Monday 30 May 2016

Sambutan Hari Guru 2016: Sederhana tapi Meriah!

Sambutan Hari Guru di SMK Bawang Assan baru sahaja berlalu pada hari Jumaat yang lepas. Kami menunggu sehingga habis peperiksaan pertengahan tahun untuk menyambutnya. Seperti biasa, sambutan di sekolah kami diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan. Namun, ianya tetap meriah ditambah pula tahun ini kami membuat sedikit kelainan di mana sambutan diadakan di gelanggang bola tampar dengan pentas terbuka. 

Pentas terbuka dibina bagi tujuan sambutan Pra-Gawai yang diadakan sehari sebelumnya, dan terus digunakan bagi tujuan sambutan Hari Guru. 


Majlis sambutan Hari Guru dimulakan dengan perarakan masuk barisan guru ke gelanggang terbuka melalui pintu gerbang yang dibina khas. 

Aturcara Pembukaan 

 Bacaan perutusan Hari Guru oleh Cikgu Azairuddin 

 Ucapan wakil pelajar, Ketua Pengawas, Mohd Hanif 

 Ucapan perasmian oleh Pengetua, Mr. Lau Siah Teck 

 Persembahan pembukaan: tarian ngajat oleh pelajar-pelajar asrama 

Lafaz ikrar hari guru diketuai Tuan Pengetua, diikuti nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia" & "Pendidik Bumi Kenyalang" 


Penyampaian Hadiah 

Barisan pengawas mengagihkan hadiah kepada semua guru SMKBA berupa sehelai baju-T berwarna hijau yang telah disumbangkan oleh AB Trading, badan koperasi sekolah dan PIBG. Rupa-rupanya dalam plastik baju-T tersebut ada sepasang whiteboard marker beserta refill. Nampak je marker rasa gembiranya.... hehe.... 


Sementara guru-guru menerima hadiah masing-masing, kami diperdengarkan deklamasi sajak oleh Nur Safikah dari kelas 3B. 


Seterusnya, kami menerima hadiah khas daripada Tuan Pengetua berupa bekas tupperware, di mana ianya disediakan oleh Tuan Pengetua sendiri. Nama guru disebut satu persatu beserta dengan 'gelaran' masing-masing. 

Antaranya: 

 Guru lelaki paling comel, Cikgu Su 

 Guru paling unik & kreatif, Cikgu Irene 

 Cikgu paling 'cool', Cikgu Sembi (KB sains math) 

 Cikgu paling kemas, Cikgu Giyong 
(seriously, memang takde sapa boleh lawan kekemasannya dari segi baju, meja guru, fail dll...) 

 Cikgu paling garang tapi tetap 'sweet', Cikgu Patrick (PKKK) 

 Cikgu paling romantik, Cikgu Daniel 

 Cikgu paling tinggi & paling kelakar, Cikgu Fong 

 Cikgu perempuan paling comel, Cikgu Yii (KP Sains) 

 Cikgu paling ayu, lemah lembut, sopan santun, Cikgu Chiam 

Cikgu paling pantas bertindak, Cikgu Norhidayah 

Seterusnya, kami dihiburkan dengan persembahan lagu "You Raise Me Up" oleh beberapa orang pelajar Tingkatan 4 (6 daripadanya pelajar 4 Sains). 


p/s: cikgu-cikgi diharap jangan terasa dengan gelaran yang diberi tu ya..... saya cuma mengikut arahan saja. hehe....... 

Anugerah Khas Pengawas 

Barisan Lembaga Pengawas tidak ketinggalan membuat kejutan buat para guru dengan menyampaikan anugerah khas sempena Sambutan Hari Guru. 


Antara guru-guru yang bertuah adalah:

 Cikgu Irene - guru P paling menawan 

 Cikgu Giyong - guru L paling menawan 

 Cikgu Damasus 

 Cikgu Willy, ketua warden asrama 

 Cikgu Madya - guru paling banyak terima kad hari guru 

Elozia - pelajar paling banyak berikan kad hari guru 


Majlis Perpisahan 

Baru-baru ini, KB VoTek kami, Cikgu Esmandi menerima surat kenaikan pangkat dan dipindahkan ke SMK Semop. Manakala seorang lagi guru, Cikgu Rolland menamatkan tempoh sebagai guru ganti dan bakal posting. 

Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan dan mengadakan majlis perpisahan untuk kedua-dua orang guru tersebut di samping menyampaikan hadiah penghargaan buat mereka sepanjang berkhidmat di SMKBA. 

 Amanat terakhir Cikgu Es buat anak-anak pelajar SMKBA 

 Ucapan perpisahan Cikgu Rolland 

Hilang seorang 'orang kuat' dalam bidang sains math 


Sukaneka Guru 

Slot terakhir adalah acara sukaneka yang melibatkan semua guru SMKBA termasuklah Pengetua & barisan PK. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan, di mana setiap ahli kumpulan perlu melaksanakan suatu tugasan di stesen yang ditetapkan. 

