Saturday 1 June 2019

Senarai Semak Urusan Pemindahan Kereta dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung

Pertama sekali, tahniah kepada semua guru yg dapat berpindah utk sesi pertukaran bulan Jun ini.
Bagi yg bertukar dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung, sudah tentu banyak perkara & harta benda yang perlu diuruskan.
Saya nak kongsi tentang urusan pemindahan kereta.

Bagi guru yang perkhidmatannya di SS melebihi 5 tahun, guru layak dapat elaun kargo. Yang ni kena tunggu surat rasmi dari KPM & perlu berurusan dengan kerani sekolah. Prosesnya agak lama kerana perlu tunggu tender dsb.

Bagi mereka yang tak dapat elaun kargo (seperti saya), nak tak nak terpaksalah uruskan sendiri. Berikut adalah senarai semak perkara yang perlu dilakukan untuk proses penghantaran kereta ke semenanjung:

1. Pilih syarikat kargo yang sesuai & berpatutan
~ Buatlah carian melalui laman web atau media sosial atau bertanyakan rakan2 lain yang ada pengalaman
~ Survey beberapa syarikat untuk bandingkan servis, pakej & harga
# saya dulu guna servis Hantarkeretaku.com (Rizstwo Trading & Services)

2. Tentukan servis yang diperlukan
~ Penghantaran kereta sahaja, atau
~ Penghantaran kereta & barang (guna kontena)

3. Pilih pakej yang diperlukan
~ Port to port
~ Door to port
~ Port to door
~ Door to door
Harga sudah tentu berbeza. So, choose wisely.
# saya pilih door to door. Maksudnya syarikat kargo akan ambil kereta kita di rumah & bila sampai port klang, mereka akan hantar kereta kita sampai ke rumah juga.

4. Ketahui terma & syarat
~ Hubungi syarikat kargo. Biasanya mereka akan terangkan mengenai syarat2 yang berkaitan, termasuklah barang2 yang dibenarkan ada dalam kereta semasa penghantaran & barang2 larangan.
~ Ikut saja semua syarat, jangan ingkar. Kalau tak, menangislah kereta kena tahan dengan kastam.

5. Pilih tarikh penghantaran
~ Perjalanan kapal ulang alik ambil masa beberapa hari, custom clearance lagi. Jadi, kapal tak berlayar setiap hari.
~ Hantar lah kereta dekat dengan tarikh pergerakan kapal, supaya kita pun tak menunggu terlalu lama.
~ Tempoh penghantaran biasanya mengambil masa 1-2 minggu.

6. Pelepasan daripada bank
~ Jika kereta masih dalam pinjaman (loan), perlu maklumkan kepada pihak bank. So, takdelah bank ingat kita nak bawak lari kereta.
~ Bawak kita punya surat arahan pertukaran stesen bertugas, tunjuk pada pihak bank.
~ Bank akan keluarkan satu surat pelepasan (release letter) untuk kereta tersebut dipindahkan ke semenanjung. Kalau takde release letter ni, tak pasal2 nanti kereta kena tahan dengan kastam.
~ Alang-alang tu, terus mintak salinan asal geran kereta (original copy of green card). Selalunya geran asal akan diberi oleh bank lepas kita dah habis bayar kan, tapi takkanlah dah habis loan nanti nak datang balik SS semata2 nak ambik geran kereta ye tak. Biasanya bank akan bagi.

7. Cukai Jalan (Road tax)
~ Kadar bayaran cukai jalan di SS adalah lebih rendah daripada Semenanjung
~ Mengikut peraturan, kereta yang guna cukai jalan SS hanya boleh digunakan di sana saja
~ Tapi dalam situasi tertentu yang menyebabkan kita terpaksa bawa kereta itu ke Semenanjung, cukai jalan SS itu boleh sah digunakan dalam tempoh 3 bulan.
~ Dalam tempoh 3 bulan itu, pastikan dokumen yang mengesahkan pemindahan kereta spt shipping invoice sentiasa ada bersama & ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika perlu (misalnya semasa road block)
~ Selepas 3 bulan, jika cukai jalan kita belum tamat tempoh, kita hanya perlu bayar kadar perbezaan harga cukai jalan bagi bulan yang berbaki sahaja. Rujuklah ke JPJ.

8. Barang dalam kereta
~ Mungkin ada syarikat benarkan letak barang dalam kereta semasa penghantaran, ada juga yang tidak benarkan. Jadi, pastikan tanya dulu.
~ Jika nak letak barang dalam kereta, bungkus barang elok2, paling bagus kalau boleh wrap macam kat airport.
~ Labelkan setiap kotak.
~ JANGAN sesekali letak barang berharga
~ Barang2 elektrik & elektronik tidak dibenarkan oleh kastam.
~ Segala aksesori tambahan dalam kereta better kita turunkan & bungkus.

9. Lain-lain Tips & Pengalaman
~ Kita tak tahu sepenuhnya keadaan kereta atas kapal, siapa orang2 sekeliling, pekerja kapal macam mana, so better be safe than sorry. Sebab tu jangan letak barang2 yang bernilai.
~ Saya dulu, ada 1 kotak yang ada kesan orang bukak kat tepi, walaupun dah label kat atas. Mungkin kastam, mungkin juga orang lain. Sebab tu jangan nak tipu2 masuk barang larangan, takut kastam bukak.
~ Masa dapat balik kereta, ada bau asap rokok, dan tempat cucuh rokok yang tak pernah saya sentuh telah terbuka.

Apa-apa pun, saya cukup berpuas hati dengan servis penghantaran kereta saya. Yang paling penting, kereta tiba di pintu rumah dengan selamat dalam tempoh yang lebih singkat daripada jangkaan.
Semoga urusan anda juga dipermudahkan ^_^

7 comments:

  1. yes agree, nice tips utk persediaan membuat penghantaran kenderaan.

    ReplyDelete
  2. www.ayumart.my. harga rm1300. Promosi Gila Gila sampai Bila bila

    ReplyDelete
  3. penerangan yang sangat terperinci dan jelas..

    ReplyDelete
  4. Assalam kak nurul, nak tanya berapa lama ye akak dduk sana baru dpt tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Saya di sana lebih kurang 7 tahun.

      Delete
  5. Assalamualaikum cikgu, berapa lama kastam ambil masa untuk check kereta yang telah sampai di port. Ejen ada bgtau dan apakah term "etd" delivery kereta pada owner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Biasanya tak lama pun, dalam 1 hari je. Etd delivery tu estimated delivery, bila dijangka kereta kita akan sampai.

      Delete