Thursday 13 September 2018

Target Kimia SPM 2018

Berikut merupakan senarai tajuk / subtopik yang dijangka akan ditanya dalam KERTAS 3 peperiksaan Kimia SPM pada tahun ini. 

Bagi soalan kuantitatif, iaitu soalan yang melibatkan bacaan radas eksperimen: 
- Pentitratan asid-bes (radas: buret) 
- Sel Kimia (radas: voltmeter) 
- Haba tindak balas (radas: termometer) 

Bagi soalan kualitatif pula: 
- Pengaratan paku besi 
- Tindak balas logam kump. 1 dengan air / oksigen 

Perancangan eksperimen: 
- Kadar tindak balas 
- Haba tindak balas 
- Penggumpalan lateks 
- Elektrolisis 

Harus diingat, ini hanyalah tajuk yang diberi fokus lebih. Bukan bermakna tidak perlu ulangkaji tajuk lain. 

Untuk kertas 2, adalah agak sukar untuk diramalkan secara tepat. Kebiasaannya, target untuk untuk Kertas 2 hanya betul sebahagian sahaja, sebahagian lagi tidak tepat. 

Jadi, nasihat saya buat semua calon Kimia SPM jika anda target untuk mencapai keputusan cemerlang dalam Kimia SPM, tak perlu target Kertas 2. Jangan ambil risiko untuk fokus pada soalan target, anda akan kehilangan 50% peluang untuk dapat gred cemerlang. 

Kertas 2 ada 10 soalan, 6 soalan struktur dan 4 soalan esei yang merangkumi hampir semua tajuk dalam Kimia.  Kuasai semua tajuk, terutama tajuk-tajuk asas Ting. 4, pasti lebih tinggi peluang untuk dapat A/A+ dalam Kimia. Insya-Allah. 


p/s: mohon untuk TIDAK DISALIN (copy n paste) secara terus daripada laman ini. 

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Maam Hanim...boleh tak maam share soalan spot untuk exam PAT form 4...Especially experiment paper 3 and focus topic for paper 2..thank you maam kalau maam sudi share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Yang ni share peringkat dalaman je lah boy....buat apa share kat sini. =D

      Delete
  3. cikgu,doakan saya ..saya nak mengajar di mtd satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Boleh saya screen shoot antar kat cg kimia saya boleh

    ReplyDelete
  5. assalam boleh saya contact cg tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w"salam. boleh emel saya: honeym.ismail@gmail.com

      Delete