Sunday 26 February 2017

Aplikasi Ketumpatan dalam Kehidupan Seharian

1. Kayu balak
Di tempat yang mempunyai banyak sumber kayu balak & sungai yang besar seperti negeri Sarawak, sungai merupakan antara mod pengangkutan utama termasuklah untuk mengangkut kayu balak.
Kayu balak kurang tumpat daripada air. Jadi, ia akan terapung di permukaan air.

sumber: google images  


2. Rakit
Rakit biasanya diperbuat daripada buluh. Buluh kurang tumpat daripada air & boleh terapung di permukaan air.

 sumber: google images  


3. Kapal selam
Kadar ketenggelaman kapal selam dalam laut boleh diubah-ubah dengan mengubah isipadu air dalam tangki ballast.
Apabila tangki ballast dipenuhi air, ketumpatan kapal selam bertambah, maka kapal selam akan tenggelam lebih dalam.
Apabila air dalam tangki ballast dikurangkan / dikeluarkan, ketumpatan kapal selam berkurang, maka kapal selam akan naik ke atas.

sumber:  http://buoyantforce.weebly.com/


4. Laut Mati
Laut Mati yang terletak di perairan Jordan merupakan laut yang paling masin di dunia. Ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi menjadikan kemasinannya adalah 9.6 kali lebih tinggi berbanding laut biasa. Disebabkan kandungan garam yang tinggi, Laut Mati mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air laut yang lain. Oleh itu, manusia & kebanyakan objek boleh terapung di permukaan Laut Mati.

  sumber: google images  


5. Telur
Aplikasi ini tiada dalam sukatan pelajaran di sekolah, tapi bagus juga untuk sekadar berkongsi.
Cara mudah untuk mengenal pasti telur yang masih baru & telur yang sudah rosak.
Telur biasa mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air biasa. Jadi, telur akan tenggelam dalam air.
Telur yang rosak mempunyai kandungan udara yang lebih tinggi berbanding biasa (semakin lama usia telur, semakin banyak udara yang masuk melalui kulit telur)

sumber: https://food-hacks.wonderhowto.com/

Isipadu udara yang tinggi mengurangkan ketumpatan telur. Jadi, telur yang sudah rosak / hampir rosak akan terapung dalam air.

 sumber: http://blackandwhite999.blogspot.my/


** Untuk demo / aktiviti ketumpatan: klik DI SINI 

10 comments:

  1. Macam mna nak terangkan tentang konsep kapal Yg masuk ke dalam sungai.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungai kurang tumpat daripada air laut. Jadi, kapal akan tenggelam lebih dalam di sungai berbanding air laut.

      Delete
  2. boleh cikgu terangkan tentang three layer tea?

    ReplyDelete
  3. Boleh cikgu terangkan ketumpatan bagi pelampung?

    ReplyDelete
  4. cikgu selain contoh ketumpatan,apa lagi contoh selain kat atas tu?

    ReplyDelete
  5. Mohon konsi untuk pendidikan anak-anak murid tahun 3

    ReplyDelete
  6. terima kasih ajar saya😊

    ReplyDelete