Tuesday 1 May 2018

Kejohanan Balapan dan Padang MTD 2018

Pada 22 April 2018 yang lalu, Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Maktab Tentera Diraja ke-65 bagi sesi 2018 telah diadakan. Sebelum itu, sesi saringan telah diadakan selama dua hari. Memandangkan padang MTD masih dalam proses pembinaan, maka kejohanan pada kali ini telah diadakan di Padang UPNM. 


Pelaksanaan Kejohanan Olahraga MTD serta acara-acara yang dipertandingkan tidak jauh bezanya dengan Kejohanan Sukan Tahunan di sekolah biasa. Namun, perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah semasa acara perasmian pembukaan dan penutupan. Jika di sekolah biasa, kita dapat menyaksikan acara perbarisan rumah sukan serta badan beruniform bersama dengan maskot rumah sukan masing-masing. 

Di MTD, guru-guru tak perlu gigih memikirkan gimik perbarisan serta menyediakan maskot rumah sukan. Dah kurang satu beban. hehe.... Juga tak perlu penat menyediakan khemah rumah sukan atau sibuk menghias khemah rumah sukan. Ataupun berpenat lelah mencari baju perbarisan & menyediakan sepanduk. Ok, memang banyak kelebihan di sini. Tambahan pula, staf tentera yang banyak membantu dalam persiapan acara. 

Putera-putera di sini berbaris mengikut kompeni masing-masing dan semasa perbarisan semua putera memakai persalinan sukan yang seragam. Upacara perasmian pembukaan dan penutupan dijalankan secara ringkas sahaja mengikut acuan ketenteraan, namun ia tetap memberikan suatu pengalaman yang menarik dan unik. 

Acara perbarisan masuk padang 


Barisan 8 kompeni: Alpha, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf & Hotel 

Setiap kompeni diketuai oleh SUO masing-masing

Pembawa bendera kejohanan 

Acara perasmian dimulakan dengan SUO on duty melapor kepada Pengarah Pengajian 

Bacaan ikrar kejohanan 

Upacara menaikkan bendera kejohanan 

Ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Komandan 

SUO melapor untuk menamatkan acara 


Juara keseluruhan Kejohanan Olahraga MTD 2018: Kompeni Delta. 
Tahniah diucapkan. 

Tahniah kepada semua putera MTD yang telah terlibat & menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah pada yang menang, yang belum berjaya cuba lagi tahun hadapan. 


Corat-coret sepanjang kejohanan:

Pengalaman baru sebagai Hakim Penamat. 
Disebabkan bertugas di garisan penamat, maka banyak gambar acara balapan sajalah. Tak sempat pun nak pergi jenguk acara padang. hehe...... 

Antara peserta acara balapan



Lari laju-laju boy.... 

Bersama kompeniku, kompeni Bravo 

Tahun ini, kompeni Bravo dapat tempat ke-4 daripada 8 kompeni. 
Tahun depan cuba lagi ok. 

And lastly... sebagai menunaikan permintaan salah seorang boy dalam gambar ni yang minta maam up dalam blog dengan caption "student kesayangan". 
Teka siapa dia.. hahaha................. 

p/s: teringat dulu semasa di bawang assan. setiap kali acara sukan, terutama larian, sampai je di garisan penamat, semua pakat 'luput' beramai-ramai. haha.... tapi di sini semua fit, tiada yang luput. khemah medik kosong. 

** Kredit gambar: Sebahagian gambar dalam entri ini diambil daripada laman FB rasmi Maktab Tentera Diraja. Kredit kepada pihak IMC MTD 


No comments:

Post a Comment