Siri Elektrokimia (SE) dan Siri Kereaktifan Logam (SKL) merupakan dua siri susunan logam dan ion logam yang sangat
penting dalam mata pelajaran Kimia.
SE mula digunakan semasa Bab 6 Kimia Ting. 4 (Elektrokimia), manakala SKL diperkenalkan semasa Bab 3 Kimia
Ting. 5 (Redoks).
Bagi memudahkan pelajar merujuk dan menghafal
kedudukan logam / ion dalam SE dan SKL, saya menghasilkan penanda buku SE dan SKL bagi memudahkan pelajar membawanya ke mana-mana, terutamanya
setiap kali sesi PdP Kimia.
Saya memberikan pelajar penanda buku ini sejak
mereka Ting. 4 untuk digunakan sehingga Ting. 5.
Walaupun SKL
hanya digunakan semasa di Ting. 5, tetapi saya memberikan pendedahan awal
kepada Ting. 4. Ini kerana proses penentuan formula empirik oksida logam berkaitan
dengan kereaktifan logam berbanding dengan hidrogen dalam SKL.
Huraian tentang SE dan SKL serta
tanda-tanda yang terdapat dalam penanda buku ini boleh dirujuk di sini:
Langkah penghasilan penanda buku SE & SKL:
3.
Laminate
4.
Gunting kepada 4
bahagian
Jadi, setiap pelajar akan dapat 2 penanda buku: 1
penanda buku SE (2 bahagian), dan 1
lagi penanda buku SKL
Semua softcopy adalah dalam bentuk PDF bagi memastikan format tulisan & bentuk (shape) kekal semasa proses muatnaik. Jika
mahu edit, boleh tukar kepada Microsoft Word DI SINI.
Thank you for sharing. Brilliant idea.
ReplyDeleteu r welcome.
DeleteTerima kasih cikgu
ReplyDelete