalui jadual pembelajaran sama seperti sekolah lain. Cuma semasa hujung minggu, mereka ada latihan ketenteraan. Manakala utk pelajar ting. 5, ada kelas bimbingan pada hari ahad.

      Delete
    2. W'salam. Scara umumnya, pada hari persekolahan (isnin-jumaat), smua pelajar mtd melalui jadual pembelajaran sama seperti sekolah lain. Cuma semasa hujung minggu, mereka ada latihan ketenteraan. Manakala utk pelajar ting. 5, ada kelas bimbingan pada hari ahad.

      Delete
  7. assalamualaikum..boleh saya tahu macam mana cara untuk memohon mengajar di sana? adakah perlu mengisi eg tukar seperti permohonan biasa atau ada borang permohonan khas..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Biasanya bila ada kekosongan atau keperluan kpd guru di mtd, pihak pentadbir mtd akan menghantar permohonan kpd pihak KPM untuk mengambil guru. KPM seterusnya akan mencari calon guru termasuk dalam senarai yg memohon melalui egtukar.

      Delete
  8. Assalamualaikum cikgu....subjek add math..fizik..biologi tu semua belajar dwibahasa ke??atau mcm sek men harian..semua dlm bm je

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Subjek sains tulen diajar dlm dwibahasa, cuma lebih kpd bm. Soalan exam masih dlm dwibahasa.

      Delete
  9. murid balik asrama sebulan sekali ke cikgu?..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan/puan.
      Putera dibenarkan utk pulang ke rumah sebulan sekali. Jika tidak balik, parents boleh dtg melawat. Outing sebulan sekali.
      *tertakluk kpd perubahan semasa & aktiviti maktab

      Delete
  10. Terima kasih di atas coretan Cikgu... ia serba sedikit membantu dalam persediaan anak saya menghadiri temuduga pada 6-12 jan 2019 ini .. doakan anak saya berjaya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Puan. Semoga anak Puan dapat menjalani temuduga dengan baik dan lancar & semoga berjaya dalam pemilihan Putera Ting. 4 2019.

      Delete
  11. Assalamualaikum Cikgu... Boleh berkongsi tips sbg persediaan utk menghadiri temuduga RMC... Anakanda saya layak utk sesi temuduga 6/1/19 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, Puan. Temuduga pemilihan ke RMC nanti akan melibatkan 3 aspek: Lisan, Bertulis (sains & math) & Ujian Fizikal. Temuduga akan dijalankan selama seminggu, iaitu dari 6-12 Januari 2019.
      Jadual temuduga mungkin akan diberikan selepas proses pendaftaran untuk temuduga.

      Delete
    2. Tahniah kepada anak Puan kerana berjaya dipanggil untuk temuduga. Semoga berjaya nanti ya.

      Delete
  12. Assalamualaikum Cikgu Nurul...boleh berkongsi tips persiapan perseduaan utk menghadiri temuduga RMC. Anakanda saya akan mengikut temuduga pd 6/1/19 TQ

    ReplyDelete
  13. asalamualaikum cikgu ujian bertulis tu hanya math dan sains sahaja ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Berdasarkan maklumat terkini yang saya terima, ujian bertulis merangkumi soalan Sains, Math dan BI. Jangan risau, soalannya tidak sesukar PT3.

      Delete
  14. Assalammualaikum....saya ada beberapa soalan hendak ditanya:-
    1.Ada tk suruh lari..klau ada brp jauh
    kena lari Dan berapa Lama masa yg
    ditetapkan?
    2.Ada tak suruh pumping untuk layak ke
    RMC?
    3.Adakah Telefon dibenarkan untuk
    dibawa semasa pemilihan?
    Itu sahaja soalan saya...Terima Kasih

    ReplyDelete
  15. Assalam Cgu, semoga salah seorang atau ke tiga2 putera kami dpt menjejakkan kaki kesini satu hari nnti. Bangganya hati tengok putera2 yg layak dan berjaya belajar disini. Ya Allah semoga diperkenankan doa ku..Aamiin.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Cikgu, Anak saya terpilih dan mula pada 10 feb. Semoga anak saya berjaya dgn didikan Cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Tahniah. Semoga dapat terus berada di MTD sehingga penghujung Ting. 5

      Delete
  17. As salam cikgu.. Mohon sedikit pencerahan.. Apakah semua subjek dalam aliran sains tulen.. Anak2 buat pilihan sendiri atau pihak maktab yg tentukan.. Tksh

    ReplyDelete
  18. Maksud saya apa subjek2 dlm aliran sains tulen..

    ReplyDelete
  19. Ada 4 aliran kesemuanya di mtd.. Boleh pilih aliran atau guru yg tentukan.. Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada peringkat awal, pihak maktab akan tentukan berdasarkan keputusan PT3. Dari semasa ke semasa, kita akan tengok prestasi putera dalam setiap ujian & peperiksaan. Jika perlu, ataupun jika putera sendiri memilih untuk menukar aliran, boleh memohon dengan pihak pentadbir.

