Berbeza & Unik
Seperti yang pernah saya coretkan dalam entri saya yang terdahulu:“100 Hari di MTD”, maktab ini cukup berbeza daripada mana-mana sekolah lain di
negara kita. Pembentukan diri Putera yang bukan sahaja mengambil kira aspek
akademik, malah turut menekankan aspek jati diri, sahsiah, kepimpinan dan
ketenteraan. Walau apa pun, aspek pembelajaran Putera dalam bidang akademik
tidak pernah dipinggirkan.
Saya, secara peribadi, banyak menerima soalan berkaitan dengan cuti,
terutamanya pada hujung tahun. Sebenarnya, cuti sekolah di MTD sama sahaja
dengan cuti di sekolah-sekolah lain seperti yang diperuntukkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuma, terdapat beberapa program dan aktiviti
yang dijalankan semasa cuti sekolah, misalnya Program Kepimpinan & Jati
Diri yang diadakan semasa cuti pertengahan penggal 1 (bulan Mac).
Manakala pada hujung tahun pula, kami sibuk dengan persiapan Perbarisan
Tahunan Putera (POP) yang biasanya diadakan 1-2 minggu selepas peperiksaan SPM
berakhir. Jadi, ada guru yang perlu menyelesaikan tugasan tertentu, ada juga
yang boleh balik kampung dulu, bergantung pada jenis tugas yang diterima. Makan
Malam Tahunan (annual dinner) maktab
pula selalunya diadakan dalam bulan Disember, tak lama sebelum POP.
Hmmm….. harap-harap rakan-rakan guru dari sekolah lain dan kaum
kerabat dah boleh faham bab cuti di MTD ni. Kalau tak diterangkan dengan elok,
maunya orang tua di kampung merajuk hehehe……
Macam Mana Nak Masuk MTD?
Ini juga merupakan antara soalan paling famous yang selalu orang bertanya pada saya, baik daripada golongan
guru mahupun ibu bapa. Guru di MTD dibekalkan oleh KPM, bergantung kepada
kekosongan & permintaan daripada maktab. Lebih kurang macam di sekolah
biasa juga, ikut posting oleh KPM.
Untuk ibu bapa & lepasan PT3 yang berminat untuk masuk MTD,
permohonan kemasukan ke MTD dibuka pada hujung tahun. Untuk kemasukan tahun 2019,
permohonan sudah pun ditutup dan calon akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
pada bulan Januari nanti. Satu perkara suka saya pesan: kena ubah mindset. Program & aktiviti Putera
MTD cukup banyak dan padat. Rujuk poin saya di atas & entri 100 Hari di
MTD. Jadi, keseimbangan & kekuatan dari segi mental, fizikal dan emosi
adalah sangat penting. Kena pandai bahagikan masa. Jika diikutkan sangat rasa
penat, belajar kelaut lah jawabnya.
Kolaborasi
Satu perkara yang cukup menarik dan memberi banyak kelebihan di MTD
adalah jaringan dan jalinan antara kami dengan sekolah-sekolah luar termasuklah
SBP dan sekolah harian biasa. Lebih-lebih lagi Ketua Panitia Kimia saya adalah
merupakan seorang Guru Cemerlang. Banyak program kolaborasi yang telah
dianjurkan dan disertai. Antaranya adalah Program Kolaborasi Bersama SBPI Rawang dan Program Kolaborasi Santai Tapi Sampai sebelum SPM baru-baru ini.
Banyak kelebihannya bila kita jalankan program kolaborasi seperti ini,
bukan sahaja kepada para pelajar, malah guru-guru juga boleh berkongsi ilmu dan
bertukar-tukar idea berkaitan PdPc, pedagogi serta teknik menjawab soalan SPM. Putera-putera
MTD cukup seronok bila dapat join program kolaborasi ni, dia punya semangat nak
belajar tu lain macam hehe….
Setahun Bersama Regulus
Regulus adalah gelaran bagi ‘anak-anak sulung’ saya di MTD, batch 2017/2018. Memandangkan saya masuk
MTD pada hujung tahun 2017, jadi saya cuma sempat bersama mereka selama setahun
sahaja. Namun, setahun bersama mereka sudah cukup memberikan 1,001 pengalaman
berharga. Tidak keterlaluan jika saya katakan, saya lebih banyak mengenali maktab
dengan lebih mendalam melalui interaksi saya bersama boy. Rasa bersyukur sebab batch
pertama yang saya ajar di MTD adalah batch
yang bagus. Tapi, standard lah boys kann…. alaa….faham-faham ajelah
budak laki dalam kelas macam mana. Banyak kali juga saya ‘menyinga’, dan banyak
kali juga ‘cair’ haha…..
