Sunday 20 May 2018

Perkampungan Ilmu 1/2018

Pada 12-15 Mei yang lalu telah diadakan Program Perkampungan Ilmu bil. 1 di MTD bagi tahun 2018. Program Perkampungan Ilmu berfokuskan pada bengkel penguasaan teknik menjawab bagi mata pelajaran SPM. Pada mulanya ia dijadualkan bermula pada 10 Mei, namun ditangguhkan kerana seluruh negara cuti peristiwa sempena PRU ke-14. Mujur juga slot Kimia dijadualkan pada hari Ahad, 13 Mei, jadi tiada sebarang perubahan yang terlibat. Sementelahan pula, kami telah menjemput khas 2 orang Guru Cemerlang bagi slot Kimia untuk kedua-dua Tingkatan 5 dan Tingkatan 4. 


Perkongsian Teknik Menjawab Kimia bagi Ting. 4 disampaikan oleh Cikgu Hamzaisham dari SMK Puteri Titiwangsa, manakala bagi Tingkatan 5 pula disampaikan oleh Cikgu Zulkifli dari SMK Chini Timur, Pekan, Pahang. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal di Wisma Putera pada mulanya, namun syukur program dapat diteruskan dengan lancar sehingga akhir. 


Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zul dan Cikgu Sham yang telah sudi hadir berkongsi ilmu dengan para putera MTD. Semoga segala apa yang telah disampaikan membawa sejuta manfaat buat para putera. 



Terima kasih juga diucapkan kepada rakan Panitia Kimia, iaitu Cikgu Goh Pheynee dan Cikgu Nadzirah yang turut sama membantu dalam menjayakan slot Perkampungan Ilmu ini. Juga tak lupa buat AJK Teknikal, Putera Sarjan Aiman Haqim yang telah banyak membantu bagi melancarkan program di Wisma Putera dan Auditorium.  





Akhir sekali, buat semua putera Ting. 4 dan Ting. 5, terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Kimia yang akan datang. Insya-Allah. 











No comments:

Post a Comment