Saturday 29 December 2018

Strategi, Tips & Borang Pelaksanaan PLC

PLC adalah merupakan singkatan kepada Professional Learning Community atau Komuniti Pembelajaran Profesional. PLC menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif dalam kalangan guru bagi menambahbaik kualiti PdPc dalam bilik darjah. Saya percaya semua guru pasti sudah maklum bahawa setiap PLC yang dilaksanakan boleh didaftarkan dalam laman e-SPLKPM. Rugi jika kita laksanakan PLC tapi tidak didaftarkan sebagai LaDaP. 


Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam PLC, boleh rujuk dalam laman e-SPLKPM. Cuma di negara kita setakat ini lebih berfokuskan kepada 6 strategi berikut: 

1. Lesson Study 

Lesson Study boleh dikatakan antara strategi PLC yang paling rumit dan mengambil masa. Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah apabila kita sudah biasa menjalankannya. Dalam strategi Lesson Study, kita berbincang kaedah PdPc terbaik melalui rancangan pengajaran (RPH). 

Lesson Study melibatkan 3 fasa: 

(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu panitia) 
     - pemilihan aktiviti 


(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama & pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study 


(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH 
       - adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang diajar? 


Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH tersebut dapat dicapai melalui aktiviti yang dijalankan, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan setakat fasa (iii) dan boleh diteruskan dengan perbincangan RPH untuk tajuk yang lain pula. Namun, jika banyak kekurangan yang dikenal pasti dan penambahbaikan dibuat, maka RPH yang telah dikemaskini diuji semula melalui kitaran yang seterusnya dengan mengulang semula proses (i) - (iii). 

Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti Teacher Sharing dan Video Critique. 


2. Peer Coaching 

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih: 

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati 
(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati 
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama. 

Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, juga boleh digabungkan dengan strategi Teacher Sharing. 



3. Teacher Sharing Session 

Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu berbincang tentang kaedah PdPc sesama ahli panitia, cuma tak buat laporan saja kan. Jangan risau, laporan TSS senang sahaja, hanya isi sahaja borang yang telah disediakan dalam tool kit TSS. Jangan lupa ambil gambar dan lampirkan dalam laporan. 

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang guru sahaja pun boleh. Setiap kali berbincang, ambil gambar terus, laporan boleh disediakan kemudian. 



4. Learning Walks 

Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, sambil-sambil berjalan sahaja sudah boleh hasilkan satu laporan PLC. Tapi, pastikan ada ilmu yang dikutip melalui pemerhatian terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan kosong sahaja ye. Jika bosan atau mengantuk dalam bilik guru, jalan-jalan ambil angin sambil menimba ilmu. Best kan..? 

Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap borang Learning Walks, isikan terus. Jika tidak nanti lupa apa yang diperhatikan dan laporan jadi bertangguh. Akhir sekali, laporan tidak dibuat, maka rugi lah. 



5. Video Critiques 

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia ada. 

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli kumpulan / ahli panitia dapat hadir semasa pelaksanaan Lesson Study atau Peer Coaching. Malah boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti Telegram / WhatsApp / Skype dll. Proses perbincangan lebih meluas dan lebih fleksibel. 


6. Data Analysis 

Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat. Kita tengok tajuk mana yang sukar dikuasai oleh pelajar, pelajar mana yang perlu diberikan perhatian lebih. Ini pun dah biasa sangat kita buat kan, cuma tak dokumentasikan saja, betul tak? 



Catatan: 

Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan untuk menilai dan menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. PLC dilaksanakan BUKAN untuk menilai guru yang mengajar. Guru-guru dalam kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PLC secara berkualiti. 


TOOL KIT PLC 

Berikut merupakan senarai borang berkaitan yang perlu diisi bagi melengkapkan Laporan PLC. 
Selain daripada borang-borang ini, sertakan bersama RPH bagi tajuk yang dilaksanakan PLC. 



Untuk contoh laporan PLC: 

Contoh Laporan TSS & Jurnal Peer Coaching 

51 comments:

  1. Rindu zaman ni...
    Panitia sains terbaik

    ReplyDelete
  2. Terbaik cikgu.... bahan rujukan sgt berguna utk memperkasakan amalan pendidikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....semoga kita dapat sama-sama amalkan. Insya Allah.