Bersama kompeni Bravo semasa Kejohanan Balapan & Padang
Malam Penutup RMC-AFAPS Exchange Programme
Semasa majlis pelancaran Program Pecutan A+ Peringkat Kebangsaan
Program Buddy Kimia
Will definitely miss all of
them!
Imbasan Program / Aktiviti
Program dan aktiviti di MTD ni sangat lah banyak. Dulu masa di sekolah
lama, rajin lah jugak nak senaraikan satu persatu. Kat sini, ada official photographer, website, facebook and
official YouTube. Korang tengok kat situ je lah.
Cuma ada beberapa program yang saya rasakan mungkin tiada di sekolah
lain. Jika ada pun, mungkin tidak di semua sekolah.
i) Program Kepimpinan di Mulu, Sarawak
Ada beberapa tempat yang dipilih bagi Program Kepimpinan semasa cuti
bulan 3, ada ditulis dalam entri sebelum ini. Saya terpilih untuk mengikuti trip
ke Mulu selama 6 hari 5 malam. Lama….dah lah takde line kat sana. Balik dah sibuk dengan urusan lain, terus tak sempat
nak update. Sempat pos dalam blog
untuk 2 hari je hehe…
Trip ke Mulu ni banyak memberikan pengalaman pertama pada saya:
Pertama kali masuk Taman Negara
Pertama kali masuk gua
Pertama kali naik pesawat tentera
Pertama kali duduk di kokpit pesawat (sepanjang perjalanan Mulu-Kuching)
Pertama kali Canopy Walk.
Muka senyum, tapi dalam hati punya berdebarrr.
2,3 jambatan yang mula-mula ok lagi, dah masuk jambatan ke-8 dan
seterusnya tak habis-habis tanya “bila nak habis niiii………”
p/s: Mulu Canopy Walk ni antara canopy
walk atas pokok yang paling panjang di dunia
ii) Kejohanan Tinju Inter-Coy 2018
Saya tak pernah minat tinju, dan tak pernah tengok orang lawan tinju.
Pertama kali tengok di Mess Putera semasa saringan, mula-mula tengok berdiri,
akhir sekali terus melekat di kerusi haha….. Perlawanan akhir diadakan secara
rasmi dengan disaksikan oleh Komandan MTD.
iii) Latihan Menembak Staf MTD
Ini antara aktiviti tahunan katanya. Semua guru & staf diberi
peluang untuk menembak, siap buat pertandingan lagi. Cuma tahun ni saya sempat
merasa pistol je, M16 belum lagi. Boy
tak payah cakap laa….diorang dah biasa latihan guna pistol & M16 ni.
iv) Program Gallery Walk
Kimia 2018
Merupakan program terbesar Panitia Kimia pada tahun ini. Dijalankan
secara usahasama dengan Panitia Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan. Banyak
keluh kesah nak jayakan program ni. Mengikut perancangan, ia dibuka kepada
pelajar-pelajar sekolah luar untuk datang.
Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka ia hanya dijalankan
di peringkat dalaman maktab sahaja.
Namun, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Insya-Allah, jika ada
rezeki pada tahun hadapan, kita akan anjurkan lagi dan buka kepada sekolah
luar.
v) Malam Teater dan Puisi MTD 2018
Bertemakan zaman kesultanan Melayu, pelbagai persembahan disajikan
oleh para putera.
vi) Kursus Kepimpinan Bakal Pemegang Pangkat di Photon Valley, Hulu
Langat
Kursus ini melibatkan putera-putera Ting. 4 yang dicalonkan sebagai
Pemegang Pangkat untuk tahun hadapan. Saya ke sana sebagai wakil guru skuad
bagi kompeni Bravo.
Perkongsian pengalaman oleh bekas Komando
vii) Program Pertukaran Pelajar RMC-AFAPS di Thailand
Rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Saya sepatutnya perlu handle slot Kimia di Benum Hill Resort
pada masa itu, tapi last minute
dipilih sebagai guru pengiring ke AFAPS, Thailand bersama dengan beberapa orang
pegawai tentera, KSM dan termasuk juga Komandan. Ikut perintah je lah…. Lama
juga, dalam seminggu macam tu. Tapi, cukup berbaloi. Banyak pengalaman baru dan
banyak berjalan hehe…
Ini juga antara entri yang sekian lama tertangguh, disebabkan kekangan
masa, tambahan pula jadual semasa di sana cukup padat.
