Sunday, 6 May 2018

Ujian Pengesahan Gas

Soalan ujian pengesahan gas merupakan salah satu soalan yang biasa ditanya dalam Kertas 2 Kimia. Biasanya soalan ini memperuntukkan 3 markah ataupun 2 markah. Ramai pelajar yang tidak dapat markah penuh untuk soalan seperti ini bukan kerana mereka tidak dapat menjawab atau tidak tahu. Jawapan sudah betul, cuma tidak lengkap.


Kesilapan Umum

Berikut merupakan antara contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar:

1. Ujian pengesahan gas karbon dioksida
    Jawapan pelajar:
    - guna air kapur  (X)
    - air kapur menjadi keruh (Ö)

2. Ujian pengesahan gas hidrogen
    Jawapan pelajar:
    - guna kayu uji bernyala (X)
    - bunyi ‘pop’ terhasil (Ö)

Berdasarkan dua contoh jawapan di atas, pelajar hanya dapat 1 markah sahaja untuk pemerhatian.  
Soalan bukan tanya perlu guna apa, tetapi perlu diterangkan bagaimana ujian tersebut dijalankan.

3. Ujian pengesahan gas klorin
    Jawapan pelajar:
    - guna kertas litmus biru (X)
    - bertukar merah  (X)

Dalam jawapan bagi soalan no. 3, ada tiga kesilapan yang dilakukan oleh pelajar.
i)                    Tidak menyatakan bagaimana ujian tersebut dijalankan
ii)                   Tiada perkataan ‘lembap’, sepatutnya: kertas litmus biru lembap
iii)                 Point kedua tidak lengkap, apa yang bertukar merah?


Tips Menjawab Soalan Ujian Pengesahan Gas

Bagi mendapatkan 3 markah penuh untuk soalan ujian pengesahan gas, 3 perkara berikut perlu disertakan dalam jawapan:

1. Prosedur / Kaedah (Procedure)
2. Pemerhatian (Observation)
3. Kesimpulan (Conclusion

Secara ringkasnya, ingat POC (procedure, observation, conclusion)


Ujian Pengesahan Gas

Jenis Gas
Sifat Fizik
Ujian Pengesahan Gas
Prosedur (Procedure)
Pemerhatian (Observation)
Kesimpulan (Conclusion)
Oksigen
Tidak berwarna
Masukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji yang mengandungi gas oksigen

Kayu uji berbara menyala
Menunjukkan kehadiran oksigen
Karbon dioksida
Tidak berwarna
Lalukan gas karbon dioksida ke dalam air kapur

Air kapur menjadi keruh
Menunjukkan kehadiran gas karbon dioksida
Hidrogen
Tidak berwarna
Letakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji yang mengandungi gas hidrogen

Bunyi ‘pop’ terhasil
Hidrogen hadir
Gas Ammonia
-Tidak berwarna
-Berbau sengit
Masukkan kertas litmus merah lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas ammonia

Warna kertas litmus merah lembap menjadi biru
Gas ammonia disahkan hadir
Sulfur dioksida
-Tidak berwarna
-Berbau sengit & menyesakkan nafas
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas sulfur dioksida

Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah
Gas sulfur dioksida disahkan hadir
Lalukan gas sulfur dioksida ke dalam larutan kalium manganat(VII) berasid

Warna ungu larutan KMnO4 berasid dinyahwarnakan

Lalukan gas sulfur dioksida ke dalam larutan kalium dikromat(VI) berasid

Warna larutan kalium dikromat(VI) berasid berubah daripada jingga kepada hijau.
Gas Klorin
-Berwarna kuning kehijauan
-Berbau sengit
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas klorin

Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah, kemudian dilunturkan
Gas klorin disahkan hadir
Nitrogen dioksida
-Berwarna perang
-Berbau sengit
Masukkan kertas litmus biru lembap ke dalam tabung uji yang mengandungi gas nitrogen dioksida

Warna kertas litmus biru lembap menjadi merah
Menunjukkan kehadiran gas nitrogen dioksida
Larutkan gas nitrogen dioksida dalam air

Larutan tidak berwarna terhasil


*Catatan: sekiranya soalan tidak menyatakan jenis gas yang perlu disahkan, maka dalam bahagian prosedur, TIDAK PERLU menyatakan nama gas. Cukup sekadar menyatakan "gas tersebut" 

*Muat turun nota ini DI SINI 

5 comments:

  1. Menarik. Zaman sekolah dulu suka sangat kalau buat ujikaji ni. 😀

    ReplyDelete
  2. Aslam cikgu apakah Nama ujian tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengesahan kehadiran oksigen dan hidrogen

      Delete
  3. Aslam cikgu apakah Nama ujian tersebut

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing, this is so beneficial cikgu :)

    ReplyDelete