      Delete
  20. Assalamualaikum puan, sy nk tny, mcm mna nk memohon menjadi tenaga pengajar di mtd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh ke KPM & isi borang permohonan secara manual untuk menjadi Guru Kader

      Delete
  21. Tahniah untuk post ini Cgu Nurul! Sangat bermanafaat.. Salam ukhuwah.. -ummi.putera.mulia.perkasa.jaya 19/20

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Terima kasih Puan. Semoga Amir Akmal akan berjaya di MTD

      Delete
  22. adakah jadual harian di sini sama seperti Sekolah Berasrama Penuh?

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum cikgu.boleh cikgu reccommendkan sekolah yg macam mtd ni utk kemasukan tingkatan satu.cikgu tau tak any sekolah menengah di kem tentera yang elok utk ting 1?area sekitar selangor

    ReplyDelete
  24. Askm cikgu nk tnyer...calon yng berjaya utk pengambilan 20/21 nk semak keputusan kt mana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh semak di sini:
      http://www.rmc-education.edu.my/keputusan_kemasukan.php

      Delete
  25. Askm cikgu nk tnyer...calon yng berjaya utk pengambilan 20/21 nk semak keputusan kt mana ya...

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum... Cikgu pembelajaran di MTD macam subject math addmath sains dlm BI ke BM ..sebab macam mrsm diong diajar dalam BI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Form 5 kita ajar bilingual, manakala untuk form 4 yang akan melapor nanti, kita akan ajar dalam BI selari dengan dasar PPSMI yang baru diumumkan.

      Delete
  27. Asslam...tahniah ckgu nurul.. seronok baca catatan ini. anak saya skg tahun akhir di rmc...semoga dia akan lebih berjaya bila keluar nanti.

    ReplyDelete
  28. Salam cikgu nk tanya... Kat dlm rmc tu ada kuarters guru tak... Sng klau nk tukar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Kuarters guru ada, untuk guru yang sudah berkeluarga.
      Cikgu akan masuk transfer ke sini ke?

      Delete
  29. baru tau wujudnya sek ni ya..hehehe..good info and nice blog..jd cikgu kan bgus byk pahala...btw akak share ya..kalau ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international kampus seremban-ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Cikgu Nurul, terima kasih atas perkongsian ini. Perkongsian cikgu mengingatkan saya kembali masa saya form 5 datang ke rmc program bengkel sejarah sebagai pelajar. Doakan saya suatu hari nanti menjadi salah seorang tenaga pengajar kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Semoga impian awak akan tercapai suatu hari nanti.

      Delete
  31. Assalamualaikum Cikgu Nurul, terima kasih atas perkongsian yg sangat membantu di atas. Cikgu boleh beritahu macam mana intake 2021 ye? Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum ..Cikgu basic untuk tahu kemasukan mtd ni payah tak...saya teringin nak masuk sbb saya nk jadi macam pak su saya ...saya cuma takut satu saja cikgu. .Saya takut tidak lepas saja sbb ini hasrat saya kepada mak dan ayah saya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak masuk sini kena kuat semangat.

      Delete
  33. Ya Allah..seronoknyaa dapat baca info ni dan komen2 yg lain..dpt jg banyak input..saya baru nak study ttg MTD ni sbb anak sgt berminat dan baru nak apply sept nnti..tq cikgu atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama puan. Semoga anak puan dapat bergelar Putera MTD suatu hari nanti

      Delete
  34. Saya nak bertanya adakah pembelajaran di MTD ada pengkhususan utk TUDM/ TLDM atau pembelajaran secara umum ketenteraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada pengkhususan. Kerana mereka masih di peringkat SPM. Latihan ketenteraan yg asas.

      Delete
  35. Assalamualaikum,mcm mana kalau putera d sekolah tu tak perform dlm akademik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Akan ada prosesnya seperti mana di sekolah2 berasrama penuh yg lain.

      Delete
  36. As salam cikgu, bagi murid yg memakai spek mata boleh ke memasuki mtd

    ReplyDelete
  37. Assalam wbt...cikgu yg mulia..terima kasih di atas perkongsian yg penuh makna ini...doakan lah suatu hari nnt anak saya juga berjaya bergelar Putera MTD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam w.b.t.
      Aamiinn.... semoga anak puan berjaya masuk MTD suatu hari nanti. Insya Allah.

      Delete
  38. Terima kasih cikgu ajar anak saya batch 2018.2019.dlm gbr tu ada anak saya.mohd aiman fikri.skrg dah daftar kat upnm.doakan anak saya cikgu.moga cikgu dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Aiman fikri ni anak murid yg baik, sentiasa menghormati guru. Semoga dia terus berjaya dalam bidang yg dia ceburi.

      Delete
  39. Anak saya mohd aiman fikri anak murid cikgu.2018.2019.ada dlm gbr(bravo)terima kasih cikgu atas tunjuk ajar cikgu selama 2 tahun.skrg dah daftar kat upnm.semoga cikgu dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  40. pelajar perempuan ade masuk mtd??
    saya dari dulu nk masuk mtd

    ReplyDelete
  41. Pelajar perempuan bole masuk ke,saya dari dulu nak masuk

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum cikgu nurul...
    Anak saya aru saje menjalani ujian pksk MTD...cikgu doakan semoga anak saya terpilih ya...anak saya berminat sangat nak belajar di MTD

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam w.b.t.
      Insya Allah, semoga anak puan berjaya terpilih utk belajar di MTD.

      Delete
  43. Doakan saya ya cg,,,harap harap dapat belajar di rmc tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Semoga berjaya. Buat yg terbaik semasa pemilihan nanti ya

      Delete
  44. Salam cikgu, berdasarkan pengalaman cikgu mengajar di MTD, macam mana dengan keputusan SPM setiap tahun. Ini kerana putera sibuk dengan pelbagai aktiviti adakah putera dapat memberi tumpuan sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Persiapan utk peperiksaan SPM dijalankan dengan giat pada penggal kedua Ting. 5. Aktiviti ketenteraan akan dikurangkan untuk mereka apabila SPM semakin hampir. Menjadi satu kelebihan apabila semua putera tinggal di asrama, jadi memudahkan mereka mengikuti setiap program akademik yg dijalankan / kelas2 tambahan yg dilaksanakan oleh guru2.
      untuk beberapa tahun ini alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM keseluruhan semakin meningkat saban tahun.

      Delete
  45. alhamdulillah anak saya mohammad faris syahmi berjaya mendapat tawaran menjadi putera MTD 2021..calon sabah,kami menetap di labuan tetapi berasal dri Johor...berjauhan lah dgn putra disana .... semoga dengan bimbingan guru cemerlang seperti cikgu nurul anak saya akan cemerlang dimasa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... semoga Putera Faris Syahmi dapat menjadi putera yang cemerlang di sini.

      Delete
  46. Assalammualaikum. Cikgu.. Di MTD utk add-on silibus tambahan seperti bahasa Arab atau sebagainya adakah pelajar dibenarkan? Bg aktiviti sukan pula adakah pelajar boleh memohon/memilih seperti aktif dlm sukan memanah atau sebagainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam w.b.t.
      Setakat ini kita tiada guru untuk silibus tambahan seperti bahasa arab atau bahasa asing. Setakat ini juga, belum ada mana-mana calon kami yang mengambil subjek tambahan selain daripada yang ditawarkan di maktab.
      Bagi aktiviti ko-kurikulum, pelajar boleh memilih untuk menyertai kelab sukan yang diminati semasa hari pendaftaran Ko-K. In some cases, first come first serve is applied.

      Delete
  47. Assalamualaikum cikgu nurul..menjadi guru di mtd adakah guru itu perlu menjdi warden utk boy? Dan apa fungsi guru skuad tu cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Tak perlu jadi warden. Guru skuad berfungsi untuk mengambil berat hal ehwal pembelajaran & kebajikan anak-anak skuad. Lebih kurang macam fungsi guru homeroom di MRSM

      Delete
  48. Askum cikgu nurul. Boleh tahu pakej mata pelajaran di MTD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh tonton di sini ya:
      https://fb.watch/bBgVi62iB_/

      Delete
  49. cikgu doakan ank sy dpt peluang masuk ke mtd ni utk pengambilan tahun 2022. sbb dia mmg minat sgt. cuma skrg dlm proses menurunkan berat badan.. insYallah ada rezeki dia nanti dia akan jumpa dgn cikgu nurul yg hebat ni.. Aamiin

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum cikgu, saya berminat sangat nak mohon jawatab sebagai pegawai kader di MTD, saya sedang berkhidmat di SMKA di Perak. Semoga cikgu sudi berkongsi pengalaman di email sy, fatin_mh90@yahoo.com. Ada beberapa perkara berkaitan perkhidmatan yang ingin saya dapatkan kepastian sebelum memohon pertukaran. Besar harapan saya andai cikgu sudi berkongsi.Terima kasih, cikgu.

    ReplyDelete
  51. Aslm cgu,kt maktab ni ade dual language program ke?mksudnye fizik,bio,chemistry,math,add math smua tu dlm bhs english ke bhs melayu.

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. Klau dri mrsm nk apply rmc,peluang tu cerah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Semua calon mempunyai peluang sama rata.

      Delete
  54. Hello Maam, just want to ask how to be a teacher here?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can check the vacancies on MOE website from time to time and fill in the application form.
      https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/iklan-kekosongan-jawatan-kader-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-di-kementerian-agensi-luar-kpm

      https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsm/5111-iklan-kekosongan-jawatan-kader-bagi-ppp-di-kementerian-agensi-luar-dari-kpm/file

      Delete
  55. Assalamualaiukum cikgu... boleh saya tahu subjek apa utk aliran sains sosial T4? Puas saya cari dlm mtd website dan google tapi x jumpa. Nak apply ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.
      Untuk aliran kemanusiaan, kita menawarkan mata pelajaran Sains, Perniagaan dan Pendidikan Seni.

      Delete
  56. Di MTD sains,matematik,matematik tambahan akan diajar dlm dlp ke ? , takde yg bm sahaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di mtd memang guna BM. Hanya ada 1 sahaja kelas DLP untuk setiap tingkatan

      Delete