Saturday, 14 April 2018

Program Kolaborasi Kimia MTD - SBPI Rawang

Pada 31 Mac - 1 April yang lalu, kami menyertai Program Jaringan Guru Muda Kimia bersama SBPI Rawang. Selain MTD, terdapat beberapa lagi sekolah lain yang turut serta. Seramai 40 orang putera MTD telah dipilih bagi menyertai program selama dua hari ini dengan harapan agar mereka dapat menjadi Guru Muda kepada rakan-rakan yang lain. 


Program ini merupakan program kolaborasi antara MTD dengan sekolah luar yang pertama bagi tahun ini. Program ini berfokuskan pada teknik menjawab soalan Kimia SPM bagi kertas 2 meliputi soalan struktur dan soalan esei. 


Banyak input yang telah kami peroleh hasil perkongsian daripada tuan rumah, iaitu GC Kimia, Pn. Marlina. Diharapkan semoga program ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua putera yang terlibat dan seterusnya berkongsi pula ilmu yang ditimba bersama rakan-rakan lain sekembalinya ke maktab.



Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur program, iaitu SBPI Rawang, di bawah kelolaan Pn. Marlina. Juga tak lupa kepada rakan guru pengiring, Cikgu Goh Pheynee, semua putera yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung serta semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 







No comments:

Post a Comment