      Delete
  3. Terbaik Cikgu.. terimakasih atas perkongsian ini..sangat bermanafaat

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu...sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  5. Assalam cikgu ada cth borang data analisis dan rumusannya tak?...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Untuk data analisis, tiada borang khusus. Bergantung kepada bagaimana analisis dibuat di peringkat sekolah. Di sekolah saya, kami guna analisis item saja.

      Delete
  6. terima kasih cikgu maklumat cikgu sangat membantu saya..boleh tak cikgu tunjukkan contoh cara isi borang learning walks.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Cikgu.Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini tentunya perlu kejituan diri.

    ReplyDelete
  8. TQ cikgu..ilmu yg sangat bermanfaat..izinkan sy utuk share dengan rakan2 guru yg lain ye...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih. Ilmu yg sgt bermanafaat. Saya share

    ReplyDelete
  10. terimakasih cikgu perkongsian ilmu y sgt berguna

    ReplyDelete
  11. Terima kasih cikgu, satu perkongsian yang bagus

    ReplyDelete
  12. TERIMA KASIH CIKGU NURUL....ILMU YANG BERMANAFAAT...SAYA SHARE YA CIKGU

    ReplyDelete
  13. Terbaik cikgu Nurul terima kasih berkongsi ilmu pedogogi

    ReplyDelete
  14. tqvm cikgu.caraplc yg ikhlas.senang download.moga ALLAH MUDHKAN urusanmu

    ReplyDelete
  15. Thank you very much for sharing info on PLC activities

    ReplyDelete
  16. Hi...Cikgu ada contoh laporan learning walks? Boleh share? Thank you.

    ReplyDelete
  17. Thank you so much cikgu atas perkongsian contoh2 borang PLC.

    ReplyDelete
  18. Adakah setiap PLC perlu tempoh masa atau kitaran masa / proses atau adakah sekali buat pun boleh dianggap sebagai satu aktiviti PLC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, satu kitaran PLC melibatkan beberapa kali perjumpaan dan beberapa strategi berbeza yang boleh digunakan.

      Delete
  19. Terima kasih.... perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  20. terima kasih atas perkongsian ilmiah yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  21. TQ cikgu for sharing. Keep it up.

    ReplyDelete
  22. It's easy and comfort to follow.TQ

    ReplyDelete
  23. Asslm cg, ada surat siaran dari KPM untuk pelaksanaan PLC,sebab utk isi online perlukan no rujukan atau arahan pelaksanaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Ya, ada. Biasanya surat siaran berkaitan ada dalam simpanan SU LDP sekolah masing-masing. Selain daripada itu, ada JPN yg keluarkan surat untuk negeri masing-masing. Apa-apapun bagi saya, proses pendaftaran PLC dalam e-SPLKPM seharusnya dipermudahkan.

      Delete
    2. MANA YANG TERBAIK TUMPANG KONGSI YER

      Delete
  24. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN YANG BERGUNA BUAT WARGA GURU

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan bahan yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  26. Tahniah, tuisan penerangan ringkas, padat dan bermakna. Mohon izin perkongsian borang.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih cikgu atas perkongsian borang2 plc, yang amat saya perlukan. Semoga cikgu dirahmati & dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  28. terima kasih cg atas perkogsian ilmu yag bermanfaat ini. baru lebih jelas tentang PLc. Izinkan saya guna yer dan mohon halalkan.. terima ksiah sekali lg

    ReplyDelete
  29. Perkongsian yang amat bermanfaat. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih cikgu..perkongsian yg bermanfaat, semoga cikgu dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  31. terima kasih cikgu nurul, perkongsian yang sangat bermanafaat. semoga pahalanya berterusan insyaAllah..

    ReplyDelete
  32. Terima kasih cikgu..perkongsian yg bermanfaat, semoga cikgu dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  33. terima kasih atas perkongsian ilmu.Semoga cikgu mendapat keberkatan atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  34. Terima kasih cgu Nurul, perkongsian yg sgt bermanfaat.

    ReplyDelete