Lawatan ke kompleks Grand Palace
Melihat proses PdPc dalam kelas
Makmal Kimia di AFAPS
Pengalaman dinner atas cruise
Pengalaman kali pertama flying fox
viii) Eksesais Nasi Mentah 2018 di Port Dickson
Secara ringkasnya disebut sebagai Ex Nasi Mentah. Merupakan program
yang melibatkan semua putera Ting. 4, meliputi latihan-latihan ketenteraan
termasuklah latihan survival dalam
hutan. Tahun ini dijalankan di Lapang Sasar Menyala Port Dickson (ok lah sikit
bagi guru pengiring).
Selalunya Ex Nasi Mentah mengambil masa hampir 2 minggu. Memandangkan
tahun ini saya perlu menjadi pengawas SPM, maka sempat ikut program ni selama 4
hari sahaja. Sempat join latihan Map
Reading & Compass Marching dengan boy.
6 jam dalam hutan oiiii…… penat toksah cakap lah, tapi best! Rasa macam nak
join lagi tahun depan, tapi kalau boy
sesat lagi, aku naik 3 tan (trak tentera) balik kem.
ix) Passing Out Parade (POP) 2018
Merupakan acara kemuncak bagi Putera Ting. 5 yang bakal menamatkan
pengajian mereka di MTD. Dimulakan dengan acara perbarisan di padang kawad,
kemudian diikuti dengan Majlis Penyampaian Hadiah di Mess Putera. POP pada
tahun ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan selaku Pegawai Tabik
Hormat.
Cabaran & Ujian
Tidak dapat dinafikan, banyak juga cabaran dan ujian yang dihadapi
sepanjang berada di sini. Namun, itu semua adalah lumrah kehidupan. Di
mana-mana tempat pun sama. Bukan namanya hidup jika tiada jatuh bangun. Tak
semua orang suka kita. Apa yang penting, Allah s.w.t. tahu niat kita, DIA tahu
apa yang kita buat. Sabar, Redha, Tawakal. Rezeki kita, DIA yang bagi.
Target 2018 & Impian 2019
Alhamdulillah…. Target peribadi untuk tahun 2018 berjaya dicapai. Cuma
tinggal proses akhir sahaja. Harap-harap semuanya berjalan lancar hingga ke
penghujung. (errr……tiada kaitan dengan jodoh ok, sila jangan salah faham =D)
Impian 2019? Cukuplah jika boleh lalui hidup dengan tenang dan gembira
bersama orang-orang terdekat tanpa terlalu banyak drama. Juga sentiasa berusaha
untuk menjadi pendidik yang lebih baik daripada saya yang sebelumnya. Harapnya
boleh budayakan lagi PAK 21 dalam kelas.
Terkenang kata-kata mantan Pengetua di Sarawak, Mr. Lau, kata beliau:
“Whatever happens, always look at the bright side.”
Galeri Gambar
Rasmi:
- Gallery Walk RMC 2018
- Kolaborasi Kimia “Santai Tapi Sampai”
- Malam Teater & Puisi 2018
- Kejohanan Tinju Inter-Coy 2018
- Latihan Menembak
- Program Pertukaran Pelajar RMC-AFAPS, Thailand
- Kursus Kepimpinan Bakal Pemegang Pangkat
- Ex Nasi Mentah 2018
- Passing Out Parade 2018
Thanks for ur story ma'am,i hope u will write more story about RMC, keep going ma'am, all the best
ReplyDeleteThank you. Insya Allah.
DeleteWell done Ma'am..
ReplyDelete-ummi.putera.mulia.perkasa.jaya.1920
Terima kasih Puan. Semoga nanti Amir pula yang akan menyinar di RMC
DeleteTerima kasih Cikgu Nurul atas perkongsian ..Saya berminat untuk mengikut jejak cikgu mengajar di MTD .Saya dalam ISMP di UiTM major Chemistry juga seperti cikgu.. Doakan saya ada rezeki untuk mendapat tempat disini .. sekarang saya baru sahaja menjalani praktikal di sebuah sekolah di Selangor.. Dalam tahun ini sekitar bulan 9 saya akan tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda.. doakan saya Cikgu untuk dapat mengajar..
ReplyDeleteSama2 cikgu Farid. Semoga dapat menamatkan Latihan Mengajar dengan cemerlang dan dapat cepat2 posting
Deleteassalamualaikum cikgu nurul. boleh saya dapatkan contact number cikgu untuk share pengalaman. jangan letak number phone disini. bahaya. hehe. email. budak_bisu@hotmail.com. saya cikgu juga. from bintulu to kemaman to puncak alam now tanjong malim.
ReplyDelete