Terdapat 5 stesen semuanya: 

 Stesen 1: kupas bawang guna tangan 

 Stesen 2: masukkan & susun manik dalam benang 

 Stesen 3: teka apa dalam kotak 

 Stesen 4: "Musang Berjanggut" (mengasingkan biji-biji kacang mengikut jenis) 

 gigih.....gigih..... 

 Hasilnya............

 Stesen 5: pecahkan belon 

 Kami dapat nombor 2. yeay....!! 

Kumpulan yang dapat tempat pertama. Tahniah !! 


Kejutan terakhir 

Acara sukaneka sepatutnya menjadi acara penutup pada hari tersebut. Rupa-rupanya Lembaga Pengawas menyediakan satu lagi kejutan buat para guru. Mereka mempersembahkan lagu bertemakan guru secara beramai-ramai. Saya sendiri selaku guru MC pun tidak mengetahui tentang kejutan ini. Memang surpriselah....terbaik pengawas SMKBA! 



Di Sebalik Tabir 

 Latihan persembahan "You Raise Me Up" 

 Proses pembinaan pentas yang dipantau oleh Tuan Pengetua sendiri dari pagi sampailah senja


 Persiapan hiasan pentas oleh Cikgu Giyong & Cikgu Rosmaliana

 Hasil kreativiti Cikgu Giyong & Cikgu Ros

 Dari meja MC

 Barisan pengawas

 Barisan 'kumang' & 'keling' yang mempersembahkan tarian ngajat

Kek hari guru yang agak 'sadis' menengoknya. heheh......

 Bekas-bekas "tupperware" sumbangan Pengetua

The "Fantastic Four" of SMKBA 


PENGHARGAAN 

Sambutan Hari Guru tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa persiapan rapi oleh AJK-AJK yang terlibat. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat: 

1. Tuan Pengetua, Mr. Lau Siah Teck, yang menaungi & bersama-sama dalam persiapan majlis sejak dari awal sehingga ke akhirnya. Terima kasih juga atas hadiah & penghargaan Tuan Pengetua buat semua guru SMKBA. 

2. Penyelaras Majlis Sambutan Hari Guru, Cikgu Madya bersama barisan Lembaga Pengawas 

3. Cikgu Willy - orang kuat dalam persiapan majlis, terutama bab menyiapkan pentas, sejak sambutan Pra-Gawai sehinggalah sambutan Hari Guru, juga menjaga PA System agar berfungsi dengan baik. 

4. Cikgu Giyong & Rosmaliana - yang bertungkus lumus menyiapkan hiasan pentas, menunggu sehingga saat langit menjadi jingga. 

5. Cikgu Alicia & Cikgu Seow - yang gigih membungkus & melabelkan semua hadiah dalam masa yang singkat

6. Cik Joelanda - yang telah melatih pelajar untuik persembahan tarian ngajat 

7. Cikgu Hii Lu Hua - yang tidak segan mengutip sampah bersama pelajar demi memastikan kawasan persekitaran majlis bersih dan terjaga. 

8. Cikgu Paul Hijau - yang melatih dan membimbing pelajar untuk persembahan koir. 

9. Cikgu Norhidayah - penyelaras acara sukaneka guru, tahniah atas acara sukaneka yang gembira walaupun persiapan dilakukan dalam waktu yang cukup terhad 

10. Tidak dilupakan buat rakan AJK Pengacara Majlis, Cikgu Fatima - terima kasih kerana tolong sediakan draf awal untuk MC, terima kasih kerana memahami rakanmu ini terkejar-kejar untuk prepare for LDP hari Rabu, latih persembahan pelajar, pegi meeting di ppd hari khamis & sediakan sajak untuk persembahan sajak pelajar. 

11. Barisan pentadbir SMKBA & semua guru serta staf sokongan yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih atas sokongan padu semua pihak. 


Tidak dilupakan juga buat pelajar-pelajar berikut: 

1. Barisan pengawas - terima kasih atas sokongan perjalanan majlis, terima kasih juga buat kejutan-kejutan yang tidak disangka 

2. Pelajar-pelajar 4 Sc yang mempersembahkan lagu "You Raise Me Up" dengan sehabis baik, Masing & Asnie bersama konduktor, Francis Bajai, serta barisan penyanyi latar, Estherina, Ashley, Nuraieyda dan Marion (4A2) 

3. Nur Safikah - terima kasih atas deklamasi sajak yang hebat. minta maaf sebab cikgu cuma sempat sediakan sajak saja, tapi tak sempat bersama kamu semasa latihan 

4. Pelajar-pelajar asrama yang terlibat dalam persembahan tarian Ngajat 

5. Barisan pelajar yang terlibat dalam persembahan koir lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku 


TAHNIAH & TERIMA KASIH SEMUA !!!! 

Jumpa lagi pada tahun hadapan........ 


p/s: rasanya inilah entri paling panjang, paling lama ditulis & penghargaan paling panjang setakat ini..