Saturday 9 December 2017

Expo Negaraku 2017

Hari ini berpeluang untuk berkunjung ke Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebenarnya expo ini sudah hampir sebulan berlangsung, iaitu bermula pada 15 November dan akan berakhir pada 15 Disember ini. Nasib baik sempat juga datang berkunjung ke sini sebelum ia tamat. 


Expo Negaraku memaparkan sejarah pembangunan negara serta infrastruktur terkini yang telah dan sedang dijalankan. Dibuka bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam dan masuk adalah PERCUMA. 


Beratur untuk masuk. Pengunjung akan dilepaskan ke dalam kubah secara berperingkat supaya jumlah pengunjung di dalam tidak terlalu ramai pada satu-satu masa. 

Pameran di Expo Negaraku dibahagikan kepada 5 buah kubah, di mana setiap kubah mempunyai tema yang tertentu. Pada mulanya, kami beranggapan pameran di sini tidak ubah seperti pameran di muzium, mahupun ekspo biasa. Namun, telahan kami jauh tersasar. Ini kerana semua pameran di Expo Negaraku adalah berbentuk interaktif dan digital. Jadi, tidaklah bosan, malah sangat mengujakan. 


Kubah 1: Rasa Bertuah Dirasai Bersama 

 Dalam kubah pertama. Menunggu tayangan video 



Kubah 2: Kemudahan Infrastruktur 

Semasa mula-mula masuk Kubah 2 ni, kita kena 'runtuhkan' bukit untuk bina terowong baru boleh masuk ke dalam. Ia menunjukkan bagaimana terowong dibina untuk pembangunan jalan raya, stesen tren bawah tanah dan sebagainya.

Kemudian, kita menuju ke stesen tren LRT untuk ke destinasi seterusnya.

 Menunggu ketibaan tren. 
Dalam tren, kita dibawa menelusuri sepanjang laluan tren yang pelbagai termsuklah LRT, Komuter, MRT dan MyHSR 

 Simulasi bawa tren di China 

 Meninggalkan komen tentang Expo Negaraku atau apa-apa sahaja berkaitan negara 

 Buku Digital. Belek menggunakan isyarat tangan je. 

 Ruangan mewarna untuk kanak-kanak. 

Hasil mewarna diimbas dan dipaparkan di skrin. Gambar yang diwarnakan yang pada asalnya pegun semuanya bergerak. 


Kubah 3: Kehidupan & Kesejahteraan 


 Sejarah telefon. Jika ada telefon yang berdering, sila angkat. Nanti dapat sembang dengan PM. 
p/s: telefon merah tu telefon asal kat rumah mak saya dulu-dulu. 

 Infrastruktur yang ada di negara kita. Setiap lubang ada video disediakan. 


 Pameran bidang pertanian: kelapa sawit & sawah padi 

 Jenis-jenis sumber tenaga di Malaysia. 

 Paparan sumber tenaga tersebut akan menyala apabila disentuh. 

 'On'kan suis dulu, barulah lampu menyala 

 Jom belajar cara-cara menggalah kelapa sawit. 

Video 360 darjah. 

Kubah 4: Gaya Hidup Malaysia 


 Air terjun & jambatan gantung. Menuju ke stesen kereta kabel Langkawi

 Dalam kereta kabel. 
Kita akan dibawa menelusuri Pulau Langkawi, seterusnya projek lebuhraya PLUS.

Masa untuk menunjukkan bakat terpendam. Boleh pilih jenis tarian. Penari iringan akan muncul secara visual. 

Kubah 5: Masa Depan Kita 

Dalam kubah 5, tayangan video adalah secara 360 darjah. Kalau masuk awal, boleh ambil tempat kat bantal empuk merah kat depan tu, lepas tu tengok tayangan sambil baring dan makan popcorn. Macam dalam panggung wayang gituu.... 
Yang lain menyandar ajelah kat palang-palang yang disediakan. 


Selepas habis menjelajah kesemua kubah expo, bolehlah berehat sambil menjamu selera di Makan Makan @Expo Negaraku 2017 yang berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Banyak food truck yang menarik dan sedap. Tempat makan juga disediakan.




Rasa sangat berbaloi berkunjung ke Expo Negaraku 2017. Jika anda yang berada di sekitar KL belum datang ke sini, apalagi cepat-cepat plan datang bersama keluarga. Tarikh akhir adalah 15 Disember, Jumaat ni ok. Tengok gambar sahaja tak cukup, haruslah datang rasai sendiri pengalaman interaktif di sini. Bagus untuk pendedahan pada anak-anak supaya lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini di negara kita. Kita yang dewasa ini pun belum tentu lagi tahu semuanya...hehe.....

p/s: cuaca hari ni sangat menyebelahi kami, redup dan nyaman. seronok berjalan-jalan.

No comments:

Post a Comment