Saturday, 7 May 2016

CNY 2016: Merentasi Budaya, Menuai Semangat Sejiwa Senada

Sambutan Tahun Baharu Cina pada bulan Februari (3 bulan lepas. haha....)

Tuntutan tugas menyebabkan artikel ini tertangguh sekian lama. Rasa mahu cancel saja. But since I can't stop smiling when look at all those pics, so i thought why not just share it anyway.


Cuti CNY baru-baru ini saya tidak pulang ke kampung, tambahan pula mahu pindah rumah, so just stay di Sibu saja. Jadi, saya bersama beberapa rakan sekerja & beberapa orang pelajar ambil kesempatan untuk ke rumah Tuan Pengetua di Sarikei.


Kemudian, kami ke rumah Cikgu Hii di Bukit Lima.


Keesokannya, saya ke rumah ex-student, Yii Siew Ming n Yii Siew Hong - boleh dikatakan wajib pegi rumah mereka setiap kali CNY. (tqvm Yii untuk limau sebakul. sebulan saya ambil masa untuk habiskan. haha....).


Sambutan CNY 2016 peringkat sekolah diadakan pada 19 Februari. Buat di Pusat Sumber saja, sebab bajet tak banyak. Tapi, tetap meriah dan best.

Angpau-angpau yang dilekatkan untuk diambil seorang satu. Jumlah duit dalam setiap sampul berbeza, so nasiblah kalau dapat sikit atau banyak:


Sebelum masuk, semua orang perlu tulis kaligrafi Cina dulu. (lupa sudah apa maksudnya, tapi kalau tak silap ada kaitan dengan kekayaan & kesihatan juga).

Amacam....terer tak..? hehe.....


MC for the day, Mr. Lim 


Ucapan Pengetua. Sempat cerita sejarah sambutan CNY 


 Yee Sang menunggu untuk digaulkan. 



Perasmian sambutan CNY: upacara menggaul yee sang 




 Persembahan pelajar-pelajar cina 


Pemberian angpau kepada para pelajar 


 'Orang kuat' sambutan kali ini: Mr. Su 


 Guru-guru tionghua di SMKBA


 Geng Panitia Sains. (missing in action: Cg Sembi & Esmandi)



GONG XI FA CHAI!!! 

No comments:

Post a Comment