Sebagai salah satu cara bagi memenuhi kalendar aktiviti Kelab Sukan Merentas Desa, kami menyertai suatu kejohanan merentas desa terbuka yang dianjurkan oleh Federal Territory Kuala Lumpur Athletic Association (FTKLAA). Kejohanan tersebut telah diadakan di Taman Botani, Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 29 April 2018. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan, di mana kami termasuk dalam kategori F, iaitu men's junior.
Acara merentas desa bagi kategori F bermula pada jam 7.45 pagi, dan semua putera MTD yang terlibat telah berjaya tiba di garisan penamat sebelum 1 jam masa berlalu. Tak jauh mana pun, 6.4 km je.
Boy yang pertama tiba di garisan penamat dalam kalangan peserta MTD berada di tempat ke-15 keseluruhan. Oklah.... Yang lain sudah tidak terkira kedudukannya.
Apa-apapun, segalanya berjalan lancar pada hari kejadian walaupun sebelum itu terlalu banyak DRAMA yang perlu maam layan kerenah diorang ni.
Drama belakang tabir:
* Sehari sebelum pertandingan, kami ke Wisma OCM bagi tujuan mengambil t-shirt & nombor peserta. Kebetulan pada hari yang sama berlangsungnya kejohanan Taekwando di Wisma OCM, ditambah pula dengan hari penamaan calon. Jalan jem teruk. Stress..!!
* Salah seorang peserta perlu main ragbi peringkat kebangsaan pada hari yang sama. Namun, boy tersebut terpaksa teruskan penyertaan dalam merentas desa sebab yuran penyertaan dibayar secara individu. Sorry team rugby...
* Pagi 29 April, saya 'tersangkut' di pintu masuk MTD. Rupa-rupanya gate MTD hanya buka pada jam 6.30 pagi. Dah lah sepatutnya kami mula bertolak jam 6.00 pagi. Nasib baik KSM on duty datang membantu.
* Jam 6.10 pagi, boys baru terkedek-kedek turun dari blok penginapan menuju ke surau. Hadoii.... Dah pesan banyak kali solat subuh sebelum pukul 6.
* Jam 6.30 pagi, lagi seorang boy belum nampak batang hidung. Akhirnya, dia terpaksa kami tinggalkan selepas beberapa usaha 'mengheretnya' sebelum itu tidak berjaya. Lepas ni, siaplah kau!
* Tamat acara, 3 jam kami melepak di Taman Botani menunggu van maktab datang untuk pick up. Entah berapa banyak cerita yang keluar sambil menunggu. Penat maam bagi khutbah kat boy. Asalkan korang jangan berdarah telinga sudahlah boy.... haha....
* Entah macam mana, tetiba sampai kat Istana Negara. Kata staf, sebab ada jalan yang ditutup, jadi perlu lalu jalan ni. Alang-alang lalu, dia 'paksa' kami bergambar kat sini. haha..... Layankan ajelah......
Ni belum lagi termasuk drama2 belakang tabir yang dirahsiakan. Pening nak melayan kerenah sorang-sorang. Maka, berlalulah 2 hari yang berharga di hujung minggu bersama boy MTD. Nasib baik Komandan bagi stand down hari Isnin. Bolehlah rehat jugak [walaupun separuh hari Isnin dihabiskan di pusat servis Perodua].
Penat.... tapi seronok.
Oh ye.....ribuan terima kasih kepada Pengerusi Kelab Merentas Desa, Danish Aidil yang dah banyak membantu maam menguruskan pemilihan peserta & training pada waktu petang. Dan juga tahniah kerana berjaya bertabah menahan serangan petir dan halilintar drpd maam [dah tu, sapa suruh kau datang serah diri sorang-sorang].
p/s: so, korang ingat senang nak handle budak boy?
No comments:
Post a Comment