Sunday, 23 July 2017

Perkongsian Amalan Terbaik PdPc Abad ke-21

Selari dengan perkembangan dunia pendidikan yang menuju ke arah pembudayaan KBAT, awal tahun 2017 kami mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam PdPc bagi abad ke-21 peringkat Panitia Sains. Saya diminta oleh Ketua Panitia untuk menjadi penceramah bagi sesi LDP ini. 


Sesi LDP dijalankan secara santai. Sementelahan pula anggota panitia kami tidak ramai, cuma 5 orang sahaja. 

Kaedah PdPc abad ke-21 yang dibincangkan adalah kaedah-kaedah yang telah saya sendiri aplikasikan serta yang dirasakan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar kami. 



Antara strategi PdPc abad ke-21 yang kami kongsikan adalah: 

1. Round Robin 
2. Rally Robin 
3. Rally Coach 
4. Think Pair Share
5. Team Pair Solo 
6. Jigsaw 
7. Give One, Get One
8. Carousel Brainstorm 
9. Gallery Walk 
10. 2 Stay, 2 Stray 
11. Hot Seat 

Turut dikongsikan adalah teknik-teknik kawalan kelas seperti Quiet Signal, Kad Traffic Light & Give Me Five. Saya sendiri sering menggunakan teknik Quiet Signal. Memang berkesan! (at least untuk pelajar saya lah...) 

Penjelasan bagi setiap teknik & strategi di atas boleh dirujuk dalam slaid power point yang boleh dimuat turun di bawah: 


Semoga Bermanfaat! 

7 comments:

  1. Tahniah cg. Slaids n perkongsian yg baik. 👏👏👏

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Nurul..saya pun dah bookmark page ni.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete